Bingkisan Sempena Hari Raya ‘Aidilfitri 1432H

 

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Nampaknya Ramadhan Al Mubarak yang mulia akan berangkat pergi meninggalkan kita beberapa hari sahaja lagi. Rasa seperti baru sahaja Ramadhan menjelang tiba tetapi sekarang ia akan meninggalkan kita. Di kesempatan hayat yang masih ada ini, mari kita sama-sama mengambil sedikit masa untuk kita memuhasabah diri kita sama ada madrasah Ramadhan yang kita lalui pada tahun ini adalah lebih baik daripada  yang kita lalui pada tahun lalu atau sama sahaja ataupun sebaliknya. Layakkah kita mendapat ijazah ketaqwaan yang menjadi objektif utama pensyari’atan puasa?

Marilah sama-sama kita berdoa kepada ALLAH ‘Azza Wa Jalla agar kita segala amalan yang telah kita lakukan sepanjang Ramadhan ini diterima oleh-NYA. Amat malang sekiranya kita bersunggguh-sungguh dalam melakukan ibadah tetapi ia tidak diterima oleh ALLAH. Amal ibadah kita itu perlulah disertai dengan tiga elemen penting iaitu rasa cinta kepada ALLAH, takut akan kekuasan dan azabnya dan mengharapkan keredhaanNya.

Selepas perginya Ramadhan, Syawal pula kembali untuk kita meraikan kemenangan kita mengharungi ujian pada bulan Ramadhan. Oleh itu, kita mestilah gembira ketika meraikan hari raya bukan sedih dan sebagainya.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia terutama kepada yang mengenali diri saya. Saya juga ingin memohon jutaan kemaafan kepada kalian atas segala kesalahan yang pernah saya lakukan terhadap kalian. Mari kita raikan Aidilfitri ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Namun janganlah bergembira sehingga solat fardhu diabaikan. Saya akhiri bingkisan ini dengan serangkap pantun.

Ramadhan yang mulia akan berangkat pergi,
Syawal pula kembali meraikan kemenangan,
Ku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitiri,
Ku ingin pinta ampun dan kemaafan.

Salam Aidilfitri dan Salam kemaafan,
Maaf zahir dan batin.

Raja Ahmad Kamil Bin Raja Sulaiman.
29 Ramadhan 1432H bersamaan 29 Ogos 2011M.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: