Hidup Yang Penuh Dengan Pilihan…

Huh..sudah lama juga aku tak coretkan kisah perjalanan hidupku dalam blog ni. lebih kurang 3 minggu dah. Yang lagi dahsyat, dah sebulan aku tidak tulis sambungan karya drama Roda Kehidupan 2. Hah! Kenapa? Awat? Apasal? Aku memang jenis suka bergantung pada ‘mood’ juga la. Bila rasa ada mood nak tulis, baru tulis. Begitu ye? Ya!

Bila difikirkan balik, konsep ‘mood’ ini disalah ertikan dan disalahgunakan. Kita seringkali menyebut “aku tak ada mood la nak study”. Kenapa begitu jadinya? Hal ini disebabkan kita membiarkan kita dipengaruhi oleh persekitaran. Manusia secara umumnya terbahagi kepada tiga – dependent, independent & interdependent. Ia merujuk kepada kita bergantung kepada persekitaran atau kita langsung tidak bergantung kepada persekitaran atau kita mengubah persekitaran. Yang mana satukah kita? Jadilah kita arus yang mengubah persekitaran, bukan persekitaran yang menentukan hala tuju arus kita. Ada faham?

Akhir-akhir ni aku dapat banyak sangat soalan & pertanyaan terutamanya pelajar lepasan SPM 2010 dan tak kurang juga calon SPM 2011. Faham-faham je la ye apakah yang ditanyakan. soalannya berkait rapat dengan alam menara gading, biasiswa/pinjaman, program dan kursus selain tak kurang juga yang mohon nasihat bagi hal berkaitan.

Ada yang dapat keputusan cemerlang sehinggakan pening untuk buat pilihan. Ada yang dapat kurang cemerlang juga pening untuk buat pilihan, baik memastikan pilihannya tu tak tersilap yang bisa mengundang dia tak dapat ikuti pembelajaran di situ lantas dibuang akibat keputusan yang tidak memuaskan.

*Gambar hiasan

Malah, ada dalam kalangan mereka yang masih terfikir-fikir apakah cita-cita mereka! Itu satu krisis yang sangat kritikal pada perspektif aku. Memang agak malang bagi sesiapa yang masih belum menyedari bakat, kelebihan dan bidang yang mereka paling cenderung untuk diikuti. Jika anda yang membaca ini mengalami nasib yang sama, beristikhoroh la wahai saudaraku. Mohon petunjuk kepada pencipta kita yang mengetahui segala-galanya.

Kemudian, barulah kita beristisyarah yakni memohon pandangan dan bimbingan makhlukNya yakni insan. Jangan kita tersalah letak ‘priority’ sehinggakan terlupa memohon bimbangan & petunjukNya, sebaliknaya sibuk mencari makhlukNya yang sememangnya lemah dan hanya memiliki ilmu yang sangat sedikit berbanding ilmuNya yang sangat luas!

Hal ini bukan hanya merujuk kepada soal cita-cita kerjaya, namun dalam segenap aspek kehidupan yang memerlukan kita membuat pilihan. Kita berhak malah sepatutnya membuat keputusan yang terbaik bagi mewujudkan taqdir yang terbaik. Kita bukan berfahaman mu’tazilah atau qadariah tetapi berpegang pada Ahli Sunnah Wal Jama’ah atau lain kata Manhaj Salafi. Aku bukan nak huraikan perkara ini sebab aku yakin anda yang membaca ni sudah jelas tentangnya.

Sebagai mengakhiri coretan buat kali ini, ingin sekali saya mengajak menghayati dan sama-sama memikirkan denan pemikiran yang krtis akan kata-kata ini, semoga kita mendapat manfaat dan petunjukNya. Semoga kita sentiasa dalam rahmat, perlindungan dan rahmat ALLAH ‘Azza Wa Jalla…

“‎Sesetengah orang salah sangka dengan konsep hidayah dan mendakwa tidak mendapat hidayah yang membuatkannya tidak jadi seorang yang baik. Sedangkan keinginan dan keazaman dalam dirinya yang nakkan perubahan ke arah kebaikan yang menjadi asbab ALLAH ‘Azza Wa Jalla memberikan hidayah kepadanya

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: