Semester Akhir di CFS IIUM…

Logo CFS

InshaAllah, semester 3, 2011/2012 yang mana kelas secara rasmi bermula telah bermula pada hari ini, merupakan semester terakhir buat diriku di Centre for Foundation Studies, International Islamic University Malaysia, di kampus Petaling Jaya, Selangor. Bulan Mei nanti, cukup 2 tahun aku sebagai pelajar CFS IIUM.

Walaupun 2 tahun dilihat orang sebagai tempoh masa yang lama, zahirnya memang nampak lama, berbanding pelajar matrikulasi KPM, yang mengikuti pengajian selama 1 tahun, tetapi secara peribadi, aku merasakan tempoh 2 tahun itu bukan satu tempoh yang lama. Bahkan, masih terngiang-ngiang kenangan hari-hari awal aku di CFS IIUM. Sedar tak sedar, dah lebih setahun lebih.

Begitulah kehidupan… Tempoh masa yang dilalui oleh seseorang walaupun pada zahirnya kelihatan serupa, namun hakikatnya dirasakan berbeza, ia berkaitan sikap, mindset dan pastinya barakah serta rahmat oleh Allah Ta’ala.

Pada semester ini, aku mengambil 4 subjek iaitu Chemistry 2, Computer 2, Physics 2 dan Basic themes of Al Qur’an. Contact hours yakni bilangan jam kelas seminggu – 20. Boleh tengok jadualnya di bawah ini:

Schedule Sem 3

Selain kelas belajar secara formal yang mesti dihadiri dan diberi komitmen, aku juga mengajar kelas intensif Matematik yang dianjurkan oleh Pre-Sciences Students Society, iaitu persatuan aku sendiri. Aku mengajar kelas Matematik 2. Secara tak langsung, ia seolah-olah aku mengambil 5 subjek, ditambah dengan subjek yang mengajar ini.

Pada semester 3 ini juga, banyak aktiviti dan program yang bakal dilaksanakan dan diadakan. Antaranya Discovery Week pada minggu depan, Raudhah Festival, Revolution Week, Education-trip dan Sports & Martial Arts Carnival. Semuanya pasti melibatkan aku yang merupakan setiausaha PRESSS.

tawadhu

Sebelum mengakhiri coretan ringkasku ini, inginku menyebut suatu perkara. Walau sesibuk mana pun kita dalam urusan hidup kita di dunia yang sementara ini, kita mesti terus menerus menambahkan pengetahuan kita terutama ilmu agama yang merupakan benteng utama kita dalam hidup ini, selain menyebarkan kepada orang lain.

Soal akademik dan memperoleh ‘A’ dan gred mata yang tinggi dalam peperiksaan bukanlah perkara pokok dalam menuntut ilmu. Ya, ia penting, namun ia bukanlah matlamat utama kita. Memahami teori dan konsep lantas dipratikkan, itulah yang penting, daripada hanya dihafal teori dan konsep, semata-mata untuk peperiksaan.

Hidup kita pasti diduga dengan pelbagai perkara, sama ada perkara baik atau buruk, semuanya untuk menguji keimanan kita dan kebergantungan kita kepada-Nya. Akhir kalam, semoga Allah ‘Azza Wa Jalla senantiasa mempermudah urusan kita, serta merahmati dan meredhai kita!

Smile

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: