Soal Jawab: Bagaimana Pupuk Sifat Sabar?

image

Soalan:
“salam ukhuwah. 

sy cuma ingin bertanya bgmana untuk memupuk sifat sabar dan bgmana berhadapan dgn org yg panas baran? 

sekian,tk.”

— Munirah I

Jawapan:

Salam ukhuwwah kembali. Alhamdulillah, mabruk ‘alaik, atas keprihatinan saudari terhadap sifat mahmudah dan mazmumah, dalam usaha memperbaik keperibadian diri. Semoga Allah ‘Azza Wa Jalla memberikan kita kekuatan ke arah memperbaik akhlak dan sikap kita.

Berkenaan soalan saudari, hakikatnya sifat ‘sabar’ dan ‘panas baran’ boleh dikatakan sebagai dua sifat yang bercanggah antara satu sama lain. Mereka yang tidak dapat bersabar biasanya akan menjadi orang yang cepat marah, cepat merungut dan sebagainya.

Baiklah, saya cuba jawab sebaik mungkin soalan saudari, soalan pertama berkenaan cara memupuk sifat sabar.

image

Sifat ‘sabar’ tidaklah dapat dipupuk dalam tempoh sehari dua, malah mengambil masa yang lama, ia bersifat ‘evolusi’. Jikalau ‘revolusi’, barangkali ada sesuatu yang ‘tak kena’, ikut mood, yang bisa mengundang kita berubah kepada yang lebih buruk apabila ‘sesuatu’ berlaku.

Dalam usaha memupuk sifat ini, ia perlu berteraskan ‘keimanan’ dan ‘ketaqwaan’ yang syumul kepada Allah ‘Azza Wa Jalla. Tanpa iman dan taqwa, agak sukar bagi kita mewujudkan sifat ini dalam diri kita.

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)”Surah Ali Imran, Ayat 200

Apabila kita ditimpa kesusahan, tanpa iman dan taqwa, kita akan merungut sebab tak sedar ia merupakan ujian Allah, untuk membentuk keperibadian kita ke arah lebih baik. Kesedaran tentang hakikat apa yang berlaku pasti ada hikmah tak ada adalam diri, bisa saja kita tak dapat terima apa yang berlaku dan tak bersabar atasnya.

Oleh yang demikian, kesabaran mesti didasari oleh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

image

Berikut adalah sedikit tips bagi memupuk sifat sabar:
1. Melatih diri untuk bersifat baik dan positif seperti lemah lembut, baik hati, berfikiran terbuka dalam menghadapi apa2 situasi.
2.  Mengingati kelebihan dan kebaikan orang dan selalu memaafkan kesalahan org lain.
3. Meminta perlindungan kepada Allah Ta’ala daripada syaitan yang direjam yang selalu menggoda kita.
4. Selalu berwudhu’

Al-Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziah Rahimahullah ta’ala ada mengatakan:

  • Sabar bukan bererti menyerah tanpa usaha  namun, sabar juga bukan bererti perjuangan tanpa hasil.
  • Sabar adalah taman kesejukan di antara usaha yang maksimum dan tawakkal yang sepenuhnya.
  • Sabar adalah timbulnya keyakinan yang kuat kepada janji Allah. Allah tidak mungkir janji.
  • Dengan sabar, hati begitu optimis, bahawa Allah akan segera menyambut niat dan keinginan tulus seorang hamba.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Mus’ab bin Said radiallahu ‘anhuma, dari bapanya yang berkata:

Aku bertanya kepada Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam, siapakah manusia yang paling dahsyat menerima bala ? Maka dijawab : Para nabi kemudian yang seperti mereka dan yang seperti mereka.

Diuji seorang manusia itu berdasarkan kadar agamanya, jika dia seorang yang kuat beragama maka kuatlah pula bala yang diterimanya, dan jika seseorang itu lemah agamanya maka diuji hanya pada kadar agamanya.

Tidaklah hilangnya bala itu pada seorang hamba sehinggalah dia berjalan di atas tanah dengan telah terhapus segala dosa-dosanya

— Hadis Hasan, Riwayat Imam At-Trmidzi(no. 2398) —

image

Berkenaan soalan kedua, bagaimana berhadapan orang yang panas baran, ataupun boleh sebut juga tak penyabar.

Realitinya, di sinilah juga gunanya sifat kesabaran yang kita miliki untuk berhadapan dengan apa jua situasi dalam kehidupan. Sama ada perkara baik mahupun buruk.

Pemikiran yang matang, sifat berlapang dada dan minda yang terbuka, memahami hakikat insan yang sebenarnya ‘baik’, tetapi dek godaan dan hasutan syaitan dan nafsu, yang mengubah diri menjadi buruk, menjadikan kita tenang dalam menghadapi situasi seperti ini, malah mampu tersenyum lagi!

Biarpun teguran dan nasihat secara berhikmah ditolak mentah-mentah oleh golongan panas baran, kita mesti terima bahawa hakikat hidayah itu adalah milik Allah Ta’ala. Hidayatut Taufiq daripadaNyalah yang membolehkan insan berubah.

Kita cuma mampu berusaha dalam menegur dan menasihati orang lain, di samping mendoakan mereka, tetapi urusan untuk berubah itu kita serahkan kepada Yang Maha Berkuasa atas segalanya.

Begitulah secara ringkas jawapan saya berkenaan dua soalan saudari. Harap maaf jikalau kurang berpuas hati dengan jawapan yang serba ringkas dan kurang rujukan. Wallahua’lam.

Semoga Allah Ta’ala sentiasa merahmati dan meredhai kita serta memberikan hidayah kepada kita ke arah kita berubah menjadi yang lebih baik.

Smile

_________________________________________________________

* Sudut soal jawab membolehkan pengunjung mengemukakan sebarang bentuk soalan sama ada dari sudut motivasi, agama, pendapat umum dan sebagainya. Apa yang dijawab bukan hukum, tetapi pandangan peribadi! Soalan yang terpilih akan disiarkan di blog ini, selainnya akan dibalas melalui emel. Sila klik sini untuk mengemukakan soalan.

_________________________________________________________

2 Responses to “Soal Jawab: Bagaimana Pupuk Sifat Sabar?”

  1. terima kasih,, saya harap saya boleh berubah menjadi seorang yg penyabar . amin

  2. munirah i Says:

    assalamualaikum.

    trima kasih di atas jwpn. alhamdulillah sgt membantu.

    teruskn usaha dakwah anda😉

    May Allah Bless u, amiin.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: