Hakikat Insan dan Jawatan….

tawadhu

Apabila seseorang bertanding untuk sesuatu posisi/jawatan, kita seringkali mendengar ungkapan "Undilah saya! Undilah saya!" sedangkan mungkin yang lebih baik dan patut untuk dikatakan ialah "Undilah calon yang terbaik bagi pmenyumbang ke arah maslahah ummah. Jikalau kalian merasakan saya yang terbaik, maka undilah saya, insyaAllah saya akan buat yang terbaik, jikalau ‘lawan’ saya yang dirasakan terbaik, undilah dia walaupun kalan kenal rapat dengan saya tak dan tak berapa kenal pun dia".

Adakah salah untuk menawarkan diri untuk memegang sesuatu jawatan? Secara umumnya, tidak salah sekiranya kita telah jelas konsep amanah dan tanggungjawab serta yakin dengan diri kita akan kelayakan untuk memegang jawatan berkenaan. Namun, malangnya, masih ada sesetengah insan yang tidak jelas berkenaan konsep ini dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan jawatan dan pangkat atas macam-macam niat.

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menberikan amanah kepada ahlinya(yang berhak dan layak menerimanya), dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”  (Surah An-Nisa’, ayat 58)

Yang penting bukanlah kita menang dalam pemilihan jawatan jikalau kita bertanding, tetapi yang penting ialah orang yang paling layak dari sudut quwwah dan amanah yang menang dan diberi mandat untuk memegang jawatan berkenaan tidak kisah kita ataupun ‘lawan’ kita, meskipun kita tahu kita layak dan turut mampu menjalankan tanggungjawab berkenaan.

Niat kita sangatlah penting. Jikalau niat kita betul dan ikhlas, kita tak perlu susah hati atau kecewa jikalau gagal mendapat undian majoriti seterusnya diberi peluang memegang jawatan berkenaan, kerana kita harus yakin bahawa calon yang mendapat undian majoriti itu lebih baik daripada kita dan mampu menjalankan tanggungjawab dengan lebih cekap daripada kita. Sebaliknya, kita sepatutnya membantunya walaupun tak dipiih memegang jawatan berkenaan. Itu adab dan sikap yang mungkin patut diamalkan.

Manakala, jikalau kita diberi amanah untuk memegang jawatan berkenaan pula, jangan seronok kerana itu merupakan ujian untuk kita yang pasti akan dipersoalkan pada hari kiamat kelak. Lakukanlah tanggungjawab kita dengan penuh ikhlas dan amanah!

Suka untuk dikongsikan di sini, kisah Khalifah ‘Umar bin Abdul ‘Aziz apabila beliau dilantik menjadi khalifah, beliau seakan tergamam dan begitu hiba. Ketika para pembesar menanti kemunculannya setelah dilantik, mereka berbisik bertanya anaknya, mengapa ayahnya belum keluar ke khalayak ramai. Kata anaknya:

Ayahku sejak dilantik, beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Apabila ibuku masuk kepadanya, airmatanya bercucuran hingga ke janggutnya. Apabila ditanya, dia berkata: “Wahai Fatimah! Aku telah dikalungkan urusan umat Muhammad ini yang berbagai bangsa. Maka aku terfikir tentang orang yang fakir, yang lapar, yang sakit lagi derita, orang biasa yang susah, orang yang dizalimi lagi dipaksa, tawanan perang yang jauh, orang tua yang uzur, orang yang mempunyai keluarga yang ramai sedangkan wangnya sedikit dan seumpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara. Aku tahu tuhanku akan bertanya aku mengenai mereka pada hari kiamat kelak. Aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawabnya, lalu aku pun menangis(Mahmud al-Baji, Muthul ‘Ulya min Qada al-Islam, 144).

Suka untuk disebutkan di sini bahawa lebih banyak jawatan yang kita pegang sepanjang hidup di dunia yang sementara ini, walau ia sekecil AJK kebersihan bilik di asrama hingga sebesar perdana menteri, maka bersedia untuk kita jawab lebih banyak di Akhirat.

"Tanggungjawab – Tanggung di Dunia, Jawab di Akhirat"

Sekadar renungan dan nasihat bersama terutama untuk diri sendiri. Wallahua’lam.

2 Responses to “Hakikat Insan dan Jawatan….”

  1. Tak ada follow2 tapi boleh subscribe.

  2. nak tanya,kalo wordpress mmg tak bleh nak main follow2 eh?

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: