Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011…

Alhamdulillah, dengan izin dan taufiq ALLAH ‘Azza Wa Jalla, aku dapat menjejakkan kaki ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 buat kali pertama dalam hidupku yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC), Kuala Lumpur semalam.

Walaupun pada awalnya, aku keluar dari kampus keseorangan, namun hakikatnya aku ada perjumpaan bersama para sahabat dari laman komuniti Al-fikrah.net di sana. Dapat kami berkenalan dalam dunia realiti, setelah sekian lama berinteraksi dalam alam maya. Memang gembira dapat berjumpa dengan diorang. Semuanya peramah, tawadhu’ dan baik hati. hehe..

Bersyukur juga dapat bertemu dengan tokoh ilmuwan seperti Prof Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Dr HM Tuah Iskandar al-hajj, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Emran Ahmad, Ustaz Mohd Ya’kub Yunus dan lain-lain.

Al-maklumlah kelmarin hari cuti, jadi tidak peliklah begitu ramai orang yang membanjiri PWTC. Kesesakan teruk berlaku di dalam PWTC terutamanya di tingkat 3 dan 4 yang mana majoriti booth di tingkat berkenaan dibuka oleh syarikat tempatan. Memang ramai kurang senang dengan keadaan berhimpit di sesetengah kawasan, namun apakan daya. Itulah realiti yang harus diterima.

Bagaimana agaknya jikalau kita ke Arab Saudi untuk menunaikan haji terutamanya, pada sesetengah masa, kita harus melalui keadaan yang lebih kurang sama dek kehadiran lebih satu juta umat Islam, adakah kita nak merungut lebih-lebih lagi?

Memanglah semua orang tidak suka dengan keadaan sedemikian, namun, belajarlah untuk bersabar dan menerima keadaan. Dengan sikap dan mindset kita yang terbuka, kita dapat ‘mengubah’ keadaan.

Percaya ataupun tidak, kami(merujuk kepada aku dan sahabat AFN)  ‘berkampung’ di sana lebih kurang 8 jam! haha.. Tak nak percaya pun tak mengapa. Kami di sana melakukan ‘rondaan’ untuk beberapa pusingan. Memang letih le lepas balik tu.

MasyaALLAH, begitu banyak buku yang berjaya menambat jantung hatiku. Terasa macam nak beli semua je. Namun, apakan daya, bajet yang sedikit jadi penghalang. Akhirnya aku berjaya ‘menangkap’ dan membawa balik tiga buah buku”:

  1. “Al-Fatihah- Petunjuk Jalan Lurus” karangan Ustaz Emran Ahmad terbitan Karya Bestari  (Dapat percuma pemberian Ustaz Emran sendiri kepada sahabat AFN)
  2. “Belailah Kalbu” karangan Dr HM Tuah Iskandar Al-Hajj terbitan Karya Bestari
  3. Kitab Terjemahan kepada “استمتع بحىاتك” yang bermaksud “Nikmatilah Hidupmu” karangan Dr Muhammad Bin Abdurrahman Al-Arifi terbitan Pustaka Yassir(Surabaya, Indonesia)

InsyaALLAH aku akan habiskan baca ketiga-tiga buku ni dengan penuh penghayatan dan kefahaman. Ayat yang paling mencabar kepada kepada yang ke sana dan sudah membeli buku bacaan, “Jangalah kita menjadi seperti keldai yang membawa bebanan buku”.

InsyaALLAH,ada rezeki akan ke sana lagi pada tahun depan Smile

3 Responses to “Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011…”

  1. A'AZMI BIN SHAHRI Says:

    Salam tuan. Terima kasih di atas sokongan terhadap PBAKL yang dianjurkan saban tahun. Saya mewaliki seluruh Jawatankuasa Pengelola PBAKL 2011 amat menghargai sokongan tuan.

    A’AZMI BIN SHAHRI
    Pengarah
    Urus Setia Tetap MBKM
    Kementerian Pelajaran

  2. W’salam..
    Ya akhi, ana pun berpeluang untuk berjumpa dan bersembang sebentar dengan Prof Madya Dr MAZA kelmarin. beliau berjalan bersama isteri dan anaknya. kemudiannya beliau berada di booth Utusan untuk mempromosikan bukunya.

    InsyaAllah, tahun depan kita ke sana sekali ye? hehe.. =)

  3. Salam..
    Teringat ana waktu tahun lepas mengunjungi PBAKL di PWTC tahun lepas. Berpeluang berjumpa Dr. MAZA, bersalam dan bergambar dengan beliau. Tahun ni nampaknya tiada rezeki untuk ke sana, tapi mungkin ada tahun depan. =)

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: