Itulah Allah Tuhan Yang Maha Kuasa..

*Diposkan semula sempena Keputusan SPM 2011 yang akan diumumkan pada 21 Mac nanti

Ada dua orang pelajar ni bersembang menjelang keputusan SPM yang akan diumumkan tak lama lagi. “Hmm..risaulah aku macam mana la keputusan SPM aku nanti”, kata si A. “Hmm..biasa la tu. Lumrah seorang insan pasti akan ada rasa kerisauan tu. Tapi kita jangan lupa kita ada ALLAH, Tuhan Yang Maha Kuasa”, jawab si B.

“Apa maksud hang? Macam ada maksud tersirat saja”, balas si A. “Hmmm..kita sebagai hamba ALLAH kena yakin la dengan-NYA bahawa DIA Maha Berkuasa atas segalanya. DIA mampu memberikan kita keputusan 11A dalam SPM ni walaupun hakikatnya kita tak dapat 11A tau”, jawab si B.

” Eh…apa hang cakap ni? Kita boleh dapat 11A walaupun hakikatnya kita tak dapat 11A?”, kata si A kehairanan. “Ya! Betul tu. ALLAH kan Maha Kuasa atas segalanya. Kita berdoalah bersungguh-sungguh kepada ALLAH agar memberikan kita keputusan 11A dalam SPM ni dengan niat ia sebagai permulaan ke arah menegakkan Islam di muka bumi ni..dan kita yakin bahawa ALLAH akan makbulkan doa kita dan mampu mengubah keputusan kita yang tercatat pada slip keputusan SPM tu selagi mana kita tak dapat slip tu”, si B menerangkan dengan panjang lebar.

“Eh..pelik semacam la apa yang hang cakap ni..takkan dah atas slip tu mengatakan kita tak dapat 11A..tetiba boleh ubah dapat 11A pula”, balas si A. “Apa yang pelik ha?! hang tak yakin dengan kuasa ALLAH ke? Ingat, kita semua percaya kewujudan ALLAH dan menjadi seorang Islam. Tetapi tahap keimanan kita dibezakan dengan sejauh mana kita percaya kuasa ALLAH itu tak ada batasnya. Apa saja yang DIA mahu pasti akan berlaku. Sebab tu aku kata selagi mana kita tak dapat slip keputusan SPM tu..kita kena yakin dengan ALLAH lantas sentiasa berdoa kepada-NYA agar DIA pastikan kita dapat keputusan semua A ataupun 11A untuk SPM ni. Sebab apa? Sebab tiada yang mustahil bagi-NYA..kalau dalam slip tu kita mengatakan kita tak dapat 11A, kita kena yakin ALLAH mampu ubah bagi dapat 11A..sama ada doa kita termakbul ataupun tidak..itu semua ikut kehendak-NYA..kita terima saja apa keputusan yang kita dapat dan yakin ia pasti ada hikmahnya..tapi jangan anggap tak perlu berusaha dah biar berdoa dan bertawakkal saja..pemikiran macam tu pun salah..kena berusaha sebaik mungkin dulu dan lepas tu barulah berserah kepada ALLAH”,  si B hurai dengan lengkapnya.

“Oh..begitu! Astaghfirullah Al ‘Azim..kenapa la aku tak yakin pula dengan kuasa ALLAH..harap saja pelajar SMKA..terima kasih banyak2 la atas penerangan hang tu”,  balas si A. “Sama-sama sahabatku. Ala..biasa la kita sebagai insan kadang-kadang kita rasa keimanan kita begitu utuh sebenarnya tak pun. Itu la guna sahabat untuk kita saling menasihati…ye tak? hehehe….”, jawab si B.

“Usaha saja tidak mencukupi jikalau tiada pengharapan yg menyeluruh kepada Yang Maha Berkuasa atas segalanya. Tawakkal tanpa usaha juga tidak betul jikalau tidak berusaha sedaya upaya. Berusahalah dengan sebaik mungkin & kemudian berserahlah yakni bertawakkal kepadaNya agar kita peroleh kejayaan yg turut diiringi keredhaan Ilahi”

9 Responses to “Itulah Allah Tuhan Yang Maha Kuasa..”

  1. hehe..x tengok ke kt atas tu kata jalan cerita diubahsuai utk calon SPM pula…huhuhu….

  2. hihi…ni bukan artikel lama ke?

  3. wa’alaikumussalam..’afwan..
    semoga cemerlang dlm PMR nanti..

  4. salam.
    syukran to ths post.
    i’m feeling much better.
    praised to Allah,,
    syukran,,=)
    btw,tlg doakn yg terbaik buat kami yg sdg menunggu results pmr.
    semoga mendapat results yg cmrlg gemilang d terbilang.
    eheh.

    -munir-

  5. Amboi2 & melampau2 apa..aku pun pelajar SMKA juga.

  6. amb0i…melampau aih..men nma skola ak nmpak?ha8..trasa ck0p smka2 nie..

  7. Wa’alaikumussalam..
    terima kasih atas respon yg diberikan..ia cuma peringatan utk kita bersama yg diadaptasi dan diolah drpd kisah yg pernah berlaku..hehehe..

  8. kai kisas Says:

    assalamualaikum..

    banyak maksud tersirat, dapat di jadikan
    panduan kpd pelajar agar percaya dengan
    Kewujudan, Kekuasaan dan Pertolongan ALLAH..

    Ingat” Jika kamu tolong agama Allah, Nescaya Allah akan
    membantu kamu”

  9. salam….crita yg menarik…boleh di jadikn teladan utk semua manusia…..bagus dan seseuai utk smua lapisan masyarakat…hehehe..^_^…..

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: