Pandangan Peribadi Berkenaan Isu Semasa…

Hah. Teringin pula aku ingin ‘mengulas’ beberapa ‘isu semasa’ yang menjadi perhatian ramai dalam minggu ini.

Ia sememangnya hanyalah pandangan peribadiku berdasarkan ilmu, pengalaman dan pembacaanku yang terlalu sikit, dan pastinya ia boleh diterima dan ditolak.

1. Kes Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim
Aku memang sebenarnya malas nak ulas pasal kes ini sejak awal ia ditimbulkan pada tahun 2008. Namun, keputusan yang diumumkan pada 9 Januari lepas menimbulkan banyak tanda tanya. Adakah ini juga satu ‘konspirasi’?

Mengapa ia timbul? Jika kita masih ingat berkenaan kes Menteri Besar Perak pada tahun 2009, mahkamah Tinggi mengisytiharkan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, hanya 24 jam selepas itu, rayuan dibuat dan menarik balik keputusan yang dibuat mahkamah tinggi. Ini hanya sangkaan sebahagian orang. Wallahua’lam, tengok sajalah apa perkembangannya.

Apapun, saya kurang bersetuju dengan pihak yang mengatakan kemenangan DSAI dalam kes ini membuktikan keadilan dan ketelusan sistem kehakiman di negara ini. Terlalu awal dan ‘dangkal’ untuk membuat konklusi begitu.

Walau bagaimanapun, aku ada diajukan soalan “Rasa2 siapa yang betul?”, jawabku “Kebenaran itu di sisi Allah Ta’ala. Aku bukan sesiapa yang ketahui siapa benar, siapa salah.” Kita jangan mudah menuduh dan mencerca mana-mana pihak kerana kita hanyalah insan biasa yang tida mengetahui segala hal. Kita serahkan kepada Allah.

Jikalau mahkamah di dunia tidak adil, mahakamah Allah di Mahsyar akan mengadili dengan seadil-adilnya!

2-Baucer buku 1Malaysia bernilai RM200
Secara peribadi, aku agak ‘terkilan’ dan ‘kurang jelas’ dalam mekanisme pelaksanaan baucer buku 1Malaysia bernilai RM200. Hanya sesetengah kedai buku yang menerima baucer berkenaan.

Ada 1 kedai buku kegemeran aku tak terima, tapi katanya dalam proses memohon daripada Kementerian Pengajian Tinggi untuk memberikan ‘lesen’ kepadanya. Harap2 diterima la.

Walaupun tujuan diberikan baucer, tidak wang tunai untuk mengelakkan pelajar membeli perkara yang tak sepatutnya ,namun ia sebenarnya masih ‘terbuka’ kepada penipuan dengan pelajar berkompromi dengan peniaga kedai buku dengan menukar baucer RM200 kepada wang tunai mungkin dalam RM170.

Pihak UNIMAS ada mengeluarkan kenyataan bagi mengingatkan para pelajarnya tak terlibat dalam menggunakan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) mereka sebagai jalan cepat untuk mendapatkan wang.

Pada pendapat aku, adalah lebih sesuai dan praktikal jikalau diberikan wang tunai, kerana lebih mudah. Ia memberikan peluang kepada pelajar untuk membeli barang keperluan harian yang bukan sahaja buku, tanpa pening kepala boleh digunakan di kedai mana.

Biarpun timbul kerisauan ia akan digunakan untuk perkara lain yang tak wajar, kita seharusnya yakin dengan mahasiswa pada masa sekarang yang lebih matang dan bijak dalam menggunakan wang. Bahkan, jikalau diberikan baucer sekalipun, adakah kerisauan yang ada itu takkan berlaku?

3- Isu ‘Ulama Muda UMNO dan Ustaz Azhar Idrus
Secara umumnya, aku langsung tak rasa pelik atau terkejut kalau orang mengatakan seseorang ilmuwan atau ‘ulama silap dalam memberikan pandangan dan pendapat. Tak ada masalah, memang mereka boleh buat silap pun.

Aku juga tak rasa aneh bila pendapat Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mantan mufti dan mempunyai PhD, hatta Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi, presiden kesatuan ‘ulama sedunia, tidak diterima sesetengah orang. Memang la, itu pendapat mereka, tafsiran mereka.

Hatta ke peringkat yang lebih tinggi pun, contohnya dalam bab penilaian hadis, ‘ulama hadis berbeza pandangan berkenaan darjat hadis, contohnya ada yang tidak bersetuju dengan penilaian Shaikh Al-Albani terhadap sesuatu hadis, disertai dengan hujah dan alasan, ia sebenarnya bukan satu masalah untuk diterima.

Malah, menganggap bahawa jikalau kita mengambil pandangan mazhab Syafie bermaksud mazhab Maliki itu silap, adalah tidak benar!
Apabila kita faham akan prinsip ini, kita sedar dan tahu , walau kita sayang macam mana sekalipun terhadap Ustaz Fathul Bari, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, malah Ustaz Azhar Idrus, walau banyak mana orang yang menjadi pengikut dia, ia bukanlah menjadikan mereka maksum!

Dalam isu ini, ada pekara yang terang dan jelas Ustaz Azhar Idrus melakukan ‘kesilapan’, melontarkan perkataan yang ‘dusta’ serta menggunakan perkataan yang ‘buruk’. Walaupun mungkin ada tafsiran, itu loghat terengganu,metafora dan sebagainya, kita tak tolak. Mungkin betul.

Tapi kebanyakan dalam kalangan orang tak nilai tafsiran2 itu, tetapi menilai apa yang zahir dan jelas. Jelasnya Ustaz Azhar membawakan  berita yang tidak tepat yang mencemarkan peribadi orang lain. Kenyataan ini yang dianggap sebagai fakta yang benar ditelan oleh semua, sama ada pengikut beliau atau pengikut ulama muda UMNO atau tak menyokong mana-mana.

Atas dasar kebenaran, sama ada kita pengikut setia Ustaz Azhar ataupun tidak, kita harus akur bahawa Ustaz Azhar Idrus telah melakukan kesilapan di sini.

Bagi aku secara peribadi, ia sedikit pun tidak mencalarkan persepsi aku terhadap Ustaz Azhar. Memang lumrah orang buat silap. Aku lagilah banyak silap kan, tetapi perkembangan yang berlaku aga pelik. Secara peribadi juga, aku bukanlah penggemar ceramah Ustaz Azhar Idrus, juga Ustaz Fathul Bari, namun ia bukanlah ‘lesen’ kepada aku untuk mencerca mereka berdua, malah aku mengkagumi dan menghormati keilmuan mereka dan atas usaha mereka dalam dakwah.

Antara tokoh ilmuwan..

Namun, apa yang pelik apabila ada sebahagian pengikut Ustaz Azhar Idrus pula yang ‘bermati-matian’ membela bagi pihak beliau. Ustaz Azhar Idrus mesti memberikan tarbiyyah yang sepatutnya, menggunakan pengaruh beliau yang besar agar masyarakat lebih matang dan dapat bezakan yang baik dan buruk. Ustaz Fathul Bari juga perlu lebih bersederhana dan tidak terlalu ‘keras’ dalam memberikan pandangan, juga melebih dalam mengutarakan pandangan.

Kita masing-masing pasti ada tokoh atau ilmuwan atau ‘ulama yang kita suka dengannya dan menjadi keutaamaan dalam rujukan, namun kita mesti tidak taksub! Bezakan antara kritikan dan cercaan.. pupuk sifat kasih sayang kita sebagai ummah yang satu, berpaksikan aqidah yang satu.

Kita mesti mengatakan yang benar sebagai benar walau ia daripada musuh kita, dan mengatakan yang salah sebagai salah walau ia daripada sahabat karib kita!

Wallahua’alam. Semoga Allah merahmati kita dan pastinya mengampuni keterlanjuran kita dalam urusan hidup kita.

Smile

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: