Antara ‘Kita’ dan ‘Doa’…

imageSi A menulis suatu ‘permintaan’ yang ‘disalin’ daripada satu sumber, yang dia sebenarnya ‘tak faham’, namun orang kata itu ‘permintaan yang baik’, maka dia ‘tak peduli’ walaupun ‘tak faham’. Maka selesai menulis, dia serahkan kertas berkenaan kepada si B untuk membuat ‘tuntutan’, sebab si B seorang yang sangat baik.

Selesai membacanya, si B bertanya, “Apa yang kamu nak ni?”. Jawab si A,”Seperti yang tertulis dalam itulah“. Balas si B,”Yalah..tapi apa sebenarnya yang kamu maksudkan?”. Respon Si A,”Ish..Seperti yang tertulis dalam itulah!”. Kata Si B,”Aik..marah pula? Padahal kamu nak minta dengan aku. Kamu faham ke tak apa yang tertulis dalam itu?”. Jawab Si A,”Errr…tak faham langsung, cuma orang kata itu permintaan yang baik“.

Si B menggeleng-gelengkan kepalanya sambil berkata, “Bukan tak boleh minta apa yang kamu tak faham. Namun, jikalau kamu tak ‘faham’ apa yang kamu ‘minta’, saya tak fikir kamu akan bersungguh-sungguh dalam memintanya, malah kamu boleh jadi marah kepada pihak yang kamu minta!”.

Renung-renungkan maksud tersurat dan tersiratnya dan pastinya,
Selamat beramal!

p/s: jawapan super ringkas bagi yang bertanya apa mesej utama analogi ini iaitu Berdoalah dengan doa yang kita fahami maksudnya!

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: