Pelajar Berserban Tak Bertopi Keledar…

Di sini, dinukilkan pandangan Sheikh Muhammad Nasiruddin al-Albani sebut pasal serban.:

ثم إنني حين أقطع بضعف تلك الأحاديث لا أنسى أن أذكر أن لبسه – صلى الله عليه وسلم- للعمامة كعادة عربية معروفة قبله -صلى الله عليه وسلم- أمر ثابت في الأحاديث الصحيحة لا يمكن لأحد إنكاره ، فإذا انضم إلى ما ذكره فضيلة الشيخ الحامد من أن الإسلام يحب تكوين أهله تكويناً خاصاً يصونهم عن أن يختلطوا بغيرهم في الهيئات الظاهرة . . . إلى آخر كلامه الطيب الذي فصل القول فيه شيخ الإسلام ابن تيمية في ” الاقتضاء ” فإني في النتيجة ألتقي مع فضيلته في الحض على العمامة ، ولكني لا أراها أمراً لازماً لزوم اللحية التي ثبت الأمر بها في الأحاديث الصحيحة معللاً بقوله : ” خالفوا المجوس ” رواه مسلم وغيره ، ولذلك فإني لا أرى الإلحاح في العمامة كثيراً بخلاف اللحية ، وأنكر أشد الإنكار اهتمام بعض المدارس الشرعية بالعمامة أكثر من اللحية بحيث يأمرون الطلاب بالأول دون الأخرى أو أكثر منها ، ويسكتون عن الطلاب الذين يحلقون لحاهم دون الذين يضعون عمائمهم ! فإن في ذلك قلباً للحكم الشرعي كما لا يخفى

“Seterusnya saya tatkala mana memutuskan bahawa hadis-hadis tersebut adalah lemah, tidak lupa untuk menyebut bahawa pemakaian serban Nabi sepertimana adat orang Arab yang telah diketahui umum sebelumnya merupoakan perkara yang sabit dalam hadis-hadis yang sahih yang tidak dapat dinafikan lagi. Sekiranya digabungkan dengan apa yang disebut oleh Syeikh hamid bahawa Islam menyukai penganut-penganutnya dibentuk dengan pembentukan yang khusus yang boleh memelihara mereka daripada bergaul dengan orang lain dengan penampilan zahir hinggalah ke penghujung ucapan syeikh yang baik….maka sesungguhnya saya bersatu pendapat dengan fadhilat Syeikh Hamid dalam memberi galakkan untuk berserban. Cuma saya tidak melihatnya sebagai satu perintah yang pasti seperti pastinya berjanggut yang sabit dengan hadis-hadis yang sahih.”  (Terjemahan oleh ustaz at-Takiri)

Jadi sekarang sayang ingin memetik satu hadith lain pula, ia tiada kaitan dengan isu serban, akan tetapi ia ada kaitan dengan isu memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

لا ضرر ولا ضرار “. [صححه الألباني..إرواء الغليل/السلسلة الصحيحة/صحيح سنن ابن ماجة]

Yang bermaksud: “Tidak boleh memudharatkan dan tidak boleh membuat mudharat. (Sunan Ibn Majah. Al-Albani mensahihkannya).

Hadith ini jelas menyatakan kita tidak boleh melakukan sesuatu yang memudharatkan diri dan orang lain.

Ada satu kaedah feqh yang turut berbunyi seperti hadith di atas. Dalil lain daripada al-Quran ialah:

وَلاَ تَقْتُلُواْ أَنفُسَكُمْ إِنَّ اللّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيماً﴾ [النساء:29]

Janganlah engkau membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepada kamu. (an-Nisa:29)

Seorang ulama’ Usul dari Arab Saudi, Shaikh Shalih al-Utsaimin meletakkan kaedah feqh ini sebagai kaedah kedua di dalam bukunya yang bertajuk: ملخص القواعد الفقهية /Ringkasan Kaedah-Kaedah Fiqhiyyah.

Beliau menerangkan:

أن كل أمر نافع قد شرعه الإسلام، وكل أمر ضار قد منعه، فكل ضار فهو ممنوع، وكل نافع فهو مشروع.

Setiap urusan yang memberikan manfaat, sesungguhnya Islam mensyariatkannya, dan setiap urusan yang memudharatkan, sesungguhnya Islam menghalangnya. Setiap yang memudharatkan, maka ia terhalang, dan setiap yang memberi manfaat, ia adalah disyariatkan.

Mudah untuk difahami bukan. Jadi apa tujuan pemakaian topi keledar. Pendek kata untuk menjaga keselamatan dan mengurangkan risiko kecederaan parah di kepala apabila terlibat di dalam kemalangan. Rasanya hal ini kanak-kanak sekolah pun faham dan tahu tujuan pakai topi keledar.

Jadi pemakaian topi keledar adalah sesuatu yang syarie kerana ia mendatangkan manfaat kepada pemakainya. Bahkan tidak memakai topi keledar adalah sesuatu yang dilarang di dalam syariat kerana ia mendatangkan kemudharatan apabila berlaku kemalangan. Sila baca kembali dalil-dalil dan kaedah feqh yang saya tuliskan di atas.

Janganlah pula membuat soalan bodoh sebagai alasan, antara soalan yang boleh dikatakan bodoh ialah soalan “Apakah wujud arahan pakai topi keledar di dalam al-Quran dan as-Sunnah?”. Tu lah orang suruh mengaji malas.

Dan ini juga bukan masalah orang malas mengaji, ini masalah sikap, hatta mereka yang tahu al-Quran dan as-Sunnah, cerdik pandai Usul Feqh akan membutakan mata ke atas dalil dan kaedah feqh yang diguna pakai di dalam isu ini.

Jadi persoalannya, bertembung sunnah pakai serban dengan sunnah menjaga keselamatan diri. Apakah tidak memakai serban itu berdosa? Dan apakah hukum mendedahkan diri kepada bahaya itu tidak berdosa? Sendiri mahu jawab.

Jangan pula pandai mainkan ilmu aqidah dengan beralasan ajal maut di mana-mana. Macam tu jangan makan nasi, sebab Allah yang ada kuasa jadikan kita lapar atau kenyang, jangan kerja sebab rezeki di tangan Allah.

Bila isu ini timbul dalam surat khabar, saya malu. Malu sebab orang Islam tak tahu nak bezakan manakah yang disyariatkan, mana yang tak. Janganlah jadikan alasan orang Singh boleh pakai serban untuk kita ikut mereka. Lantak pilah sama orang kafir tu, “Bagimu agamamu, bagiku agamaku.”

Isu undang-undang benarkan atau tidak, itu saya tak mahu masuk campur. Isunya jangan jadikan serban, ikut sunnah sebagai alasan tidak mahu memakai topi keledar. Janganlah nak melacurkan agama, serban, sunnah Nabi untuk melakukan hal yang bertentangan dengan sunnah itu sendiri.

Wallahua’lam.

Rujukan:

1-http://www.alalbany.net/misc/misc028.php

2-http://www.darulfuqaha.com/index.php?option=com_content&task=view&id=77&Ite

Sumber: al-Fikrah.net

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: