Menjawab ‘kritikan’ sebahagian orang….

image

Hah! sebenarnya saya kurang ‘gemar’ untuk menjawab kritikan orang terhadap diri ini. Bukan kerana mengganggap kritikan itu salah dan tidak berasas, namun merasakan tindakan menjawabnya mengundang ‘cerita’ yang lain pula. Walau bagaimanapun, diri ini turut merasakan kadangkala ada perlunya untuk menbalas kritikan yang dilemparkan secara terbuka atau tertutup, bagi memuaskan hati kedua-dua pihak.

Ada perkara yang memang tak dapat dinafikan ada ‘khilaf’ atau perbezaan pandangan disebabkan mentaliti dan persepktif yang berlainan antara satu sama lain. Justeru, hendaklah dihormati dan diraikan perbezaan pendapat yang wujud. Mustahil yang amat jikalau inginkan agar tidak wujud situasi seperti ini!

Pertama, ada sesetengah orang yang ‘suka’ komen ‘artikel’ atau ‘post’ seseorang dengan “benda yang remeh tak perlulah dipertikaikan”. Saya beranggapan komen ini ‘hanya’ akan terbit daripada pemikiran seorang yang agak ‘rendah’ mentalitinya. Bukan ingin merendahkan ‘insan’ berkenaan, namun kita kena jelas dengan suatu perkara asas.

Adakah semua yang dikatakan ‘remeh’ sememangnya ‘remeh’? Ada yang remeh dan memang pun remeh, manakala ada juga yang secara zahirnya remeh, namun hakikatnya ia membawa kepada suatu ‘kebaikan’ atau ‘keburukan’ yang besar. Contohnya, perbahasan berkenaan menyapu muka selepas berdoa. Sebahagian orang menganggap hal ini sebagai remeh dan tak perlu dibahaskan, buang masa katanya. Sedangkan, bukanlah persoalan perlu atau tak menyapu muka selepas berdoa yang ditekankan, sebaliknya kefahaman tentang soal agama khususnya dalam fiqh yang ditekankan, sebab itulah hasilnya kita lihat khilaf yang muktabar dalam kalangan ‘ulama dalam perkara ini, dan kita meraikan kedua-dua pandangan yang ada hujahnya. Oleh itu, janganlah membuatkan seseorang ‘kecil hati’ dengan komen “buang masa je bahaskan benda remeh macam ni”. Jagalah perasaan orang lain sebagaimana kita mahu orang menjaga perasaan kita!

image

Kedua, ada juga komen berbunyi “banyak lagi perkara penting lain yang perlu dibahaskan”. Ini satu hal pula. Tidak dinafikan memang banyak perkara yang perlu dibahaskan, daripada pelbagai aspek. Namun, kita mesti sedar bahawa seseorang itu pastinya ada ‘minat’ dan ‘kecenderungan’ yang tersendiri dalam bidang-bidang tertentu. Soalan untuk diri kita: Adakah kita berminat ‘ulas’ dan ‘ambil tahu’ semua hal dalam semua bidang? Atau ada sesetengah aspek, kita ambil tahu serba serbi saja?

Justeru, kita hendaklah terima kecenderungan setiap orang terhadap bidang tertentu untuk post dalam blog atau profile facebook dia. Malah, perkara pokok yang mesti difahami, persoalan berkenaan apa yang perlu dibahaskan pun terlalu subjektif, kalau kita tanya 10 orang apa yang perlu dibahaskan, mesti jawapan daripada 10 orang ini tak sama semuanya. Jadi, seperti yang telah disebutkan di atas, elakkanlah daripada membuat seseorang ‘kecil hati’ dengan komen kita yang ‘kurang matang’ dan ‘kurang cerdik’. Malangnya, ramai juga yang suka komen tanpa membaca pun intipati apa yang ditulis. Hanya baca tajuk! Selain itu, kalau kita fikir ‘isu’ yang dikemukakan tidak relevan dan tidak penting, usah komen apa-apa.

image

Ketiga, ada juga komen “Baik tanya asatizah dulu..jangan praktikkan berdasarkan pembacaan. Perkara khilaf begini perlu pencerahan yang lebih terang daripada cahaya”. Secara umumnya, saya menghormati dan bersetuju dengan pandangan ini. Ada benarnya.. Sedap bunyinya.. Namun begitu, saya merasakan komen ini dikemukakan tanpa membaca artikel tentang perkara ‘khilaf’ yang dimaksudkan. Hal ini kerana intipati dalam artikel tersebut membariskan dalil dan pandangan beberapa ‘ulama berkenaan perkara berkenaan. Bukan semata-mata dalil daripada Al Qur’an atau hadis dengan menghuraikan fiqh berdasarkan dalil berkenaan, tanpa menukilkan pandangan ‘ulama salaf atau khalaf. Walau bagaimanapun, tidak mengapalah kerana ia perkara ‘khilaf’, jadi terserah untuk menerima pandangan yang dirasakannya paling rajih dan tepat daripada komentar ‘ulama tentangnya.

Begitulah tiga ‘komen’ a.k.a ‘kritikan’ yang seringkali dilontarkan oleh sebahagian orang yang ‘harus’ dijawab. Mengakhiri ‘kenyataan’ menjawab ‘kritikan’ ini, ingin sekali saya ungkapan satu kata-kata untuk sama-sama kita renungi dan hayati:

Great mind talks about ideas while poor mind talks about people

2 Responses to “Menjawab ‘kritikan’ sebahagian orang….”

  1. Wa’alaikumussalam, ukhti asrar.

    Syukran jazilan atas pandangan yang diberikan. Ana amat menghargainya. Mengalu-alukan sebarang komen/cadangan daripada anti.🙂

  2. salam ‘alaik akhi.. ana setuju dengan pandangan akhi yang mana tidak menyokong mana-mana pihak, malah menghuraikan kepada pihak pembaca supaya lebih memahami situasi dan cuba mengambilnya dari sudut yang positif..

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: