Aku Dalam Dilema Kehidupan?

Ketika mana post ni dicoretkan, aku berada di rumahku di Perlis Darus Sunnah. Balik cuti weekend je. Untuk mencari kedamaian dan ketenangan jiwa. Al maklumlah… hidup ni kita tak dapat tidak kita pasti akan menghadapi gelora dan krisis yang menguji keimanan dan kebergantungan kita dengan Allah ‘Azza Wa Jalla.

Tidak kiralah orang itu macam mana. Semantap2 orang yang berdisiplin dan bermotivasi boleh jadi goyah dek gelora dan krisis yang berlaku dalam hidupnya. Dalam perkara inilah yang membezakan umat Islam dengan orang bukan Islam yang meletakkan kebergantungan kepada Tuhan kita – Allah ‘Azza Wa Jalla. Terlalu bergantung kepada manusia barangkali menyebabkan diorang ‘meluat’ dan ‘kurang senang’ dengan kita. Itulah hakikatnya dan lumrah kehidupan!

Apa yang aku dilema sebenarnya ni? Entahlah.. macam2 ada. Antara yang aku ingin disebutkan : Aku berasa kurang yakin dengan kemampuanku untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai Pre-Sciences Students Society(PRESSS) secretary. Aku sedar aku bukanlah yang terbaik pun dilantik untuk jawatan ini. Sejujurnya, aku merasakan sahabatku, iaitu incoming Dr Muhammad Nazrin Bin Mohammad Hamka sebenarnya lebih layak untuk memegang jawatan berkenaan. Namun, apakan daya.. mungkin dah ditakdirkan Allah ‘Azza Wa Jalla untuk aku dipilih kepada jawatan ini. Aku baru je dapat tahu, beliau telah keluar dari CFS IIUM ke Kolej Mara Kuala Nerang untuk program perubatan. Semoga Allah memberkati dan meredhaimu sentiasa walaupun kita baru je berkenalan.

Apapun, aku masih memikirkan dengan jangka masa berada di Perlis ini sama ada aku akan terus menjalankan tanggungjawab aku berkenaan atau memilih untuk melepaskan jawatan berkenaan kepada yang lebih layak. Doakan aku akan membuat keputusan yang terbaik untuk semua, insyaAllah.

Aku juga berperanan sebagai setiausaha Hisbah Imam Ibnu Kathir iaitu jawatankuasa perwakilan bagi penduduk Mahallah Fatimah Az-Zahra’. Namun, nampaknya aku gagal menjalankan tanggungjawab aku berkenaan dengan sebaik mungkin setakat ini. Memang rasa kecewa juga la dengan diri sendiri.

Sejujurnya, memang semester ni merupakan semester paling sibuk dan paling mencabar buat diriku. 4 subjek iaitu – Mathematics 3, Chemistry 1, Computer 2 & Religions In Malaysia. Namum, kalau nak bagi alasan sibuk dengan macam2 hal termasuk pelajaran, orang lain tak sibuk?

Untuk pengetahuan semua, Khamis yang lalu merupakan kelas terakhir bagi “Intensive Mathematics 1 Class” yang aku anjurkan. Kenapa berhenti? Bermula dengan 47 pelajar yang masuk kelas ni, ia berakhir dengan hanya tinggal 3 orang pelajar; selepas mengharungi sebulan setengah perjalanannya. Alhamdulillah, banyak perkara yang aku belajar dan peroleh daripada kelas ni.

Mungkin aku masih perlu banyak belajar membahagikan masa dengan baik dan tidak tidur banyak! Kepada yang hormati aku dengan macam2 gelaran contohnya ‘Master Maths’ bahkan ada yang anggap ‘Insan Kamil’, sedarilah bahawa aku tidaklah sebagus yang korang sangkakan. Bukan aku nak mengaibkan diri sendiri ke apa, tapi ketahuilah aku hanya insan biasa yang ada banyak kekurangan disamping kelebihan yang tak seberapa ni.

Harpakanku, doakan aku yang terbaik. Semoga Allah ‘Azza Wa Jalla memberikan kita kekuatan dan ketabahan serta keteguhan iman untuk meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini..

Tegurlah dan nasihatilah aku di kala aku tersasar atau tersalah langkah, dan berilah sokongan dan dorongan kepadaku di kala aku hilang motivasi dan semangat dan berilah peringatan kepadaku di kala aku nampak macam terlebih semangat dan aktif terlebih. Sekian sahaja coretan aku buat masa ini. Barakallahu fina abadan abada……

5 Responses to “Aku Dalam Dilema Kehidupan?”

  1. Hakimi Hadi: Jazakallahu khairal jaza’!🙂

    @5322: insyaAllah.. Allahu yubari fina daiman.

  2. Hakimi Hadi Says:

    aku sntiasa mnyokong ang dri blakang.

  3. afwan…
    itu cume kata2 semangat dari insan biasa…hehe,,
    setiap org apabila rasa dilema or kurg yakin pasti inginkan kata2 smgat…
    ape2 pon….smoga terus sukses!!!

  4. Syukran jazilan atas nasihat yang diberikan!🙂

  5. salam…
    dugaan & cabaran akan selalu datang…berdoalah,,sesungguhnya dilema,dugaan & cabaran membuatkan kita lebih dekat kepada-Nya..
    tentang jawatan tu,solat istikarah itu adalah penyelesaian yg terbaik,jika anda merasakan anda mampu itu memikul amanah yg dipertggungjawabkn,teruskan..yakinlah,sesungguhnya Allah bersamamu & membntumu..lakukah dengan ikhlas kerana Allah..

    ~sesengguhnya,seseorang itu merasa siksa dengan pujian2 serta meminta ampun kepada Tuhan,
    dan rasa senang dengan kejian,rasa kehambaan benar2 menghayati jiwanya…~

    tidak salah merasa gembira dengan pujian tetapi jangan sampai riyak menguasai diri…tetapi janganlah pula benci kepada pujian…

    semoga Allah memberikan kekuatan,keteguhan iman serta keberkatan dalam setiap apa yang dilakukan.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: