Drama “Roda Kehidupan 2” – Episod 20

Selepas pengumuman tentang perjumpaan calon-calon pengawas sekolah 2010, maka berjalanlah sesi temu duga bagi merungkai bakat kepimpinan yang ada pada diri masing-masing.

Asyraaf(megeluh): Haih…Aku rasa la kan…rasa je..sepatutnya pemilihan pengawas ni bukan sekadar dinilai melalui interview je…sebab dalam pengawas ni pun..macam-macam tugas ada..
Arif: Oh…betul juga tu..tapi nak buat macam mana kan…dah jadi adat sekolah…pilih melalui intervierw kemudian minta respon cikgu-cikgu bagi siapa yg lulus interview..then dapat respon ok drpd cikgu-cikgu baru la boleh jadi pengawas…
Asyraaf: Tapi dalam tak puas hati pun..kira ok juga lagi la tu..sebab nak pecat pengawas bukan main susah…kena ada sebab buat kesalahan disiplin yg serius baru boleh nak pecat..kalau tak manusia tu tetap ada dlm pengawas le…

Kemudian, datang Amirul Imtiyaz kepada mereka berdua.

Amirul(tersenyum..): Hehehe..nak menyampuk boleh dak?
Asyraaf: Yup! Boleh je…ni ha kami tgh bersembang psl pengawas…huu…
Amirul: Ohh….mcm mana performance aku tadi ek? Ok ke? Ke markah rendah?
Arif: Uih! Bagus la hang tadi..tak sangka bila hang cakap formal, jadi macam tu…sempoi sungguh..kami pun terpegun tadi..hahaha..
Amirul: Korang jgn nilai aku lebih sebab aku kawan korang..nilai aku mcm yang lain..
Asyraaf: Aih..Dak aih..kami nilai hang tu macam biasa je la..tak ada bonus marks pun..tp tak bagi pun dah tinggi dah markah hang…huhuhu…
Amirul(eager..): Berapa aku dapat? Hehehe..
Arif(sambil sembunyikan kertas marks): Oihh…sulit maa…mana boleh tengok..kawan baik pun tak boleh tengok..hahaha..
Amirul: Ohh….betul juga ek…lupa pula aku…he…

Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan tahun 2009. Anwar dan Syukri terpaksa turun ke kelas 5 Umar atas pencapaian mereka yang tidak memuaskan dalam peperiksaan akhir tahun.

Anwar: Rasa bahagia juga aku kena turun kelas..hahaha…
Syukri: Bahagia? Aku rasa mcm nikmat kurniaan ALLAH yg sgt besar! huhuhu..
Sir Ahmad Tarmizi(berkerut dahinya): Amboiii…seronok nmpak kena turun kelas!
Anwar(tergagap2): Err…err…bukan kami seronok sir…tapi…
Sir Ahmad Tarmizi: Tapi apa? Tapi mmg seronok?
Syukri(tersenyum): Ya..sir..
Anwar(mencuit Syukri): Ish..apa hang ni..eh..tak ada la sir..kami seronok ni sebab result exam kami improve..
Sir Ahmad Tarmizi: Anwar..Anwar..bila kamu nak belajar jadi jujur? Tak habis2 kamu nak bohong…kamu kena ingat kalau kamu asyik bohong tak habis, sampai mati nanti kamu bersikap mcm tu…dan susah utk kamu capai kejayaan dlm hidup..bukan saja didunia tapi malah diakhirat!
Anwar(menundukkan kepalanya): Emmm..saya akan cuba sir….

Sementara itu, Asyraaf dan sahabat-sahabatnya sibuk bersembang di kelas baru mereka.

Amirul(kurang ceria): Hmm..sedih juga aku Anwar dengan Syukri turun kelas…kesian diorang..
Asyraaf(tersenyum): Hek eleh…nak kesian apa dekat diorang..diorang tu..seronok sgt kena turun kelas tahu tak?
Arif: Eh…betul ka hang ni?
Asyraaf: Alaa..aku tengok riak wajah diorang tu pun aku tahu la…kalau geng kita yg kena turun, for sure nampak wajah kesedihan..tp diorang mcm org yg kena naik kelas…huhuhu…
Amirul: Ohh..ya ka? Emm..kalau mcm tu tak apa la…tak perlu kisah dekat diorang…huhuhu…Eh..sekarang ni abang2 tengah SPM kan dekat dewan…

Wajah Asyraaf tiba-tiba berubah menjadi murung dah sedih tatkala mendengar kata-kata Amirul.

Amirul(kehairanan..): Ehh..kenapa hang ni Asyraaf? Salah ke apa yg aku cakap?
Arif: Eh..bukan salah…hang cakap mcm tu buatkan dia teringat dekat arwah abang dia la tu..betul tak Asyraaf?
Asyraaf(wajah sedih): Hmmm…ya…kalau Abang Aiman masih hidup sekarang ni, mesti tengah ada dekat dewan jawab exam SPM…
Amirul: Ohh..sori..sori..Asyraaf…aku bukan nak buat hang sedih ke apa…aku terlupa pasal tu..sori ek…haih..jgn mcm tu..berkalau2 ni tak berapa baik..seolah2 kita tak boleh terima takdir yg ALLAH tetapkan tu…
Arif: Ha..betul kata dia tu…mmg la hang sedih atas kematian abg hang tu…tp jgn sampai cakap yg tunjukkan hang tak boleh terima ketentuan Ilahi tu…
Asyraaf: Hmm..ok..ok….thanks…
Amirul: Err..sori lagi ek Asyraaf..hang marah dengan aku ka?
Asyraaf(tersenyum..): Hahaha..mana ada la…satu character hang ni..suka buat org tergelak tak pun tersenyum…
Arif: Ha..betul..betul….boleh jadi penghibur…bakat yg ALLAH bagi la tu..manfaatkanlah ia no…
Amirul: Hehehe….ya la tu….

Krengg….krengg..Loceng terakhir berbunyi menandakan tamatlah sesi persekolahan tahun 2009.

Asyraaf: Yahoo!! Cuti sekolah! hehehe….
Amirul: Jgn lupa minggu depan ada bengkel dekat sekolah…hehe…
Arif: Hahaha..jgn lupa tu….huhuhu….

Bersambung……

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: