Lompat Parti Satu Pengkhianatan!

Eh! Tajuk apa ni?? Politik?! Saya bukan ahli politik, bukan penganalisis politik, bukan bakal sertai politik, tapi cuma seorang rakyat Malaysia yg suka perhatikan gelagat ahli2 politik di Malaysia ni. Eh? Aku suka brpolitik ke? Tak la! Sebab aku suka baca akhbar..so dalam akhbar tu asyik berita politikkkk je banyak..so baca la juga kadang2 tu. Sejak akhir2 ni bisinggg sungguh dgn isu wakil rakyat keluar parti yg atas tiket parti tu diorang bertanding pilihan raya, sama ada jadi bebas or masuk parti. Yg tak ada jawatan tapi keluar parti, tu tak ada kena mengena dlm artikel ni!

Saya nak bagi 1 contoh la..pada pemikiran saya. Katakan seorang pelajar, blajar dkt sbuah sekolah…sekolah ni pentadbiran dia agak teruk…peraturan dia agak pelik dan ada yg bercanggah dgn prinsip islam..kita pun geram…maka komen la dan kritik lebih2 pihak pentadbiran sekolah….padahal selama ni peraturan tu x la teruk sangat pun…mungkin ada yg x ok tapi ada hikmah lain utk jaga kpentingan smua pihak…dah sekolah tu brmcm2 agama n kaum ada..bkn islam je…so lepas dia kritik lebih2 ni sampai pihak sekolah rasa tercabar dgn budak ni, maka dipanggil oleh unit disiplin…dia ni tak puas hati…kata mcm2 lagi lepas tu…at last dia kena buang sekolah! Agak pelik tindakan pihak sekolah ni kan? Ada baik buruknya…tu x dinafikan.

Lepas tu budak ni pun bising lagi..kata dia mmg x patut berada di sekolah tu pun..teruk sangat…beritahu parents nak tukar x bagi…kata tu la ni la…at last kena buang sekolah..ha..parents nak kata apa? jangan la keluar? boleh mcm tu? Sori la…dah kena buang…maka trpalit la 1 imej agk buruk bagi budak tu walaupun niat dia nampak baik.

Kisah kedua, kita jadi rakyat sebuah negeri yg agak pelik kepimpinan kerajaannya…dasar2 dia kdg2 bercanggah dgn prinsip dlm islam…so seorang rakyat ni anti sungguh la dgn kerajaan negeri dia ni…padahal kerajaan tu x buat apa2 pun….mgkin diorg buat mcm tu sbb negeri tu bkn ada org islam saja..smua ada….so diorg ambil jalan dgn laksanakan dasar yg paling kurang mudharat…bkn korbankan islam..tp x tunjukkan pula islam ni diktaktor , menyusahkan dsb kpd agama lain. So rkyat tadi ni buat keputusan kluar drpd negeri tu tinggal dan kerja di negeri lain..sbb anti sgt dh..kritik2 pun x ada kesan..

Daripada dua kisah di atas, apa yg saya nak kata, tindakan2 di atas tu samada oleh individu or kpimpinan tu ada pro kontranya…mmg ada…x dinafikan. Tapi prinsip dlm islam yg saya tahu, dlm apa jua keadaan sekalipun, kita mesti cuba ambil jalan yg plg kurang mudharat kpd kita, agama, masyarakat dan negara.

Wajar ke tindakan pelajar tadi tu? Wajar ke tindakan rakyat tadi tu? Fikir2kan la….guna akal yg ALLAH bagi tanpa ada pengaruh, guna hati yg tulus suci…hehe. Pada pendapat saya, peribadi la, kalau kita perjuangkan sesuatu, x semestinya kita mesti lari drpd kelompok atau kumpulan asal yg kita bersama selama ni..mgkin byk juga yg kita x setuju, tapi kalau kita keluar dptkah kita perjuangkannya? or sama je klau stay dlm kumpulan tu? Cuma beza kedudukan kita je dkt mana…

Dlm politik Malaysia ni, saya brpendapat majoriti pengundi memilih wakil rkyat smasa pilihan raya lebih kpd parti bkn kpd calon..sampai kdg2 tu kita x peduli siapa calonnya asalkan dia drpd parti yg kita suka..betul x? Fikir la sendiri..hehe…so amat x wajar juga la kalau kita keluar parti yg mana ramai org undi kita bkn sbb kredibiliti kita tapi sbb parti yg kita wakili tu. kalau nak keluar juga, boleh tapi letak la jawatan. kemudian buat pilihan raya kecil, kita bertanding lagi sekali atas tiket bebas/parti selain yg asal tu, tengok rakyat pilih yg mana..kadang2 kita bising bazirkan duit utk pilihan raya, tapi bazirkan utk yg lain x apa pula…bkn kata kpd sesiapa, tp bersifat umum ya. Biarlah duit dihabiskan, asalkan utk kesejahteraan rkyat dlm kawasan DUN/PARLIMEN tu.

Saya hairan sgt2…knapa x ada seorang pun pemimpin skrg ni yg sebut pasal “akta anti lompat parti” yakni bagi wakil rakyat yg dilantik? padahal dulu pernah sekali heboh bising nak gubal..tapi sekarang senyap..saya secara peribadi setuju akta ni dibuat…semua wakil rakyat yg menang pilihanraya x boleh keluar parti asal..sama juga kalau dia brtanding sbg bebas dan menang..x boleh masuk mana2 parti..sbb mungkin org dah muakk dgn parti2 yg ada ni..so diorg pilih yg kurang mudharat..ada juga pemikiran mcm ni kan.

So harapan saya satu  je…kpd semua yg sdg brpolitik or akan brpolitik, jadi la sorang yang brpendirian dan berintegriti..bkn ibarat lalang yg brubah2 bila ditiup angin..yakni pendirian kita brubah2 ikut keadaan dan kpentingan. Brikirlah juga dulu sebelum keluarkan kenyataan..sbb rakyat nampak kperibadian anda smua dgn kata2 anda. Saya bukan bencikan politik. Politik perlu utk mentadbir sesebuah negeri dan negara…tp ia perlu la brlandaskan prinsip keadilan dan kesaksamaan. Maaf kpd sesiapa yg terasa dgn apa yg saya katakan…x ditujukan kpd ssiapa tau! Sesiapa yg baca artikel ni boleh setuju dan boleh tak setuju sbb masing2 ada pemikiran masing2.  Wallahua’lam.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: