Masa: Tak Cukup Atau Kurang keberkatan?

Pertama sekali, ingin dimaklumkan bahawa artikel ini ditaip ketika saya berada di atas bas, dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Perlis. Dek ‘kesesakan’ lebuh raya utara selatan yang menyebabkan trafik menjadi perlahan, terasa diri ini sukar pula untuk melelapkan mata walau agak letih pada hari ini. Cuma lambat post sebab tak ada broadband ke wireless connection dalam bas ini. hehe..

Baiklah.. kembali kepada perkara asal. Saya pernah diajukan dua soalan yang berkait rapat dengan tajuk artikel ini.

Soalan pertama berbunyi: “Aku tengok hang ni ada blog dam banyak pula posts, ada masa ek nak update blog tu. Blog aku bersawang dah. Kadang-kadang sebulan sekali baru update. haha..”

Soalan kedua berbunyi: “Aku pelik la dengan hang ni. macam mana hang ada masa untuk buat kelas mengajar orang, dalam masa sama boleh belajar dan dapat keputusan yang baik?”

Ketika soalan seperti ini diajukan kepada saya, saya hanya mampu tersenyum lantas berkata: “Segala puja dan puji yang hanya layak bagi Allah ‘Azza Wa Jalla. Alhamdulillah, aku rasa aku taklah pandai menguruskan masa dengan baik, tapi rasa macam masa aku ni banyak juga yang terluang.  Jadi, diisikan dengan apa yang dirasakan bermanfaat untuk diri dan orang lain. Dalam ‘sibuk’ ni pun kadang-kadang boleh rasa ‘boring’ atau ‘relax’!”.

Kata saya lagi: “Aku teringat satu kata-kata yang berbunyi lebih kurang begini. Orang yang sibuk ialah orang yang senantiasa ada masa untuk melakukan banyak perkara, sedangkan orang yang tak sibuk ialah orang yang selalu berikan alasan masa tak cukup. Pelik kan?”

Sesungguhnya, masa adalah makhluk ciptaan Allah dengan begitu unik dan ta’ajjub. Masa yang dilalui seseorang dengan seseorang yang lain, walaupun pada zahirnya kelihatan sama, namun hakikatnya mereka berada dalam ‘keadaan yang berbeza’.

Apabila hidup kita diberkati oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala, masa kita akan terasa ‘banyak’ dan kita fikir banyak perkara yang dapat nak ingin dilakukan. Sedangkan, hidup yang tidak diberkati Allah, masa kita terasa sangat sikit dan tatkala berfikir akan perkara yang ingin dilakukan, dirasakan seolah-olah masa tak cukup!

Bagaimana ingin memperoleh keberkatan daripada Allah? Jawapannya mungkin banyak. Tapi ingin saya tekankan daripada satu sudut, iaitu cara pemikiran kita. Milikilah cara pemikiran yang betul dan positif, yang selalu memikirkan tentang amal soleh dan perkara baik yang nak dikerjakan, lantas berusaha merealisasikannya dengan penuh keikhlasan dan tawakkal kepada-Nya.

Jauhkan diri daripada membazirkan masa dengan perkara maksiat dan sia-sia, kerana ini bisa membawa kita jauh daripada rahmat Allah. Usah fikirkan perkara-perkara begini. Jikalau kita tak sibuk fikirkan perkara yang baik, kita akan digoda oleh syaitan untuk fikir dan buat perkara maksiat!

Jikalau kita pernah terlanjur dalam melakukan kemaksiatan, jangan pernah sesekali tangguh untuk bertaubat kepada Allah Ta’ala. Sikap negatif ‘bertangguh’ ini mampu membawa kita kepada keadaan yang lebih parah, iaitu merasakan tidak bersalah apabila melakukan kesalahan, malah boleh kata, “Apa salahnya?!”.

Jangan pernah berasa aman daripada dosa yang kita lakukan, yang bisa mengundang kemurkaaan dan ‘azab daripada Allah Ta’ala yang boleh datang bila-bila masa di mana jua. Kita hendaklah terus menerus bertaubat kepada Allah setiap hari, kerana sebagai manusia biasa, kita tak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan dosa sama ada sedar atau tak sedar, sengaja mahupun tak sengaja. Itulah lumrah insani.

Daripada Abdullah Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhuma, bahawa Rasulullah Sollallahu ‘Alahihi Wasallam bersabda:

اغتنم خمسا قبل خمس : حياتك قبل موتك ، و صحتك قبل سقمك ، و فراغك قبل شغلك ، و شبابك قبل هرمك ، و غناك قبل فقرك

Maksudnya: “Ambillah lima(perkara) sebelum lima(perkara). Masa hidupmu sebelum kematianmu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu, mudamu sebelum tuamu dan kekayaanmu sebelum kefakiranmu.” –- Hadis Sahih, Hadis Riwayat Imam Bahaiqi(7/3319), As-Suyuti(1210) ; Sebahagian ‘ulama hadis mengatakan hadis ini mursal–

Mata saya sudah memberikan isyarat untuk berhenti menaip. Semoga sedikit perkongsian berdasarkan pengalaman, ilmu dan pembacaan yang terhad dan sikit ini memberi manfaat kepada anda yang membacanya.

Akhir kalam, semoga Allah Ta’ala senantiasa merahmati dan memberkati kehidupan kita semua!

Smile

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: