Bible Dalam Bahasa Melayu?

Dalam temoh beberapa hari ini, ramai heboh memperkatakan tentang isu kelulusan KDN untuk perterjemahan kitab bible dalam Bahasa Melayu. Ada yang berkeras menentangnya sehingga mengadakan demonstrasi, tidak kurang juga ada yang menyokong.

Bagaimana dengan pendirian saya? Secara jujurnya, perkara ini ada pro & cons. maka ada la hujah yang boleh diterima baik yang diberikan oleh yang menyokong ataupun membantah. Kita perlu jelas dan faham tentang soal ini dengan pemahaman dari konteks Islam, bukan mengikut hawa nafsu, sentimen tertentu dan pemikiran kita semata-mata.

Al Quran telah diterjemah kepada banyak bahasa tanpa ada larangan, tetapi mengapa kita terlalu berkeras membantah apabila Bible diterjemah ke Bahasa Melayu. Adakah Islam bersikap double standard? Umat Islam boleh menuduh sesuatu sebagai ajaran ugama lain yang mereka nafikannya, tetapi kita mengamuk bila orang mengatakan islam pengotor, teruk, terrorist dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, kita tak boleh kata bible bisa diterjemahkan ke dalam BM dan full stop. Tidak! Kita membenarkannya, namun kita mesti manfaatkannya untuk mengajar orang selain mengajak orang mendalami kandungan bible dan bandingkan dengan Al Quran Al Karim. Dengan itu, pegangan aqidah umat Islam akan bertambah mantap. Maka, tidak perlu timbulkan isu “mengelirukan umat islam” dan “berupaya memesongkan aqidah umat islam”.

Semua pihak wajib memainkan peranan dalam dakwah kerana ia adalah tanggungjawab bagi setiap muslim. bukan setakat kita mengislamkan yang bukan islam, kita juga patut mengislam orang yang islam sendiri.

Apapun, ini adalah pandangan peribadi. Saya dah kaji la sikit2 tentang hal ini daripada konteks Islam sebelum mengeluarkan kenyataan ini. Kata-kata insan boleh diterima atau ditolak melainkan firman ALLAH ‘Azza Wa Jalla dan sabda Rasulullah S.A.W. Semoga kita sentiasa dalam perlindungan, rahmat & keredhaan ALLAH. Sekian, terima kasih.

—- Prof Dr Raja Ahmad Kamil Bin Raja Sulaiman —-
—- Pensyarah lulusan Ijazah sarjana muda Matematik Tulen(UIAM) & Al Quran dan As Sunnah(UIM) —–

*p/s: hahaha..saja perasan sekali sekala. gelaran tu saja2 laa letak. hehehe..bkn gila jawatan. impianku untuk gapai dua ijazah tu. doakan ye.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: