Post Mortem Majlis Penghargaan 2010

https://i1.wp.com/profile.ak.fbcdn.net/object2/1837/33/n105430772831622_129.jpg

Pendahuluan
Alhamdulillah, majlis ini telah berjaya diadakan seperti yang dirancang iaitu pada 19 April 2010, pada jam 3.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Al Faizin.

Secara kesuluruhannya, pelaksaanan majlis adalah memuaskan. Lagipun, ia adalah julung-julung kali diadakan, jadi ia pasti tak dapat lari daripada masalah.

Bilangan tetamu yang hadir adalah memuaskan. Namun begitu, terdapat banyak kelemahan dan kekurangan yang ada sepanjang perancangan dan pelaksanaan majlis ini. Oleh itu, banyak perkara perlu diperkasakan bagi menjadikan majlis ini lebih berjaya pada tahun 2011, insya Allah.

Kekuatan
1. Merancang dengan rapi semua perkara yang berkaitan dengan majlis.
2. Pelaksanaan majlis yang berkesan:
2.1 Semua ahli jawatankuasa bekerjasama mengikut tugas yang diberikan
2.2 Banyak perkara yang berkaitan pelaksanaan majlis dapat disiapkan dengan cepat.
3. Pengisian rohani ketika mesyuarat jawatankuasa:
3.1 Ahli jawatankuasa lebih sedar akan tujuan utama penganjuran majlis iaitu untuk mencari keredhaan Allah.
3.2 Majlis ini bukan untuk mencari ‘populariti’ di pandangan manusia, tetapi mencari ‘populariti’ di pandangan Allah yakni menjaga hubungan dengan-Nya dan juga dengan semua manusia – penghargaan jasa/sumbangan semua warga sekolah daripada sekecil-kecilnya kepada sebesar-besarnya, sama ada secara langsung/tak langsung kepada kejayaan calon SPM 09.
4. Hal-hal lain:
4.1 Sumber kewangan (kutipan dan tajaan) yang mencukupi malah berlebihan daripada yang diperlukan. Jadi ia digunakan untuk cabutan bertuah dan anugerah.
4.2 Anugerah khas pelajar – hadiahnya disumbang oleh bekas pelajar SMKAA yang mana pemilihannya dinilai menerusi 2 aspek: cemerlang akademik dan cemerlang akhlak(sosial).

Kelemahan
1. Ahli-ahli jawatankuasa yang tidak ada pengalaman dalam mengadakan majlis, meyebabkan enam kali mesyuarat diadakan, ibarat sia-sia. Ia sebelum pihak pentadbiran sekolah membantu dalam menyumbang idea untuk mempermudah urusan mengadakan majlis ini.
2. Banyak perkara yang diputuskan oleh pengerusi jawatankuasa tanpa persetujuan semua ahli jawatankausa dalam mesyuarat.
3. Beberapa aspek tugas umum yang sepatutnya perlu dijalankan oleh semua ahli jawatankuasa tidak banyak diberi perhatian, menyebabkan perjalanan majlis agak kelam kabut. Tugas khas pula diberikan penekanan yang terlalu banyak.
4. Keadaan majlis yang agak berbeza dengan keadaan yang digambarkan dan dibayangkan oleh ahli jawatankuasa dari segi keadaan cuaca yang panas dan kekangan masa para tetamu terutama cikgu.

Strategi untuk tahun 2011.

1. Memperkasakan penyelarasan dan keseragaman tugas semua ahli jawatankuasa.
2. Meningkatkan kualiti unit-unit yang berkaitan dan mengembangkan lagi tugas dan tanggungjawab sesuatu unit itu.
3. Memperbanyak mesyuarat agar semua ahli jawatankuasa dapat menyumbang idea dan semua perkara diputuskan didalam mesyuarat.
4. Mendapatkan idea yang bernas dengan sekolah lain di perlis seperti SMKA(P) Kangar, SMK Derma dan SMS Tuanku Syed Putra.

Sekian, terima kasih.

”Permuafakatan menjana kecemerlangan SMKAA”
”Berbakti kepada agama, bangsa, masyarakat dan negara”

Disediakan oleh :
Raja Ahmad Kamil Bin Raja Sulaiman,
Pengerusi,
Jawatankuasa Majlis Penghargaan Warga SMKAA 2010.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: