Ringkasan Kuliah Bulanan Dr Mohd Asri 27 Feb

Alhamdulillah, selepas dua minggu lepas dapat aku hadiri kuliah Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul ‘Abidin di Yayasan Ta’lim TTDI KL, kali ini dapat pula hadiri di Masjid Alwi, Kangar, Perlis. Berikut adalah ringkasan yang dapat aku buat berdasarkan nota yang aku catat. Semoga mendapat manfaat.

– – Muqadimah hadis tentang 3 orang Muslim di hari akhirat. ALLAH ‘Azza Wa Jalla bertanya kepada mereka.
:: Yang pertama – Orang yg mati syahid : “Apa yang kamu buat di dunia dulu?” . Jawabnya “Aku berperang di jalanMu sehingga aku syahid”. Firman ALALH, “Bohong!! Kamu berperang bertujuan untuk orang puji kamu berani”. Maka dia disentap dan dimasukkan ke dalam neraka.
:: Yang kedua – Orang ‘alim : “Apa yang kamu buat di dunia dulu?”. Jawabnya “Aku belajar ilmu dan aku mengajarkannya, aku membaca al Quran keranaMu”. Firman ALLAH “Bohong!! Tetapi kamu belajar supaya orang kata kau ‘alim dan kau baca Al Quran agar orang panggil kau Qari”. Maka dia disentap dan dimasukkan ke dalam neraka.
:: Yang ketiga – orang yang ada keluasan harta: “Apa yang kamu buat di dunia dulu?”. Jawabnya, “Aku tak tinggalkan satu jalan melainkan aku belanjakan hartaku untukMu”. Firman ALLAH, “Bohong!! Kau berbuat begitu supaya orang kata kau pemurah”. Maka dia disentap dan dimasukkan ke dalam neraka.
– Niat sangat penting kerana itulah yang dinilai oleh ALLAH ‘Azza Wa Jalla. Keikhlasan mesti ditanam dalam sanubari kita.

— Dalam hadis yang lain, ada seorang ingin bersedekah dan pada malam itu juga dia bersedekah. Rupa-rupanya, yg disedekahkan itu ialah seorang pencuri. Keesokan harinya, orang mencelanya kerana dia memberi sedekah kepada pencuri. Dia berkata, “Segala puji kepada ALLAH atas sedekahku kepadanya. Sesungguhnya aku tidak tahu”. Pada malam itu, dia bersedekah lagi kepada seorang perempuan dan rupa-rupanya perempuan itu ialah penzina.

–Keesokan harinya, orang mencelanya kerana dia memberi sedekah kepada penzina. Dia berkata, “Segala puji kepada ALLAH atas sedekahku kepadanya. Sesungguhnya aku tidak tahu”. Pada malam tesebut, dia bersedekah lagi dan rupa-rupanya orang itu ialah orang kaya. Keesokan harinya, orang mencelanya kerana dia memberi sedekah kepada orang kaya. Dia berkata, “Segala puji kepada ALLAH atas sedekahku kepadanya. Sesungguhnya aku tidak tahu”. Kemudian dia berdoa dek kerana telah bersedekah kepada pencuri, penzina dan orang kaya.

— Dikatakan diutuskan malaikat. Dikatakan kepadanya, adapun sedekah kepada pencuri, mudah-mudahan dia tak mencuri lagi. Untuk penzina, mudah-mudahan dia tak berzina lagi dengan rezeki sedekah yang diterima.Manakala untuk orang kaya, semoga ia jadi peringatan kepadanya untuk dia gunakan hartanya di jalan ALLAH.

—  Dunia Islam amat menyedihkan!!
:: Agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian. Barangkali yang terbesar sekarang ini apabila ramai penganut kristian yang hilang kepercayaan dengan agama mereka.
:: Negara islam terletak di tempat2 strategik. Dengan sumber petroleum dan gas. Namun, umat islam amat miskin!
:: Regim2 arab menguasai negara2 arab yang membolot harta kekayaan Negara.
:: Demonstrasi tak menggunakan senjata tak salah dalam Islam. Haram memerangi pemerintah dengan senjata kecuali pemerintah kufur dengan nyata menurut Imam  An Nawawi R.A.
— Hadis Daripada Saidatina ‘Aisyah R.A berkenaan Rasulullah S.A.W solat subuh dan para mu’minat turut bersama baginda. Mereka memakai kain dengan corak. Selepas solat, mereka lants kembali ke rumah dan tidak ada seorang pun yang mengenali mereka kerana keadaan masih gelap. (Riwayat bukhari & Muslim)

— Daripada Az-Zuhri, lepas solat, nabi menunggu sebentar bagi wanita keluar dulu bagi mengelakkan percampuran antara lelaki dan perempuan.

— Hal bertelekung,  tiada syariat tentang mesti pakai telekung untuk bersolat. Ia hanya budaya Asia Tenggara.

–Disimpulkan daripada hadis ini, wanita pada zaman nabi tidak memakai purdah. Mereka tidak mengenali para wanita tersebut disebabkan gelap, bukan kerana mereka memakai purdah. Ia disokong oleh hadis2 yang lain. Bagaimanapun, ia soal khilafiah. Imam An Nawawi menyatakan wajah wanita bukan aurat.

— Soal waktu solat subuh. Ada hadis yang berbeza dengan hadis ini yang mengatakan nabi SAW selesai subuh dan pada waktu itu dah nak cerah. Majoriti ulama’ menyatakan nabi sebut begitu supaya pastikan dah masuk waktu solat. Bukan kena lewatkan solat. Mungkin juga sebab dipanjangkan bacaan sehingga waktu dah nak cerah.

Soal Jawab

— Soal kenduri kesyukuran :: Tiada masalah untuk dibuat. Cuma tiada dalam sunnah mesti didahulukan dengan bacaan tertentu. Sunnah bagi orang yang diberi makan untuk berdoa, “Ya ALLAH berikanlah makan orang yang memberi kami makan, dan minum kepada orang yang member kami minum”.

— Sedekah cara insane menghadapi bala. Diceritakan seorang hamba ALLAH mempunyai penyakit jantung, tersumbat – dan mesti dibedah. Anak-anaknya risau. Suatu hari dia keluar untuk membeli daging. Dia berjumpa dengan seorang perempuan yang mempunyai 6 orang anak tetapi hanya beli ½ kg daging kerana tak berkemampuan. Maka hamba ALLAH itu membelikan tambahan 2 kg untuk perempuan itu. Perempuan itu lantas berdoa agar ALLAH merahmati hambaNya itu. Kata hamba ALLAH ini, dia berasa tenang, selesa dan sihat selepas itu. Anaknya melihatnya ceria je. Kemudian, dia pergi check di klinik dan doKtor terkejut kerana dia sudah sembuh! MasyaALLAH!

— Soal ilmu itu makhluk? Ini soal mu’tazilah. ALLAH itu Al Qadim. Ilmu itu daripada ALLAH. Disandarkan kepada zat ALLAH. Maka ilmu itu bukan makhluk.

— Kita tak perlu tahu tentang ALLAH ‘Azza wa jalla lebih daripada kadar yang ALLAH beritahu. Jika bacteria kita boleh kaji dengan pelbagai cara dengan mikroskop dan sebagainya, soal ALLAH ini hanya dengan Al Quran dan As Sunnah.

— Soal kita bersolat dengan niat solat lain berimamkan seorang yang solat lain. Contohnya kita bersolat zohor sedangkan imam solat asar. Sah! Yang penting kaifiat itu sama. Tak semestinya mesti niat sama. Dalam hadis ada disebutkan ada seorang sahabat datang untuk solat fardhu namun tak ada orang di masjid yang ingin bersolat bersama melainkan yang dah tunaikan. Nabi SAW meminta  sahabat yang dah solat itu bersolat sekali lagi bersama sahabat tersebut dah ia dikira solat sunat. Maka, hal ini membolehkan suami yang dah solat berjemaah di masjid untuk mengimami solat bersama isteri di rumah selepas itu.

::: MUAT TURUN RAKAMAN KULIAH INI [Bahagian 1]  [ Bahagian 2 ]

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: