Menuju ke Pelabuhan Akhirat…

Ketika diri ini mencoretkan post ini, terfikir-fikir nak letak tajuk apa la yang sesuai. Maka, dipilihlah tajuk ini. Sebenarnya, aku terkenang semula pemandangan pantai di Cherating, Pahang ketika join Peer Tutor Training Camp bulan lepas. Yang teringat ni bukan apa, sebab tengok pemandangan sawah padi dan bukit bukau di Perlis ni.

Yeah..  Sepanjang kem tu, aku mesti tersenyum tatkala melihat pemandangan pantai dengan ombak bergelora. Langit yang kebiru-biruan. Aku pasti terbayang yang kita berada di atas satu bahtera yang bernama kehidupan; menuju ke Pelabuhan Akhirat.

Dalam perjalanan ke ‘final destination’ itu, ombak yang bergelora sering menerpa disertai cuaca tak menentu dengan macam-macam dugaan dan masalah, yang kadang-kadang membuatkan bahtera itu tersasar daripada laluan yang sebenar.

Namun, ia berjaya diselamatkan dengan usaha yang gigih oleh nakhoda kapal untuk mengembalikannya ke pangkal jalan. Segala yang mengancam perjalanan bahtera dapat dilalui dengan baik dan sabar oleh sang nakhoda.

Begitulah kehidupan kita di dunia yang sementara ini. Suka untuk dikatakan,

We are running man! Yeah! Running man! We are about to run for good deeds in view of brighter future in the Hereafter.

 

Kita berkejar-kejaran dan bersegera dalam melakukan ‘amal soleh untuk dimasukkan ke dalam ‘akaun Akhirat’. Tak nak tangguh-tangguh kerna ajal bisa datang bila-bila masa.

Setiap insan pasti diuji dan diduga dalam pelbagai bentuk, mengikut corak kehidupannya, yang mana seseorang pasti berbeza dengan yang lain.

Sama juga dengan nikmat dan kelebihan, yang berbeza antara seorang dengan yang lain. Begitulah Allah ‘Azza Wa Jalla yang Maha ‘Adil dalam membahagi-bahagikan nikmat dalam kalangan hamba-hamba-Nya.

Jalan kita mungkin berbeza, tetapi matlamat kita sama: Mencari keredhaan Allah Ta’ala, serta hala tuju yang sama iaitu Syurga yang kekal abadi.

Malas nak taip panjang-panjang tengah-tengah malam ni. Harap coretan ringkas ni memberi manfaat. Wallahua’lam. Semoga Allah Ta’ala sentiasa rahmati dan berkati kehidupan kita!

Smile

2 Responses to “Menuju ke Pelabuhan Akhirat…”

  1. Kali pertama dan terakhir ke Terengganu 8 tahun lepas. lepas UPSR. hehe. entah la bila pula ye. Kelantan dah pergi bulan 11 tahun lepas. huhu.

  2. bila bila datang la terengganu plak. byk tempat cantik. hehe

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: