Dedikasi Bagi Yang Bergelar “Pelajar UIAM”. . .

Logo CFS

[MUHASABAH] Sesungguhnya, kita telah melakukan ‘hijrah makaniyyah’ iaitu hijrah secara tempat iaitu dari tempat tinggal atau tempat belajar kita ke Universiti Islam Anatarabangsa Malaysia, dari rumah atau sekolah kita dulu.

Namun, persoalannya, adakah kita telah juga melakukan ‘hijrah maknawiyyah’ yakni hijrah secara hakiki iaitu perubahan kita ke arah lebih baik selepas masuk ke Universiti Islam Anatarabangsa Malaysia ini? Hijrah berkenaan boleh dibahagikan kepada dua aspek utama.

Pertama, dari sudut tahap pemikiran, akhlak dan budi pekerti atau lain kata keperibadian. Adakah selepas masuk ke sini, tahap pemikiran kita semakin meningkat? Akhlak dan budi pekerti kita semakin baik? Kita berada di ‘Universiti Antarabangsa’, so our mind should be also correspond as international level! hehe..

image

Kedua, dari sudut ilmu terutama ilmu agama. Adakah setelah masuk ke sini, tahap kefahaman agama kita semakin banyak? Atau masih lebih kurang seperti di sekolah dahulu? Kita berada di ‘Universiti Islam’ yang mana masyarakat awam memandang tinggi terhadap pelajar UIAM sebagai bakal ilmuwan dan cendekiawan Islam pada masa depan, maka tahap kefahaman agama kita sepatutnya bertambah walaupun bukan ambil IRK, sebab berada dalam universiti Islam!

Amatlah malang jikalau keberadaan kita di sini tidak memberi ‘impak’ yang ‘optimum’ terhadap diri kita. Jauh lebih malang kalau kita menjadi lebih teruk! Na’uzubillah…

Akhir kalam, Cukuplah dua persoalan di atas untuk ana, juga antum untuk kita sama-sama memuhasabah diri pada malam penghulu hari ini. Sekadar ingin berkongsi perkara ini bersama sahabat2 untuk manfaat bersama…. Bukan nak tunjuk bagus atau pandai atau apa2 je seperti yang ‘sesetengah orang’ katakan.. ^___^

Semoga Allah ‘Azza Wa Jalla senantiasa merahmati hidup kita dan mengampuni keterlanjuran kita dalam urusan hidup kita

Smile

10 Responses to “Dedikasi Bagi Yang Bergelar “Pelajar UIAM”. . .”

  1. Yeah. benar sekali kata saudari tu. Tak ada apa nak tambah. hehe..

  2. ya, saya juga bersetuju. Islam sebetulnya sgt fleksible dan mudah.
    mengikut pendapat saya, ada drpd kita yg jiwanya smmgnya terdorong pd ag, jd walaupun di sebalik fikiran yg gila2 dan pakaian up to trend, mereka ingin selalu diingatkan ttg kebesaran Allah s.w.t., dan pastinya golongan sebegini akan mengambil segala mcm peluang yg ada utk menimba ilmu.
    Dan ada juga orang yang tdk terlalu menitik beratkan soal ag, dan golongan sbgn lbh suka mencari kebahagian drpd hal2 duniawi. Andai diajak ke religious gathering, mereka seringkali memberi alasan ingin belajar.

    Suka saya utk share di sini, bhw kefahaman itu datangnya drpd ALLAH S.W.T.
    iTS NOT THE QUANTITY THAT COUNTS, BUT THE QUALITY THAT MATTERS.
    Belajar utk 5 minit dan memahami lebih bererti drpd belajar utk 2 jam tetapi tdk memahami.
    tq.

  3. Ya, memang ia satu ‘persepsi’ yang wujud dalam sebahagian pelajar. Berkenaan ‘sunnah’ dalam ‘pakaian’, saya lebih bersifat terbuka dalam hal ini.

    Sebab Rasulullah Sollalahu ‘Alahi Wasallam ada memakai macam2 jenis pakaian, sama ada pakaian orang arab, juga ada pakaian orang Rom yang dihadiahkan kepada baginda.

    Maka, ‘sunnah’ dalam ‘pakaian’ bagi saya tidak ‘perlu’ diberi ‘penekanan’ sangat berbanding dua sunnah terbesar iaitu ‘dakwah’ dan ‘akhlak’.

    Berkenaan pakaian untuk menghormati majlis, bagi saya, itu terpulang pada diri masing2. Jangan terlalu menekankan isu ‘hormati majlis’ berbanding ‘usaha dakwah’ dalam kalangan anak muda yang ‘otak gila2’.

    Disebabkan kena pakai baju melayu/jubah, sebahagian yang berminat dengan program keagamaan tetapi ‘malas ‘ pakai sebegitu, tak jadi pergi pula.

    Kalau kita lihat di luar negara, orang yang solat di masjid tidak seperti di Malaysia yang memakai baju melayu, jubah, berkopiah. Kebanyakan mereka memakai baju harian biasa. Adakah itu tidak menghormati masjid? Perlu diingat, baju MELAYU bukan baju ISLAM. hehe..

    Namun, tidak dinafikan adalah kelihatan ‘lebih sopan’ dan ‘lebih baik’ bagi sebahagian besar kita, untuk berpakaian baju Melayu dan berkopiah atau berbaju kurung untuk menghadiri program berbentuk keagamaan.

    Apapun, semoga Allah ‘Azza Wa Jalla senantiasa merahmati kita dan mengampuni keterlanjuran kita dalam urusan hidup kita di dunia yang sementara ini🙂

  4. Assalamualaikum. Maaf brother, saya bkn mengatakan prog ag di UIA, hanya utk golongan yg pakai tudung labuh dan berkopiah. Tetapi ada yg berpendapat sebegitu,dan tujuan saya menghighlightkan hal itu di blog brother adalah supaya bro yg menguruskan prog barangkali dapat melakukan inisiatif utk mendekati mereka yg berfikir sbgtu. Dan sesungguhnya bkn pakaian itu menunjukkan ilmu kita, tetapi adalah lbh baik utk mengikut sunnah Nabi S.A.W. dan bkn semua yg sebegitu tgg ilmu agnya. Kita semua msh belajar dan proses pembelajaran ini akan terus berlaku hgg akhir nafas kita. tetapi tentunya lbh cute andai berpakaian sesuai dgn majlis kerana adab berpakaian itu perlu sebagai tanda menghormati majlis. tq.
    Tq.

  5. Setakat pembacaan saya yang pastinya sikit dan terhad, macam2 komentar yang diberikan terhadap maksud ‘part’ ini. Ada yang mengatakan maksud “tidak ada jama’ah” itu mungkin “kekeliruan” yang melampau sehingga merasakan tak ada jama’ah mana yang benar. Pemimpin yang ada pun macam ‘karut’ je. Tak boleh dipercayai. Wallahua’lam.

    Walau apapun, ada suatu hadis yang menarik untuk perhatian kita:

    Daripada Abdullah Ibn Umar Radiallahu ‘anhu, Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
    ““Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu

    — Hadis Sahih, Riwayat Ahmad(4875), At-Tirmizi(2507), Ibnu Majah(4032), Abu Daud(1975) —

  6. Ya, UIA mmg tempat yg baik, tdk dinafikan, malah saya sendiri teringin ke UIA, krn iginkan sebuah persekitaran Islamik. dan moga graduan 2 dari UIA ini mampu menjadi pembimbing ummah. AMIN. Ya, saya turut setuju dgn pandangan saudara, bhw kita sering menghighlightkan sesuatu masalah, tp jarang berfikir utk menyelesaikan mslh tersebut. barangkali kita blh membuat apa2 prog yg mencari solusi, drpd hanya berdiskusi ttg masalah masy.

    THE YOUNGER GENERATION TODAY , IS THE LEADER OF TOMORROW.

    Dan blhkah saudara menghuraikan maksud ayat2 terakhir hadis ini. Maaf, saya kurang memahami.

    Aku bertanya, “Bagaimana sekiranya tidak ada jama’ah dan tidak pula ada pemimpin bagi umat Islam?” Baginda menjawab, “Jauhilah kelompok-kelompok itu semuanya walaupun engkau tinggal dengan menggigit akar kayu sehingga kematian datang menjemput dalam keadaan engkau seperti itu”.

    Terima kasih saudara.

  7. Wa’alaikumussalam. Memang benar sebenarnya apa yang dikatakan itu. Tidak dapat dinafikan ‘realiti’ yang sedang berlaku pada akhir zaman ini.

    Pertama, bagi saya, UIAM adalah tempat yang baik kerana motonya sendiri ialah ‘The Garden of Knowledge and Virtue’. Soal layakkah ia dikatakan tempat yang baik walaupun wujud kes yang tak sepatutnya berlaku dalam universiti Islam, itu boleh dibahaskan. Namun, saya tak mahu menekankah soal layak ke tak.

    Kedua, antara ‘masalah’ yang membelenggu umat Islam di UIAM khususnya, dan dalam masyarakat amnya, ialah ‘kegagalan’ kita untuk memikirkan solusi seterusnya melaksanakannya berpandukan ilmu. Ada satu kata-kata berbunyi, “Great mind talks about ‘ideas’, poor mind talks about ‘people’.

    Pada pandangan saya, majoriti daripada kita pada hari ini banyak menekankan tentang ‘masalah masyarakat’ berbanding ‘solusi bagi menanganinya’. Boleh setuju tak? Seperti yang saudari sebut, dalam usrah, ceramah dll kebanyakannya menekankan soal ‘masalah’. Tak ada pula dibincangkan/dihuraikan apa patut dilakukan dari sudut individu, keluarga, pemimpin dsb.

    Secara peribadi, suka untuk saya katakan, perubahan atau hijrah secara maknawiyyah mestilah bermula dengan diri sendiri. Kita harus cuba sedaya upaya mempratikkan akhlak yang terpuji, budaya pemikiran yang matang dsb. Kalau diri sendiri ‘tak cukup bagus’, dalam erti kata lain, kurang matang, cepat melenting kalau pegangan orang lain daripada kita, tahap kefahaman agama pun kurang, suka sangka buruk dengan orang yang berbuat maksiat dsb, ini masalah kita yang paling2 awal perlu diselesaikan.

    Kalau diri sendiri pun tak dapat nak diubah, macam mana kita nak berdakwah dalam membantu perubahan orang lain?

    Soal persepsi bahawa program agama di UIAM untuk golongan kopiah/tudung labuh, bagi saya, itu berpunca daripada kegagalan golongan berkenaan yang tidak mengajak/pujuk sahabat2 mereka untuk sertai bersama. Mereka membuatkan program2 itu kelihatan begitu ‘eksklusif’ buat orang seperti mereka, dek pandangan serong terhadap orang selain daripada mereka. Orang yang bukan golongan ini mestilah berasa segan untuk sertai dengan rela hati, tanpa ajakan golongan berkenaan. Itu masalah golongan kopiah/tudung labuh dsb.

    InsyaAllah, saya percaya, dengan dakwah(baca ajakan/pujukan) golongan ini terhadap sahabat2 mereka yang otak gila2, rasa diri tak baik dsb, menjadi titik permulaan kepada perubahan mereka ke arah diri baik, yang kurang baik jadi baik, yang baik jadi lebih baik.

    Wallahua’lam. Sekadar pandangan peribadi. Semoga Allah senantiasa merahmati dan mengampuni keterlanjuran dan kesilapan kita dalam urusan hidup kita.🙂

    Akhir kalam, sama-sama kita hayati sejenak hadis ini:

    Daripada Huzaifah Ibn Yaman radiallahu ‘anhu, bahawa manusia bertanya Rasulullah Sollallahu ‘Alahi Wasallam berkenaan kebaikan, aku pula bertanya baginda tentang kejahatan kerana aku bimbang ia menimpa aku.

    Maka aku berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berada di masa jahiliyyah dan keburukan, lalu Allah mendatangkan kebaikan ini kepada kami. Adakah setelah kebaikan ini ada keburukan?” Rasulullah menjawab, “Benar”.

    Aku bertanya: “Adakah setelah keburukan ini ada kebaikan?” Rasulullah menjawab, “Benar, akan tetapi terdapat asap (kesamaran, kekalutan, atau kekeruhan) padanya.”

    Aku bertanya, “Apakah asap (kesamaran, kekalutan, atau kekeruhan) tersebut?”
    Baginda bersabda, “Iaitu orang-orang yang mengambil petunjuk selain daripada petunjukku. Engkau mengenali mereka dan mengingkarinya.”

    Aku bertanya, “Adakah setelah kebaikan itu ada lagi keburukan?” Baginda bersabda, “Benar, para penyeru kepada pintu-pintu jahannam. Sesiapa yang menyambut mereka maka mereka akan mencampakkannya ke dalam jahannam (kebinasaan).”

    Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, sebutkan sifat-sifat mereka kepada kami.” Baginda menjawab, “Mereka berkulit sama seperti kita dan berbicara dengan bahasa kita.”

    Aku bertanya, “Apakah yang engkau perintahkan kepadaku sekiranya aku bertemu dengan situasi seperti itu?” Baginda menyatakan, “Hendaklah kamu tetap bersama-sama dengan jama’ah umat Islam dan pemimpin mereka.”

    Aku bertanya, “Bagaimana sekiranya tidak ada jama’ah dan tidak pula ada pemimpin bagi umat Islam?” Baginda menjawab, “Jauhilah kelompok-kelompok itu semuanya walaupun engkau tinggal dengan menggigit akar kayu sehingga kematian datang menjemput dalam keadaan engkau seperti itu”.

    Hadis Riwayat Imam Bukhari(3606) dan Imam Muslim(1847)

  8. Assalamualaikum. Insyaallah menjawab soalan. dan Hanya ingin melakar pendapat. Hijrah, hanya satu perkataan. namun maksudnya mendalam. Sbnrnya saudara saya agak pelik. Hijrah makaniyyah dilakukan utk ke tempat yg lebih baik. Adakah hanya kerana ini adalah UIA, tempat ini lebih baik? yg peliknya, setahu sy negara kita dicanangkan sbg ngr Islam, tetapi gejala kurang sihat msh bnyk berlaku di ngr kita. Setiap kali saya menghadiri ceramah, usrah, katakanlah apa saje prog ag, isu keruntuhan moral sering diperkatakan, tetapi bagaikan tiada inisisatif yg diambil utk dibetulkan. sekadar diucap dlm prog, dan kemudian hilang dibawa angin. Tiada perubahan.
    Rsnya, apa yg harus dilakukan utk membantu kita dan yg lainnya berhijrah secara maknawiyyah.? dlm observation saya, ada di kalangan pelajar uia sendiri berpendapat, prog2 ag hanyalah utk mereka yg bertudung labuh atau berkopiah. Tdk sesuai utk mereka yg tudung tak selabuh mana dan berfikiran agak gila2.

  9. Ada kadang-kadang. Tapi agak jarang la, sebab pelajar CFS IIUM majoriti berbangsa Melayu. Jadi untuk lebih mudah ‘difahami’, maka ia dikendalikan dalam Bahasa Melayu. Sesetengah speaker yang jarang2 ke UIAM akan tanya audience bahasa pengantar nak digunakan. hehe..

    Tapi di main campus Gombak atau Kuantan, khabarnya banyak dalam Bahasa Inggeris, sebab ramai international students berbanding di CFS.

    Adakah menjawab soalan? hehe..

  10. Saya ingin bertanya, ada tak program yg dikendalikan dalam bahasa inggeris kerana kebanyakan prog ag di uia setahu sy dikendalikan dalam b.melayu?

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: