Sunnah Rasulullah Yang Ditinggalkan…

imageDewasa ini, kita barangkali suka bertelagah dalam pelbagai isu. berdoa beramai-ramai sesudah solat ke tak. macam-macam betul. Namun, persoalan muslim yang peka pada agamanya akan bertanyakan tentang hukum sebenar berdoa beramai-ramai setiap kali selepas solat seperti yang dilakukan hampir di seluruh masjid-masjid di Malaysia, Indonesia dan alam Melayu.

Al-Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah Rahimahullah(wafat 751H) berkata:

Adapun berdoa selepas salam dari setiap solat dengan menghadap kiblat atau menghadap makmum maka tiadalah ianya menjadi pertunjuk nabi solallahu ‘alaihi wasallam bahkan juga tiada riwayat yang sahih atau sekalipun hasan mengenainya ” (lihat Za’dul Ma’ad m/s 257 Jilid 1)

Hal ini jelas dalam hadis seperti berikut:

Daripada Abi Umamah radiallahu ‘anhu, katanya: Aku pernah pernah bertanya kepada Rasulullah solallahu ‘alaihi wasallam: “Apakah doa yang amat didengari?” Maka baginda menjawab: “Doa di tengah malam dan di penghujung solat wajib(selepas tahiyyat sebelum memberi salam)“. – Hadis hasan Riwayat Imam At-Tirmizi [no 1044]

Lafaz “دبر الصلوات المكتوبة”  dalam hadis berkenaan adalah lebih tepat kepada d penghujung solat wajib yang membawa maksud berdoa selepas tahiyyat akhir tetapi sebelum memberi salam dan bukannya selepas memberi salam.

Hadis ini dikuatkan dengan hadis berikut:

Daripada Abdullah Ibun Mas’ud radiallahu ‘anhuma: “Kemudian (selepas tahiyyat akhir) hendaklah memilih daripada doa2 yang paling dikaguminya”.- Hadis Sahih Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Pernah ditanyakan kepada Al-Izz ibn Abd Salam tentang doa sekitar salam maka dijawab :

Sesungguhnya Nabi solallahu ‘alaihi wasallam mengajarkan zikir-zikir yang disyariatkan selepas solat iaitu seperti beristighfar 3 kali dan setelah itu beredar dari solat dan tambahnya adalah menjadi pilihan Imam Syafie ra supaya Imam terus beredar selepas memberikan salam” (lihat Fatawanya m/s 47)

Antara doa yang tsabit daripada Nabi Solallahu ‘alaihi wasallam yang boleh diamalkan:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada ujian kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan ujian al-masih dajjal.” (Hadis Sohih Riwayat Imam Muslim : no 1276)

 اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي, أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ, لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْت

Maksudnya: “Wahai Tuhan, ampunilah bagiku dosa-dosa yang terdahulu, yang terkemudian, yang aku rahsiakan, yang aku nyatakan, yang aku melampaui batas, dan yang Engkau lebih mengetahui daripadaku tentangnya. Engkaulah yang Maha Mendahulu dan Maha Kemudian, tiadalah tuhan sebenar melainkan Engkau.” (Hadis Sohih Riwayat Imam Muslim : no 1762).

 اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْماً كَثِيراً وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ. فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudya: “Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak sekali. Tiada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa itu melainkan Engkau, maka ampunilah daku dengan keampunan dariapda sisi-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Hadis Sohih Riwayat Imam Bukhari no: 6181 dan Imam Muslim no: 6819).

Perihal doa selepas memberi salam, jika ia dilakukan secara individu, adalah tidak mengapa untuk dilakukan pada sesetengah ketika. kerana kita digalakkan berdoa pada bila2 masa sahaja.

Jika dilakukan secara jamaah antara imam dan makmum pada setiap kali selepas solat, maka tidak diragui bahawa amalan ini bukan amalan sunnah nabi dan bukan sunnah khulafa’ dan salaf selepas mereka. Andaikata Nabi pernah lakukan, nescaya akan dinukilkan secara sahih sebagaimana sahabat2 menukilkan semua ibadah2 Nabi yg lebih kecil drpd solat jemaah.

Apapun, hendakalah kita berlapang dada dalam hal ini dengan erti kata tidak mencela orang yang tetap bertegas ingin berdoa selepas selesai menunaikan solat sebagai berbuat bi’dah dan sesat, juga tidak ‘memandang pelik’ kepada orang yang tidak berdoa selepas selesai solat dek kerana sudah berdoa dalam solat termasuk selepas tahiyyat akhir sebelum memberi salam.

Semoga Allah ‘Azza Wa Jalla merahmati dan mengampuni kita semua. Wallahu’alam.

2 Responses to “Sunnah Rasulullah Yang Ditinggalkan…”

  1. min fadhli Allah, summa min fadhlika…. syukran lakum

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: