Kita Dilahirkan Sebagai Orang yang pandai!

Ahaaa…mungkin ada yg berkerut dahinya dek baca tajuk artikel kali ni. Hehe.. X pe la. No problem. Biasa la tu. Kita ni memang bila tengok or baca or dengar something yg lain yg ada dlm pemikiran kita, memang akan rasa pelik dan hairan. Itulah lumrah manusia. Namun, yg membezakan kita ialah adakah kita ni jenis open minded yg bisa terima pendapat org lain meskipun kita kurang bersetuju dgnnya. Sifat keterbukaan inilah yg membezakan kita! Huhu… mukadimah pun cakap pasal lain dah ni pula ye. Jgn marah. Back to the topic. Betul ke kita dilahirkan sebagai org yg bijak pandai? Maksudnya semua org pandai ke? Ya! Begitulah yg saya nak kata. Semua!! Aikkk…semua orang? Ye ke? Mengarut la! Itu jawapan sesetengah org bila diungkapkan pandangan ni. Anda pun sama ke? Jawab sendiri la ye..

Mungkin yg masih ‘terkejut’ or hairan or pelik dgn pandangan saya ni tertanya2..kenapa saya cakap mcm tu? Apa rasional saya kata mcm tu? Ok…relax2…be cool. Jgn gopoh2.. baca dgn tenang & hati yg terbuka. Mohon petunjuk drpd Ilahi. Mudah2han anda faham apa yg saya ingin sampaikan. Amin!

Kita sebagai insan yang diciptakan sama, hasil persenyawaan antara sperm dan ovum, yang mana kita semua berasal dari Nabi Adam a.s dan Nabi Adam a.s diciptakan dari tanah. Maka, kita memang sama la kan? Insan kan? ke ada antara kita yg separuh insan, separuh bukan insan. Sifat tu mungkin la ada. Tapi dari sudut zahirnya, kita serupa. Fitrahnya pun sama. Ye kan? X setuju? Lantak la kalau x nak setuju pun. Huhuhu..

Itu point pertama yg saya guna utk katakana semua org mmg bijak pandai. Then, kita sebagai  insan yg diciptakan oleh ALLAH ‘Azza Wa Jalla diciptakan dalam pelbagai paras rupa, keturunan, bangsa dan tempat. Betul kan? Maka, dgn sebab tu kita boleh katakana setiap insan ni diciptakan dgn kemahiran dlm bidang tersendiri, minat/kecenderungan dlm bidang2 tertentu dan sifat/perwatakan yg tersendiri.

Sebab tu la kita x hadapi masalah yg kritikal dlm kehidupan kemasyarakatan. Masalah apa? Ok. Ada seorang sahabat saya pernah berkata pada saya lebih kurang mcm ni la. “Ya akhi, susah la kalau semua orang jadi pandai, nanti siapa nak jadi nelayan?”. Saya tersenyum tatkala dengar apa dia cakap tu. Dia pun hairan tengok saya senyum. Apa saya jawab? Lebih kurang ni la. “Ya akhi, x betul cakap enta tu. Kita ni diciptakan dgn kecenderungan/minat dan naluri yg berbeza oleh ALLAH ‘Azza Wa Jalla. Jadi dalam 1 negara ke negeri ke kawasan ke apa, mesti punya ada org yg minat jadi cikgu, polis, pegawai bank, peguam, nelayan, pemandu bas, pegawai kerajaan, posmen dan mcm2 lagi. So, kita x perlu risau dgn katakan mcm yg enta sebut tu ye. ALLAH dah ciptakan naluri insani yg berbeza dlm diri kita. Maka, setiap org ada minat, kemahiran dan kebijaksaan dlm bidang2 yg berbeza yg akan berkecimpung dlm kerjaya yg berbeza2”.

Sesungguhnya, ‘kebijksanaan’ itu bukan hanya terhad dalam akademik semata2. Org yg pandai selalu merujuk kpd org yg dpt ‘A’ dlm peperiksaan manakala yg dpt ‘B’ dan ke bawah disifatkan tak pandai. Hal ini sebenarnya boleh dikatakan pemikiran sempit & terlalu exam-oriented. Padahal, konteks kebijksanaan ni terlalu luas & tak terhad dlm akademik semata2. Ada org yg x berapa bagus dlm akademik tetapi hebat dlm skill work. Ada yg sebaliknya. Jadi, sememangnya semua orang memang ternyata pandai! Jadi x perlu la nak kata saya pandai, korang x pandai. Or korang kata korang pandai, saya x pandai.

Namun, realitinya x semua orang memanfaatkan kemahiran, kebijaksaan  dan kemahiran yg diorang miliki. Sebab tu la kita dapat lihat org yg terjerumus dalam aktiviti2 tak sihat yg terpesong daripada fitrah insani. Justeru, manfaatkanlah apa yang dikurniakan oleh ALLAH ‘Azza Wa Jalla untuk kita mencapai kejayaan dalam kehidupan di dunia & di akhirat. Berbaktilah untuk orang lain, insyaALLAH kita akan peroleh kebaikan yg x terhingga banyaknya. Akhirnya, hayati kata2 hikmah berikut:

“Sungguh tak kudapatkan celaan yang lebih besar dari dalam seseorang kecuali kemampuannya untuk sempurna, tetapi dia tak ingin berjuang untuk memilikinya” – Abu Thayyib Al-Mumtanabbi

Wallahu’alam..

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: