Drama “Roda Kehidupan 2” – Episod 19

Asyraaf dan sahabat-sahabatnya mempunyai reaksi berbeza apabila mereka mendapat jadual kelas tambahan semasa cuti akhir tahun 2009. Kemudian tiba-tiba datang Teacher Amelia ke kelas mereka untuk berjumpa Arif dan Asyraaf.

Arif: Ada apa teacher? Ada problem apa-apa ke?
Teacher Amelia: Bukan ada problem..cuma ni ha…interview pengawas baru punya hal..
Asyraaf(tersenyum..): Oh..ya ka? Kami tak teringat la pula..Hehehe…bila nak buat?
Teacher Amelia: Kalau boleh hari ni juga..kamu free tak?
Arif(muka terkejut..): Apa? Hari ni? Err…kami memang la tak sibuk…tapi kami tak ready pun..
Teacher Amelia: Ready? Apa yang kamu nak ready? Kamu cuma kena bagi soalan spontan je..bukan soalan pelik-pelik ke apa…
Asyraaf(menggangguk-angguk..): Oh..ok..ok..teacher…insyaALLAH kami akan lakukannya! he..
Arif(muka hairan..): Amboi..semangat semacam hang ni…apa hal?
Asyraaf: Hahaha…tak ada apa haih…salah ke semangat? teringin nak tanya soalan-soalan panas!
Teacher Amelia: Soalan panas? Ha..jangan tanya yang tak logik ke apa pula..biar yang ada kaitan dengan kepimpinan..ha..ni senarai nama calon pengawas baru untuk kamu interview…kejap lagi kamu buat announcement panggil semua nama-nama yang berkenaan jumpa dekat surau..boleh?
Arif: Tu dia teacher…50 orang? Mana sempat nak interview hari ni…
Asyraaf: Ala..kita pecah buat dua group…kita urus yang boys…bagi adibah and gang untuk girls..
Teacher Amelia: Ha..pandai pun Asyraaf…bab pemarkahan apa semua tu kamu pandai-pandai la arrange sendiri ok..dah buat nanti serahkan semuanya kepada teacher…

Kemudian datang Adibah kepada mereka setelah terdengar namanya disebut.

Adibah: Hai..sebut nama aku ke? Ada apa hal ni?
Teacher Amelia: Ha..adibah..saya nak kamu dan pengawas girls lain urus interview untuk calon pengawas girls..boleh?
Adibah: Wah….nak interview..saya ni bukan pakar bab-bab ni pu la teacher…
Asyraaf(muka serius…): Ish..dia ni eh..dah jadi pengawas tu kira ok la nak interview orang ni..kalau tak buat  apa jadi pengawas…
Adibah: Hmm…ya la..ya la Asyraaf oi…
Teacher Amelia: Macam-macam la kamu ni…anyway teacher harap kamu semua dapat handle dengan baik ok…kejap lagi kamu discuss la apa yang patut..
Asyraaf, Arif dan Adibah: Baik, teacher!
Teacher Amelia(Tersenyum..): Ish..kamu ni la..macam tentera la pula…

Selepas meneliti senarai nama calon pengawas baru, Arif tersenyum sendirian.

Amirul: Hai..Arif..apa hal senyum seorang2 ni? Teringat dekat awek ke?
Arif: Ish…hang ni la..mulut tu jaga sikit boleh tak…ni ha..cuba tengok…
Amirul(wajah terkejut..): What?! Aku jadi calon pengawas? Mengarut ni..mengarut..mengarut..
Arif: La….apa yang mengarut pula?

Kemudian datang Hafiz dan Asyraaf yang baru pulang daripada tandas.

Asyraaf(Wajah marah & serius): Busuk sungguh tandas sekolah kita…sekolah agama saja..tapi pelajar2 dia pengotor!
Amirul: Amboi..marah nampak..sabar..sabar…jangan marah sangat..nanti cepat tua..
Asyraaf: Ya la tu…huhuhu…hang nampak macam terkejut je? Apasal ni?
Arif(tersenyum..): Ni ha..kawan baik kita ni jadi calon pengawas…huhuhu….
Hafiz: Wahhh..really? Hebat! hehehe…tapi aku tak dapat pun…
Amirul(berkerut dahi..): Hebat? Apa yang hebatnya? Silap la tu…aku mana la layak jadi pengawas…kan..kan…he…
Asyraaf: Haih…ya la tu tak layak..punya peramah dan ada bakat kepimpinan kata tak layak pula.
Arif: Hehe..biasa la dia tu merendah diri….ala..hafiz..next year hang jadi ketua tingkatan lagi..apa masalah kan..kan…tu cikgu tak calonkan hang jadi pengawas..huhu…
Amirul: Ha..betul..betul..betul…

Anwar dan Syukri yang baru pulang dari koperasi sekolah dan terdengar perbualan mereka.

Anwar: Alamak..ada pengawas baru la pula dalam kelas ni..hmmm…
Asyraaf: Eleh…hang nak jealous apasal? Tak ada kaitan pun dengan hang kan..except la hang ni selalu buat kesalahan disiplin..
Syukri: Amboi..mulut hang ni kan memang tak reti jaga ke? Dari dulu sampai sekarang tak berubah-rubah…
Amiru(tersenyum): Ish..korang ni asyik-asyik nak gaduh…tadi baru je gaduh…gaduh lagi..
Anwar: Siapa yang cari pasal sekarang ni ha? Aku ke Asyraaf?
Hafiz(muka serius..): Dah..dah..dah…aku sebagai ketua tingkatan minta korang tutup mulut…tak habis-habis nak gaduh..macam budak tadika je…
Arif: Hahaha…hang ni hafiz..hiperbola sangat tu…dah..dah..jom Asyraaf kita pergi buat announcement,…
Asyraaf: Jom..jom…panas betul kelas ni kan..kenapa ya?
Syukri: Sebab dosa hang banyak la! Tu pun tak tahu….hahahaha….
Amirul: Astaghfirullah Al ‘Azim….jangan sebarang cakap..silap2 dapat dosa free….
Hafiz: Ha..dengar bakal pengawas bagi peringatan tu….hehe…
Amirul: Ish…hang ni la…aku balas balik baru tahu…..huhu…

Bersambung…….

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: