Alahai.. Persepsi Bukan Fakta!

Setelah sekian lama aku sunyi tanpa post di bawah kategori cetusan pemikiran, kini kembali dengan post dengan tajuk yang agak pelik yang mana barangkali ada segelintir pihak yang kurang bersetuju atau membangkang tajuk ini seratus peratus. Tak kisah la apa pandangan yang membaca, itu keterbukaan pendapat dan penerimaan yang harus kita terima.

Idea untuk menulis berkenaan tajuk ini dek kemelut negara berkenaan sejarah, tidak terkecuali perjalanan hidupku sendiri. Persoalanku untuk anda yang membaca, apa yang anda faham tentang persepsi dan apa pula fakta? Itu perkara pertama yang harus difahami terleibih dahulu. Walau bagaimanapun, aku tak nak terangkan di sini.

Situasi pertama, ada sebahagian pihak yang mengatakan makanan di restoran A sangat sedap lagi lazat, pelbagai pujian ditaburkan kepada pengusaha restoran A. Di sebalik pujian tersebut, ada pula pihak yang berpendapat makanan di restoran A tak sedap pun, biasa saja atau standard.

Situasi kedua, seorang tokoh politik sangat dihormati, disegani dan disanjung oleh sebahagian masyarakat. Namun begitu, ada pula sekelompok masyarakat yang membenci dan mencemuh tokoh politik yang sama.

Situasi ketiga, seorang jutawan telah mendermakan sejumlah RM1 juta kepada Tabung Aman Palestin dan hal ini mendapat liputan dalam berita. Ada orang yang memuji akan sikapnya yang pemurah dan semangat persaudaraan di atas aqidah yang satu, tetapi ada juga yang mengutuknya dengan mengatakan beliau nak menunjuk-nunjuk dengan harta kekayaannya.

Cukup la tiga situasi diberikan sebagai penghias cetusan pemikiran kali ni. panjang2 nanti tak larat baca kan?  Baiklah.. apa yang anda dapat fahami daripada ketiga-tiga situasi di atas? Jawab jangan tak jawab. Fikir.. fikir…

Sememangnya, terdapat dua persepsi yang berbeza malah bercanggah antara satu sama lain dalam situasi2 berkenaan, kan? Apa kenyataan atau perkara yang sebenar? Pihak ketiga yang melihat situasi2 ini pasti bingung dan pening nak percaya pihak yang mana satu.

Hakikatnya, kedua-duanya bukanlah fakta atau kenyataan! Aik.. kalau makanan tu sedap dan bukan juga tak sedap, lepas tu apa fakta atau kenyataannya?! Ketahuilah.. faktanya ialah selera dan citarasa stiap insan adalah berbeza yang menyebabkan mereka berbeza pendapat dalam menilai sedap atau tidak sesuatu makanan tersebut. Itu faktanya!

Fakta berkenaan tokoh politik berkenaan pula bukanlah dia seorang yang baik ataupun tidak, tetapi penilaian insan sesama insan tidaklah penting, yang penting bagaimanakah penilaian dia di sisi Allah ‘Azza Wa Jalla. Satu lagi situasi, bukanlah kerja kita untuk menilai seorang itu ikhlas ataupun tidak, urusan keikhlasan itu antara insan dengan Allah! Berbaik sangkalah agar orang lain juga berbaik sangka dengan kita..

Alamak… azan ‘Isyak baru saja berkumandang. Alamatnya di sini sahaja cetusan pemikiranku buat kali ini. Semoga kalian mendapat sedikit sebanyak manfaat daripada penulisanku ini.

Mengakhiri kata, adakah apa yang aku tulis ini betul2 belaka ataupun salah? Ketahuilah.. faktanya bukan betul atau salah tetapi penulisanku ini adalah pendapat yang lahir daripada pemikiranku yang bisa diterima dan ditolak!

Smile

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: