Top 5 Memorable Events in 2010. . .

Macam tak percaya jee. . . rasanya baru masuk tahun 2010. Tengok2 dah nak masuk tahun 2011 dah. MasyaALLAH !! Cepatnya masa berlalu…. itulah tanda dekatnya hari kiamat. Berikut adalah 5 perkara yang berlaku pada tahun ni yang akan terus diingati dalam kehidupanku.. . . .

No 5  – Aktiviti lepas tamat SPM . . . . satu tempoh yg cukup lama before sambung pelajaran di  IPT. Walaupun dah habis SPM, tamat aku rajin la juga study di library Kangar. X kurang juga sahabat2 yang hairan dengan tindak tanduk aku tu. Ye la. . . ‘sepatutnya’ dah habis SPM nak study buat apa. Kena enjoy la. Memang banyak orang bermentaliti  macam tu. Bukan nak kutuk yee. Lepas tu bila masuk matrik/asasi ke apa pakat kata dah lupa macam2 dah apa yang belajar dulu. Namun, study2 pun banyak relax juga. Menghadap depan komputer bukan main lama. Tambah2 lepas dapat notebook sendiri. Tapi dapat pun bulan 4 lepas result SPM. . . sesetengah kawan lepas result UPSR or PMR dah dapat notebook. Siap dengan motosikal dan handphone lagi. Perghhh. .. sakan betul ! huhuhu. . . Bila kenang2 balik, rasa macam banyak buang masa betul masa tu. Sepatutnya kena gunakan masa yang ALLAH berikan tu dengan aktiviti2 yang berfaedah dan bermanfaat. Namun, masa yang berlalu x dapat diubah lagi. . .

https://i2.wp.com/sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs293.snc4/40969_1451361117105_1025558178_31106109_2674763_n.jpg

Para pelajar 5 Ali SMKAA tahun 2009

https://i0.wp.com/sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs531.snc3/30165_1349898420601_1025558178_30866027_4592805_n.jpg

No 4 –Reunion/Outing with friends. Lepas result SPM & before aku lanjutkan pelajaran di CFS IIUM, PJ, Alhamdulillah, dapat jumpa sahabat2 walaupun x semua. Memang la. . mana nak dapat jumpa semua. 1st outing dengan sahabat2 karib aku – main bowling pada 7 Mei 2010. Walaupun aku agak tension masa tu dengan macam2 hal, tapi memang enjoy juga la. 2 dalam 1. Huhu. . 2nd outing – bukan outing tapi reunion dengan sahabat2 sekolah rendah ; Sekolah Kebangsaan Jejawi (1999-2004).

https://i1.wp.com/sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs307.snc3/28965_1347747326825_1025558178_30860578_6818291_n.jpg

https://i0.wp.com/sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs307.snc3/28965_1347747446828_1025558178_30860581_5352405_n.jpg

Mula2 tu pening juga nak buat reunion ni. Mcm mana aku x pening sebab aku ketua kelas masa darjah 6 dulu. Kiranya aku ni master mind la nak buat. Last2 buat dekat kantin sekolah. Alhamdulillah, ramai la juga sahabat2 yang hadir. Yang dah lamaaaaaa x jumpa sampai x berapa cam. Maklum la 5 tahun. Pakat matang belaka. Hahaha. . 3rd outing pula dengan junior aku. 3 orang je. Tapi kitaorang ni rapat la juga. X la rapat sangat. Diorang ialah Amirul Amin, Aiman Azizan & Wafi. Ada seorang lagi iaitu Shah Ashraf tapi x boleh pergi. Bersembang macam2 la dekat Pizza Hut hari itu.huhu. .

https://i0.wp.com/sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs637.snc3/31965_1356221378671_1025558178_30877404_331073_n.jpg

https://i2.wp.com/sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs607.snc3/31965_1356222138690_1025558178_30877418_134019_n.jpg

No 3 – Majlis Penghargaan Warga SMKAA 2010 . Buat julung-julung kali di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau. Diadakan pada tanggal 19 April 2010 . . Majlis yang cetuskan polimik baru, x kurang juga kontroversi. Haha. . Aku yang menjadi pengerusi bagi jawatankuasa majlis ni x menafikan macam2 perkara jadi. Pelbagai suka duka diharungi dalam menjayakan majlis ni. Konflik pun macam2 juga yang berlaku. Sama ada sebelum & selepas majlis. Malas la nak cerita. Nanti jadi panjang sangat. Apapun, semua ini boleh dibaca menerusi cerpen “Itulah manusia namanya” yang dikarang khas ‘sempena’ segala yang berlaku semasa tu. Walau apapun, macam2 pengajaran & iktibar yang dapat diambil daripada semua yang berlaku.

https://i1.wp.com/sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs402.snc3/24413_1333485370285_1025558178_30832153_2355258_n.jpg

No 2 – Kemasukan ke CFS IIUM, PJ. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kersyukuran ke hadrat ALLAH ‘Azza Wa Jalla, sebab impian aku untuk masuk ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) menjadi kenyataan, iaitu pada tanggal 21 Mei 2010. Pada mulanya aku terima offer untuk program Asasi Kejuruteraan & Sains Komputer, tapi lepas masuk ke sana, aku apply untuk tukar ke program pilihan aku iaitu Asasi Sains Fizikal. Faham2 je la sebab aku nak sambung ijazah matematik. Huhu. . Semasa ta’aruf week, ramai kenalan baru yang aku temui. X kurang juga kisah2 yang melucukan lagi menggelikan hati yang terselit semasa minggu ta’aruf dulu.

https://i0.wp.com/sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs336.ash1/28965_1368637729072_1025558178_30904801_3389353_n.jpg

No 1 – Keputusan SPM 2009. Perkara yang akan terus paling diingati sepanjang hayat bagi perkara yang berlaku pada tahun 2010 tak lain tak bukan iaitu hari di mana keputusan SPM 2009 diumumkan. Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Berkuasa atas segalanya, sebab aku berjaya peroleh keputusan 9A 2B. Walaupun ramai juga yang expect aku dapat straight A’s , tapi tak mengapa la. Dapat 9A 2B pun aku dah bersyukur yang amat sangat. Kenapa? Yelah. . . jika dibandingkan dengan usaha aku yang tak seberapa, mana patut aku dapat keputusan sebaik tu sedangkan sebahagian sahabat2ku yang berusaha dengan lebih gigih mengalahkan aku, dapat kurang baik daripada aku. Sebab tu aku tegaskan yang ALLAH itu Maha Berkuasa atas segalanya. Alhamdulillah, rata-rata sahabat2ku juga dapat keputusan yang baik  serta cemerlang. Mudah2han kita akan terus cemerlang dan Berjaya dalam kehidupan di dunia & di akhirat . amin ya rabbal ‘alamin. . . .

https://i1.wp.com/sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs460.snc3/26285_1297788597888_1025558178_30755398_6904777_n.jpg

Akhir kalam . . . . Selamat tinggal tahun 2010 Masihi & Selamat datang tahun 2011 ! !

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: