Result UPU – Pendedahan Eksklusif!

Hari ni, semua calon SPM 2009 pakat check result UPU. Ada yang seronok, ada yg sedih/kecewa. Disebalik smua tu, ramai yg tak tahu mekanisme pemilihan dia. Macam mana ? Nak cerita la ni..baca dengan teliti agar mudah faham…ini berdasarkan apa yg aku tahu je la. huhu…Digunakan teknik analogi supaya mudah difahami.

Mekanisme pemilihan.
1.    Semua pelajar akan beratur untuk bersaing bagi memasuki satu group yg mana group program(commonly used course) – ikut program pilihan diorang yg pertama – tapi dengan syarat dia layak la apply. Kalau letak pilihan pertama tapi tak layak, sori noo..you are indeed not qualified! Hehe…
2.    Ok. Sambung cerita. Semua program ada kuota yang nak ambil. Contoh: Asasi perubatan UIAM – dalam 115 orang je. So, Pihak yg nak pilih tu , diorang akan ambil pelajar yang tengah beratur untuk masuk tu, berdasarkan markah merit(90% result SPM & 10% kokurikulum). Ambil sampai pnuh. Kalau semua dapat masuk, tak pnuh, x pa la.
3.    Yang dapat masuk, dia kira dapat program tu la. Selesai cerita. Apa cerita yang lain2?  kena halau la dari situ sebab dah penuh!
4.    Yg lain2 ni, dia akan pergi beratur untuk masuk group program lain pula, ikut pilihan kedua dia. Kalau dah pnuh  juga –  kena halau juga la. Kalau dapat masuk, ok la.
5.    Begitulah seterusnya, sampai dia boleh masuk.
6.    Kalau sampai 8 group(8 pilihan) dia cuba nak masuk, tapi kena halau juga, kira dia takkan dapat twaran la.
7.    Namun, bagi yang pilih “YA” dekat option “Anda setuju untuk terima tawaran selain 8 di atas?” dekat bahagian bawah dalam borang UPU dulu,  maka dia dapat masuk la group yg dpanggil group yg ada kosong – lain cakap – dapat program lelong! Dapat la program yang tak diminta.

Kesilapan kebanyakan org:
1.    Pilih program yg dia tak layak apply dalam 8 pilihan tu-  berdasarkan result SPM dia dengan syarat nak apply course tu. Terbuka untuk aliran mana dsb.

2.    Tak susun pilihan tu – pakai letak ikut suka jee– padahal kena susun yang paling minat sangat2 no 1, turun sikit2 smpai no 8 yg minat paling sikit. Bukan x minat! Heee.. [dalam borang tu ada sebut – sila susun ikut KEUTAMAAN]

3.    Tak rancang strategi masa susun tu. Maksudnya kalau dia layak untuk semua program, dia patut pilih yg dia rasa ada ‘peluang cerah’ untuk dapat. Macam mana tu? Doa la!

Contoh: Nak masuk UIAM. Jangan apply asasi perubatan kalau merit tak tinggi. Kalau 98/100 ke 99/100 ok la. Sebab program ni memang famous sangat! Kalau nak sangat masuk UIAM dengan program tu, pasang strategi la. Macam mana? Pilih program lain yang ditawarkan di UIAM.

Ada pergigian, farmasi, sains hayat, sains fizikal, kejuruteraan & sains kmputer dll. Pilih yg tu. Sebab? Lepas kita dapat tawaran apa2 program di UIAM, kita boleh buat rayuan untuk tukar semasa minggu orientasi(ta’aruf week). Tak dapat tukar masa ta’aruf week, later on boleh, dengan syarat result mantop la. Hehe..

So, ada yg kata, tu dah lepas….buat apa cakap…ambillah hal ini sebagai pengajaran la cek oi..huhu.  Siapa yg tak dapat IPTA yg diorang nak tapi betul2 nak masuk situ juga walaupun dapat IPTA yg lain, buat la rayuan kepada Dekan IPTA berkenaan. Atau pihak paling atas – Kementerian Pengajian Tinggi.

Yang  tak dapat tawaran macam mana? Buatlah e-rayuan yang dah ada tu. Tu je la.

Yang junior2 pula? Ambillah perkara ini  sebagai pengajaran supaya antum tak buat silap atas ‘salah’ diri sendiri.

That’s all. Do you understand my explaination? Hehe…

Akhir kalam, sentiasalha bersangka baik dgn ALLAH ‘Azza Wa Jalla atas segala yg berlaku pada diri kita. pasti ada hikmahnya dalam setiap apa yg kita dapat. Yg paling penting, semoga kita berjaya di dunia dan pastinya di akhirat!  =)

—- LAMPIRAN – CARA PENGIRAAN MERIT ——

49 Responses to “Result UPU – Pendedahan Eksklusif!”

  1. Wsalam. Wallahua’lam, saya tiada jawapan untuk soalan saudari Iffah.

  2. salam…nak tanya saya baru lepasan spm..dan result saya pon agak memuaskan iaitu 8A 1B cuma saya aliran sastera…saya memilih course untuk pilihan pertama adalah dip pengurusan sumber manusia di unisza sbb sya mmg sangat minat bidang tuh..pilihan kedua saya ambil asasi ekonomi dan sains pengurusan di UIAM…tetapi saya mmg berharap sangat dapat masuk ke unisza..saya x nk UIAM sebenarnya…adakah peluang saya cerah untk saya mndapat tawaran course pilihan pertama berdasarkan result spm saya? atau pon kemungkinan besar saya akan dapat pilihan kedua? sebab ada yg memberitahu UPU payah nk dpt pilihan pertama..btol ke?

  3. Wsalam, tak juga sebenarnya. Setiap kursus tu ada kuota juga bagi kursus berbeza

  4. Salam. Saya letak uia(medic,dentistry,pharmacy,allied health) di 4 pilihan utama upu. Saya ada terbaca kalau nk peluang msuk sesuatu u tu senang, letak keempat empat pilihan u yg sama. Leh caye ke? Alhamdulillah, saya straight A utk aliran sc spm. Tapi merit tu kureng sikit la. Bila kira2 balik dpt 88 something je. So kire mcm btul ke strategi saye letakkan medic sbg pilihan utama?

  5. Wsalam. Biasanya dapat tukar masa final semester atas jemputan, lepas dapat pointer yang baik/tinggi.

  6. Salam..Nk tanya..kalau kita dapat kos asasi sains hayat kat uiam..boleh ke kita tukar kos ke asasi perubatan di uiam tu? Kalau boleh tukar, maknanya kita boleh tukar masa taaruf ATAU lepas dpt pointer yg baik(dlm peperiksaan smasa ambil kos asasi sains hayat)??mohon respon…

  7. Wsalam, najihah. Selagi mana syarat am dan khas program dipenuhi, InsyaAllah ada je peluang.

  8. askum…boleh tanya….saya ambil diploma pengurusan pelancongan dari msu shah alam..baru2 nie untuk upu saya mohon ijazah pengurusan perniagaan di uia..masalahnya..pointer saya cuma 2.82..matematik cume lulus sahaja bukan kredit..sbjek spm lain dah ok…ada harapan ke nak dapat tempat kat iium ke…?//..katanya pointer mesti tinggi…..persaingan tinggi ke…?…takut salah strategi..

  9. Asasi kejuruteraan

  10. apa beza asasi sains fizikal uiam ngan asasi kejuruteraan & teknologi komputer uiam? mna stu yg boleh dpt kos mechanical eng. ?

  11. Thanks bro. Mohon share.

  12. Thanks for sharing!!😄

  13. Wsalam. Kuota pengambilan tak banyak macam program lain jadi persaingan tinggi.
    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

  14. salam…adakah sukar untuk mendapat bidang farmasi dan pergigian di peringkat asasi? terima kasih

  15. akhirnya saya dapat kos sc gak..wlpn isi sastera byk..alih2 sains msh jodoh sy.tq ..alhamdulillah dpt

  16. aida: w’salam. susah la nak cakap senang ke susah.

    Rahimi salim: Wa’alaikumussalam. Untuk pengetahuan, sekarang ni dasar di CFS IIUM, penukaran ke program perubatan, pergigian dan farmasi hanyalah melalui jemputan daripada Department of Sciences Programme(DOSP), tak boleh apply tukar.

    Tapi..tak pasti dasar ni applicable masa ta’aruf programme. Maksudnya masa ta’aruf programme pun tak boleh change offer to these 3 programs ke tak.

    Yg pasti, untuk lepas ta’aruf programme, memang tak boleh apply tukar ke 3 program ni.

  17. salam… saya dapat pilihan pertama uiam asasi sains fizikal…. tapi saya ingtkan boleh sambung engineering……. kalau nak tukar kepada asasi kejuruteraan dan sains komputer selalunya senang tak?

  18. Rahimi salim Says:

    Assalamualaikum…sya dpt twrn kejururawatan…tetapi mengikut pilihan asal saya minta asasi perubatan..bleh ke sya minta tkar…klu boleh adakah ia berkait rapat dengan syarat kelayakan minima

  19. ok thanks atas penjelasan. takut gak sbnrnya takut terkapai-kapai.🙂

  20. Ada program yang dibuka hanya kepada pelajar aliran sains, atau hanya kepada pelajar aliran sastera dan ada yang kedua-duanya. Yang kedua-duanya ni secara umumnya ikut merit la. tak ada keutamaan. Kalau ada pun, itu disebut oleh pihak IPTA berkenaan.

  21. erm..kalau 3 pilihan tuh letak sastera major sedangkan budak aliran sains xpeker? sebab ada sumber cakap..budak art diberi keutamaan dpt kos art.. harap sudi memberi pnjelasan🙂

  22. Terima kasih adik. Semoga berjaya dunia dan akhirat.

  23. Wa’alaikumussalam.

    1) Agak susah, sebab yang dapat straight A’s pun ada yang tak dapat. Tapi apapun, kuasa Allah jualah yang tentukan segalanya.

    2) Bergantung kepada polisi pengambilan tahun tu, kuota yang ada dsb. Macam tahun lepas, ramai juga yang dapat tukar masa ta’aruf week. Tapi mulai tahun lepas, permohonan tukar program pada hujung setiap sem tak dibenarkan untuk ke asasi perubatan, pergigian dan farmasi, hanya melalui jemputan pada semester akhir oleh Department of Sciences Programme.

  24. Assalamualaikum, terima kasih atas penerangan adik ni. 1) Betulkah kalau result SPM 8A 1B susah nak dapat asasi perubatan UIA (melalui UPU)? 2) Kalau ikut tips adik, pemohon cuba dapatkan contohnya asasi farmasi, kemudian cuba mohon tukar kepada asasi perubatan waktu taaruf week. Adakan mudah untuk tukar ke asasi perubatan ni, mengikut pengalaman tahun2 lepas? Terima kasih.

  25. Wa’alaikumussalam.

    Minimum merit tak ada. min gred subjek je ada. wallahua’lam. rezeki di tangan Allah Ta’ala. Dialah yang tentukan yang muktamad.

    Ana doakan enta dapat la masuk CFS IIUM dengan asasi undang-undang🙂

  26. Asslamualaikum… saya pelajar lepasan SPM tahun 2011… saya begitu minat dengan undang-undang UIA dan selepas result keluar, keputusan saya cukup syarat untuk memohon LAW di UIAM, soalan saya.. Adakah susah untuk mendapat tempat di Asasi Law UIAM ? Dan berapa markah merit minimum bagi pengambilan Asasi Law UIAM bagi tahun ini ?

  27. Ada carrymarks, exams, tapi tak ada credit hour, so tak dikira dalam pointer/GPA/CGPA

  28. salam..belajar bahasa arab tu,, setakat belajar ke.
    atau dia termasuk dalam test?termasuk dalam pointer juga ke.?harap boleh bantu.

  29. […] Dalam mengisi borang UPU yakni melalui BPKP, antum harus ‘berhati-hati’ dalam mengisi 8 pilihan program. Silap ‘strategi’, akan buatkan antum mungkin tak dapat tawaran biarpun mendapat keputusan yang baik. Untuk maklumat lanjut, baca di sini. […]

  30. Akan belajar Bahasa Arab yang asas.

  31. Kalau masuk Asasi Sains di UIAM, wajib ambil B. Arab ke?
    Apa akan jadi kalau saya ni yg tak pernah belajar B. Arab? Susah ka nak bawa?

  32. W’salam. tak boleh.. melainkan kalau apply UiTM secara terus selain melalui UPU, mungkin. tapi kalau melalui UPU dapat 2 tawaan, tu tak ada.

  33. salam. boleh tak kita dapat offer lebih dari 1 ipta?

  34. tp aku rassa mcm bodoh pulak kalo dpt asasi kejururawatan..jadi nurse tu aper

  35. Lebih kurang macam tu la. tetapi… jangan la ambil undang2. sebab subjek yg dipelajari sangat jauh beza. ambil la sains hayat ke, sains fizikal ke, kejururawatan ke , sains brsekutu ke. sbb ada persamaan dlm subjek yg dipelajari.

    Utk pengetahuan, Medik/farmasi/pergigian/sains hyat/kejururawatan/sains kesihatan brsekutu blajar subjek yg sama di peringat asasi.

    Juga perlu diketahui, setiap semester dibuka tawaran utk students yg nak tukar course. namun perlu pengesahan Head of department asal & baru. kemudian akan ditentukan dgn mesyuarat.

    Apapun, nak ambil ijazah perubatan mesti belajar asasi perubatan terlebih dahulu. harus diketahui tu ye. bukan boleh dari asasi undang2 walaupun CGPA 4.00 nak masuk perubatan. harap ana menjawab persoalan enta.

  36. bro. kamil, saya nk tanya pada bahagian ini: “Klau nk sgt msuk UIA dgn program tu, psang strategi la. Mcm mana? Pilih prgram lain dlm UIA. Ada prgigian, farmasi, sains hyat, sains fizikal, kjuruteraan & sains kmputer dll. Pilih yg tu. Sbb? Lpas kita dpt tawaran apa2 prgram dkt UIA, kita bleh wt rayuan utk tukar. Kalau, pointer bagus mmg akan dapat tukar, inshaALLAH.”

    maksud bro. kamil mcam inikah: sekiranya kita ambil jurusan lain seperti jurusan undang2 di UIA seterusnya kita mendapat pointer yg baik dlm peperiksaan( periksa semasa asasi ka mcamana?), kita boleh menukar jurusan Medic dengan rayuan sahaja.

    kedua, adakah kita boleh menukar daripada asasi undang2 ke ijazah medical??

    minta penjelasan..terima kasih!

  37. kalau asasi sains hayat kt UIAM pula macam mana? maksud enta apa?

  38. kalau asasi sains hayat kt uia pulk cmne ae??

  39. ohh..pelajar lepasan SPM 2010 ke ni? kalau kemasukan asasi UIAM, ia pada hujung bulan mei. bkn bln sept. bln sept hanya kemasukan utk peringkat ijazah sarjana muda. semoga enta dapat masuk ke UIAM! amin ya rabbal ‘alamin =)

  40. salam waridwanuh…syukran…sy brhasrat utk ke UIA kemasukn sept, ni..insyaAllah brjmpe d sane..pljr jrsn medik@farmasi msh dlm plhn..ismi Akmal Husaini Ali Syabana

  41. kiraan merit kurang faham..mcam mana?kalo A+=16 kn,dan stursnya kurng 2 …xbpe fahamlah!tolng tnjukkn..HAHA!harp dpt membntu..

  42. Hmmm…Dia susun random. Pasal kes mcm tu, yg buat kerja tu bukan manusia. tp komputer. so mesti akan berlaku kesilapan. sbb komputer tu ciptaan manusia. manusia pula makhluk ALLAH yg lemah yg x lari drpd melakukan kesilapan. ye tak?

    Yang paling penting sekali, kita kena yakin bahwa setiap perkara di bawah kekuasaan ALLAH. so apa yg kita dapat ialah apa yg ALLAH bagi. it’s just my opinion ok. u may agree or disagree with me. hehe..

  43. setiap universiti akan pilih calon layak yg sedang beratur sehingga tempat penuh..tapi adakah calon2 yg beratur tu disusun bdasarkn turutan nama atau random? Sebab mngapa ade kes yg lebih layak tidak mndapat 1st choice,& yg kurang meritnye dapat pula plihan prtamanye,,utk program yg sama.

  44. Thanks! Alhamdulillah, tahniah la dpt pilihan pertama.

  45. rabiatul Says:

    hehe..ska sngat explain nie..cool jerkk
    alhmdulillah dpat pilihan upu yg pertama kat Um

  46. explanation yang mantap!!!

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: