The Truth Not To Be Told – Part 2

Truth is out there

After about 3 weeks.. here it is! The post to continue the story told to all of you! Hopefully, you will obtain good messages or moral of the story. Not merely wasting your time reading this post. hehe..

Kisah diteruskan lagi.. Selepas Hari Raya Aidilfitri, presiden PRESSS, Akhi Kamarol Adzam telah meminta aku menyerahkan semua fail dan dokumen berkaitan setiausaha PRESSS kepadanya, dan aku pun menurut je la apa yang diperintahkannya.

image

Kembali soal akademik aku, beberapa kali aku plan nak jumpa my lecturers, tapi sebab fikir negatif sangat, kata nanti lecturer marah bla bla bla.. maka sampai ke minggu akhir sebelum end of semester exams bermula, aku tak pergi jumpa juga. Jumpa lecturers pun tak… kelas mesti la tak pergi. Permohonan aku untuk ambil study leave tak diluluskan sebab dah hujung semester dah, kalau ada relevant excuses, boleh skip exams dan ambil special exams.

Akhirnya, list of students to be barred from taking end of semester exams keluar. Aku sangat2 la gementar… mana tahu aku kena barred sebab lama tak pergi kelas. Alhamdulillah, my lecturers tak bar aku. Bila contact diorang, diorang kata, “I do not bar you, so you may attend for final”. Tak bar memang satu hal… satu hal lagi… carry marks rendah, dan paling parah, nak cover missed syllabus for the exams! Arghhhh…

Kemudian, aku pergi berjumpa Bro Pasha Ismail, academic advisor for physical science students. Bincang dengan beliau apa patut buat dan sebagainya.. beliau nasihatkan aku untuk ambil je exams, prepare as best as I could. Huh. Sakit maaaa… nak study semua subjek tu. Maths dengan tajuk integration and its techniques yang aku tengok macam nak nganga jeee.. So study je la.. mana sempat study la. Dah blur dah… huhu…

image

Tibalah hari exams, semua subjek boleh kata macam killer questions, tambah2 maths! hahaha…. Bertawakkal dan berdoa lepas berusaha. Erghhh.. berusaha macam habuk. Malam selepas berakhirnya exams, aku hantar mesej kepada Akhi Adzam,  minta maaf sebab salahkan diorang atas ‘penyingkiran’ aku dari jawatankum juga sebab aku tak bagi calon pengganti, bukan tak nak bagi, tapi sukar nak jumpa yang sesuai, yang ada pula tak nak.

Yeah… sebenarnya memang salah aku, sebab tak inform diorang pasal keadaan aku yang tak stabil tu. buat diorang tertanya-tanya aku hilang ke mana, dan anggap aku macam main2 je. Dia pun minta maaf, katanya tak patut buat assumption macam tu sekali. Dia kata nak jumpa aku, dan kitaorang set nak jumpa esok pagi.

Pada masa yang sama, ex-president PRESSS, Akhi Muhaimin, yang merupakan trainer untuk PRESSS committees, kata nak jumpa aku, nak selesaikan ‘konflik’ ni. Namun, aku cuba mengelak dengan beranggapan ‘konflik’ ni dah selesai. Keesokan paginya, aku jumpa Akhi Adzam di café untuk breakfast meal. Dia ‘pujuk’ aku untuk kembali pegang jawatan setiausaha PRESSS. Mula2, aku cuba nak menolak sebab rasa macam hati dah ‘hancur’, tapi akhirnya aku bersetuju untuk kembali pegang jawatan tu.

Kami beranggapan ‘konflik’ yang berlaku sebab salah faham dan masing2 buat assumption sendiri.Selepas itu, aku pun hantar mesej kepada Akhi Muhaimin mengatakan apa yang dibincangkan dengan Akhi Adzam dan dia lega mengetahuinya.

image

Bab yang terakhir….. how’s my exams results which had been released? Aku sendiri pun tak tahu nak expect mana mana result aku. Melihat result slip, aku berasa sedih yang amat sangat! Aku ada fail subjects…. Selama ni aku bersama dan melihat orang yang ada fail dalam exams. Dan akhirnya, aku sendiri dapat merasai perasaan tu. Benarlah kata pepatah, “berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”. Teringat kembali peristiwa ketika Form 5 dulu di mana aku menduduki tempat terakhir dalam kelas bagi peperiksaan pertengahan penggal pertama. Bagi mengurangkan kesedihan, aku ‘menyibukkan’ diri dengan menjawab persoalan pasal akademik di CFS di Facebook groups CFS IIUM. Disebabkan itu, ramai juga yang chat dengan aku bertanya soalan selain di post CFS IIUM di blogku ini.

Walau bagaimanapun, aku tetap berasa bersyukur, sebab di samping aku merasai ‘kejayaan’, aku dapat juga rasa macam mana berada di posisi ‘kegagalan’. Alhamdulillah, kesedihan aku berkenaan my results sedikit berkurang sebab aku dapat A bagi Maths 3. Sangat2 tak percaya! Segala puja dan puji bagi Allah ‘Azza Wa Jalla.. Hakikatnya, aku taklah ‘bagus’ dan ‘hebat’ seperti yang sebahagian orang sangka. Banyak perkara yang berlaku yang ‘menyangkal’ apa yang mereka ‘sangkakan’.

Disebabkan aku ada fail, maka aku kena ambil short semester yang bakal bermula pada minggu depan. InsyaAllah, isnin malam nanti iaitu dua hari lagi aku akan berangkat kembali ke kampus CFS IIUM Petaling Jaya. Mudah-mudahan, apa yang berlaku ini memberi pengajaran besar yang pastinya penuh hikmah buat diri sendiri khususnya, dan orang lain juga umumnya terutama yang mengenaliku, seperti yang dikatakan oleh my Maths lecturer, Madam Nor Aini Binti Abd Rahman.

Apabila aku termenung sejenak mengenangkan apa yang berlaku, terlintas suatu ungkapan yang mungkin kena pada diri aku:

Sekiranya kita gagal menguruskan diri kita terutama dari segi emosi yang menghasilkan tindakan, kita harus memuhasabah diri banyak2 kerana barangkali ada sesuautu yang tidak kena dengan iman dan taqwa kita”

Smile

Sekian…. Terima kasih.

One Response to “The Truth Not To Be Told – Part 2”

  1. i know you always can pass through it🙂

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: