Jangan Berbicara Tentang ‘Politik’!

image

Ada seorang sahabat mengungkapkan kata-kata yang lebih kurang begini: “Tak best la ‘post’ benda2 yang tak ada kaitan dengan kita ni kan. Rasa tak ada guna je!”. Tatkala aku membacanya, aku masih terfikir, apa maksud tersirat daripada apa yang dikatakannya?

Aku meneka dia maksudkan ‘politik’. Aku bersikap ‘diam’ dan tidak komen apa-apa, hanya tengok komen orang lain. Sehingga ada seorang berkata, “Isu semasa kenalah ambil tahu. Jangan hidup umpana katak di bawah tempurung”. Komen itu membuka ‘pekung’ sebenar apa ‘motif’ post berkenaan apabila dia membalas “Ya la, tapi tak naklah isu yang boleh memecah belahkan kita kan…tak nak isu sensitif la”.

Tambahnya lagi, “contoh yang paling ketara adalah politik. Well.. semua orang ada pendapat masing2. Tapi jgn sampai sebab benda macam ni kita boleh bergaduh. Jangan sampai orang melayu sendiri berpecah belah dan bangsa lain asyik ketika melihat kita”.

image

Ingin ku kongsikan komentar peribadi aku terhadap hal ini. Sebagai sebagai seorang yang mempunyai tahap kefahaman agama yang boleh dikatakan ok la, sepatutnya kita kena pratikkan akhlak yang selaras dengan tuntutan agama. Itu mesti jadi keutamaan! Biar orang nampak orang ‘kuat agama’ jauh lebih matang dan berilmiah dalam ‘berpolitik’ atau berbicara tentang ‘politik’.

Soal ‘perpecahan’ yang timbul sebab ‘politik’, suka untuk aku timbulkan persoalan. Apakah maksud ‘pecah belah’? Bagi aku, ia terlalu subjektif dan relatif. Adakah ia bermaksud bermusuh sampai sambil ‘memburukkan’ satu sama lain, ‘maki hamun’ dan ‘cerca mencerca’ sehingga tak ada ruang untuk bekerjasama dalam urusan agama? Atau berbeza pandangan dan ‘ideologi’ yang jadi pegangan atau berbeza ‘kumpulan’ dalam ‘politik, tetapi tetap bersatu atas aqidah yang satu dalam urusan agama?

Hakikatnya kedua-duanya wujud, cuma mana satu yang kita pegang? Sendiri jawab la! hehe..

Kaum lain seperti kaum Cina dan India, walaupun mereka berbeza ‘ideologi’ dan ‘pandangan politik’, ia tidak memutuskan ‘tali persaudaraan’ dan ‘semangat perpaduan’ dalam kalangan mereka. Berbeza dengan sebahagian orang Melayu Muslim, mereka mencampur adukkan semua ‘isu’ menjadi satu, dan sikap kurang matang menyebabkan berlaku krisis ‘perpaduan’ dalam sebahagian orang Melayu Islam pada hari ini. Sebab berbeza parti, sampai ahli keluarga tak bertegur sapa?

Timbul pula orang yang berkata, “Kita sepatutnya elakkan diri berbicara pasal politik sebab ia buat kita bergaduh. Prevention is better than cure, right?

image

Amboi.. sedap ‘kaedah’ yang digunapakai. Hoho.. Oklah.. Kalau nak guna ‘kaedah’ tu, kita jangan ada akaun Facebook, Twitter dsb. Sebab ia boleh membawa kepada ‘pergaulan bebas’ termasuk timbul unsur negatif dalam ‘diri’. Sebab Facebook la ada pasangan bercerai.. Sebab Facebook orang bergaduh, bukan sebab politik je. Macam2 lagi ada!

Sebab agama pun apa kurangnya. Yang sesatkan, labeling,  maki hamun, malah ada suka kafirkan! Sama ada kita sedar ataupun tidak. Maka, bab agama juga tak boleh ‘dibicarakan’ sebab kalau ‘berselisih’ dan masing2 ada ego, lagi dahsyat ‘perpecahannya’. So tak perlu ada akaun Facebook dsb la, kalau ikut kaedah yang disebutkan.

Tapi memang pelik laa kalau begitu. Sebab persoalannya sekarang, bagaimana kita ‘jaga’ keperibadian, sikap, tingkah laku dan percakapan kita. Dalam bab apa pun boleh je nak gaduh, cuma yang selalu orang nampak bab politik je. Padahal dalam bab agama pun tak kurang ‘hebatnya’! Cuba kita ikuti perkembangan para asatizah daripada pelbagai aliran di Malaysia, maka kita akan faham maksud aku.

Biasanya ‘pergaduhan’ berlaku dek ‘keegoaan’ dan ‘ketidak terbukaan’ kita dalam ‘berbicara’ dan ‘berbahas’ tentang sesuatu. Masing2 nak pertahankan ‘hujah’ dan ‘pendapat’ masing-masing. Tak boleh nak terbuka walau sikit untuk terima pendapat orang lain walaupun mungkin bagi kita ia tak berapa relevan, bagus lagi pendapat kita. Juga perkara seperti ini berlaku sebab kita suka berbicara tentang ‘orang’ dan fokus kepada itu. Agree to disagree!

image

Duhai insan yang kerdil, berbicaralah tentang ‘politik’ dengan lebih matang dan berilmiah sambil memohon perlindungan daripada Allah daripada ‘persengketaan’, berbincang tentang ‘idea’ bukan ‘masalah orang politik’ semata-mata. Kalau timbul ‘persengketaan’, kita cuba ‘leraikan’ dengan nasihat dan tegur. Kalau kita terlibat, berusahalah sebaik mungkin untuk menanganinya dengan penuh berhikmah. Kalau tak terlibat, jangan tumpang sekaki panaskan keadaan, sebaliknya hanya nasihat secara tertutup(mungkin lebih baik daripada terbuka) semua pihak yg terlibat.

Berbicara tentang politik bukan bererti kita berminat menyertai parti politik dan berpolitik secara langsung dan terbuka. Tidak begitu ramai sebenarnya mahasiswa yang ‘berminat’ untuk menceburi bidang politik secara langsung. Majoriti hanya suka jadi ‘pemerhati’ dan mengulas isu semasa. Setuju tak? Haaa… Aku salah seorangnya!

Malah, perkara ‘pokok’ yang harus diberi perhatian dan tak dipandang remeh ialah politik diri kita dalam menguruskan kehidupan kita. Itu juga politik! Jangan sempitkan ‘konteks’ politik itu sendiri. Tak mengapalah.. ini sekadar tambahan. Huhu..

Mengakhiri coretan kali ini, hayati kata-kata yang pernah dicoretkan sebelum ini:

“Great mind talks about ‘ideas’, poor mind talks about ‘people’”

Semoga Allah Ta’ala senantiasa merahmati kita dan pastinya mengampuni keterlanjuran kita dalam urusan hidup di dunia yang sementara ini.

Smile

14 Responses to “Jangan Berbicara Tentang ‘Politik’!”

  1. bagus3, nak kene blaja tntg adab lepas ni

  2. mantap tulisan kawan aku ni. tersusun dan terbaik !

    politik tak pernah kotor. yang kotor dalah politik kotor (dikotorkan oleh manusia)!

  3. Khairul Akmal Radin Ismail Says:

    post yg menarik…

    jika dilihat mutakhir ini, dh ramai anak muda mula beralih kpd isu politik secara serius,mksudnya mrk bukan sekadar borak2 kosong, tp bncang tntg kesan trhadap masa depan mrk n generasi akn dtg, ni based on kwn2 sekeliling lh..

    cuma, yg perlu diingatkn politik adalah sebahagian dr Islam, kalo tdk,mana mgkin baginda Rasulullah brhijrah ke madinah n tubuh negara Islam dsana.

    so, kalo nk ckp pasal politik, mestilah dikaitkan dgn Islam secara dasarnya.

    ~all the best bro~

  4. terima kasih banyak2 atas komentar yg diberi…ni pon bukan sindir tau,,

    apa yg nk di katakan di sini adalah …”maka bertemulah buku dengan ruas….”

  5. Alaa.. saja letak tanda seru, cuma lain orang lain tafsiran apa yang ditulis. Saya biasa letak tanda seru untuk bagi penegasan, bukan tanda marah ke nak melenting. Kalau nak marah, buat ayat gaya marah pun dah cukup ,tak letak tanda seru pun.

    Kalau nak face to face, boleh je. Kalau betul nak buktikan la. Bukan nak tunjuk berani ke berlagak sebab rasa betul. Tapi atas keinginan untuk berbincang dan berdiskusi secara berilmiah. Seperti Majlis Interogasi Hujah. Tapi biasalah.. Kadang2 sukar bezakan ‘marah’ atau sifat ‘garang’ dan ‘tegas’.

    Diakui sebahagian orang kata saya ni ‘garang’, dan saya jawab, saya bukan jenis suka marah orang, tapi ‘tegas’ dalam soal sikap.

    Saya sebenarnya terfikir juga kenapa sahabat saya tu cakap begitu, padahal semasa ‘majlis interogasi hujah’ yang pernah diadakan, saya ada kalanya bercakap dengan nada yang tinggi, jika diterjemah dalam bentuk penulisan, mesti ada tanda seru, tapi dia tetap berkata macam tu. Mungkin kerana dia dah kenal saya lama dan dapat bezakan antara ‘marah’ dan ‘tegas’.

    Saya tak pernah rasa saya yang terbaik, atau dalam kalangan yang terbaik, jauh sekali rasa diri ni sempurna walaupun maksud “Kamil” itu sempurna, sebab sedar akan kekurangan diri yang ada berbanding orang lain.

    Tapi rasa itu tak halang saya untuk jadi diri saya ikut cara saya, bukan ikut cara orang lain. Saya terus menerus belajar dan belajar pasal macam2 benda daripada orang lain termasuk saudari!

    Jadi, saya tak ada ‘pandang rendah’ terhadap sesiapa termasuk saudari. Malah, saya rasa bersyukur dengan komen saudari yang jujur, bersifat ilmiah dan membina, dapat saya belajar macam2. Terima kasih banyak2 atas komen, kritikan dan teguran yang diberikan. Ini bukan ayat sindiran ye. Hehe..

    Pasal ‘sumbangan terhadap negara dan bangsa’ itu, saya fikir itu terlalu ‘subjektif’ dan ‘relatif’. Dan segalanya mesti bermula dengan diri sendiri. Bermula dengan politik pengurusan diri sendiri. Sikap dan cara pemikiran kita. Itu yang perlu difokuskan terlebih dahulu, sebelum berbicara tentang berbakti kepada bangsa.

    Tak dinafikan ramai orang Melayu Muslim yang berpecah kerana soal ‘politik kenegaraan’, tidak kurang juga soal ‘manhaj agama’. Berpecah dengan puak Wahabi la, Syiah la, Ahbash la, Sufi la dan lain-lain.

    Itu memang realiti. Yang penting sekarang ialah bagaimana kita membantu dalam pembentukan suasana pemikiran masyarakat yang lebih matang dan terbuka terhadap perbezaan ideologi politik kenegaraan, juga manhaj agama.

    Perubahan itu tak dapat tidak mesti bermula dengan diri kita. InshaAllah, lepas itu dapat kita ‘sampaikannya’ secara ‘direct'(dakwah) atau ‘indirect'(akhlak).

    Saya secara peribadi, kurang bersetuju untuk ‘menghentikan’ perbicaraan berkenaan ‘politik’ khususnya ‘politik kenegaraan’. Saya percaya masyarakat terutama golongan muda kita semakin matang, ilmu semakin bertambah sejajar dengan kemajuan dan arus kemodenan pada zaman sekarang.

    InshaAllah, golongan taksub politik kenegaraan dan agama, dan bertelagah disebabkan perkara2 ini akan berkurang.

    Kita berada di akhir zaman yakni di ambang berlakunya Kiamat, memang berlaku ‘kecelaruan’ dan ‘perpecahan’ seperti yang dikhabarkan oleh Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wasallam.

    Daripada Huzaifah Ibn Yaman radiallahu ‘anhu, bahawa manusia bertanya Rasulullah Sollallahu ‘Alahi Wasallam berkenaan kebaikan, aku pula bertanya baginda tentang kejahatan kerana aku bimbang ia menimpa aku.

    Maka aku berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berada di masa jahiliyyah dan keburukan, lalu Allah mendatangkan kebaikan ini kepada kami. Adakah setelah kebaikan ini ada keburukan?” Rasulullah menjawab, “Benar”.

    Aku bertanya: “Adakah setelah keburukan ini ada kebaikan?” Rasulullah menjawab, “Benar, akan tetapi terdapat asap (kesamaran, kekalutan, atau kekeruhan) padanya.”

    Aku bertanya, “Apakah asap (kesamaran, kekalutan, atau kekeruhan) tersebut?”
    Baginda bersabda, “Iaitu orang-orang yang mengambil petunjuk selain daripada petunjukku. Engkau mengenali mereka dan mengingkarinya.”

    Aku bertanya, “Adakah setelah kebaikan itu ada lagi keburukan?” Baginda bersabda, “Benar, para penyeru kepada pintu-pintu jahannam. Sesiapa yang menyambut mereka maka mereka akan mencampakkannya ke dalam jahannam (kebinasaan).”

    Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, sebutkan sifat-sifat mereka kepada kami.” Baginda menjawab, “Mereka berkulit sama seperti kita dan berbicara dengan bahasa kita.”

    Aku bertanya, “Apakah yang engkau perintahkan kepadaku sekiranya aku bertemu dengan situasi seperti itu?” Baginda menyatakan, “Hendaklah kamu tetap bersama-sama dengan jama’ah umat Islam dan pemimpin mereka.”

    Aku bertanya, “Bagaimana sekiranya tidak ada jama’ah dan tidak pula ada pemimpin bagi umat Islam?” Baginda menjawab, “Jauhilah kelompok-kelompok itu semuanya walaupun engkau tinggal dengan menggigit akar kayu sehingga kematian datang menjemput dalam keadaan engkau seperti itu”. – Hadis Riwayat Imam Bukhari(3606) dan Imam Muslim(1847) –

    Akhir kalam, saya sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudari atas kesudian memberikan komen, kritikan dan teguran yang cukup membina ini.

    Semoga Allah Ta’ala senantiasa merahmati kita dan mengampuni keterlanjuran kita dalam urusan kehidupan di dunia yang sementara ini. Wallahua’lam🙂

  6. lain kali letak ja ‘prt sc’…btw…nmpaknya ada tanda seru di situ..takkan dh hot kot..baru provok sikit..kawan cakap pndai kawal emosi..baru dlam blog…blom f2f g…“Great mind talks about ‘ideas’, poor mind talks about ‘people’”..harap hayati k…kita selalu rasa kita yg terbaik among others…but we not…well,,nobody perfect right..but i know,,you never think that way righto??

    just before you talk about all the topic that will give you some matured look,,lets do one minute think,,,have u ever done something that contribute to our nation,,,pernah terfikir x nk berbakti pada bangsa sendiri..pernah terfikir x yg bangsa melayu dh ramai yg berpecah sebab benda kecik…

    “diberinya jarum dibalasnya gunting”…now please think about this…

  7. Citation or quotation tu tak ambil sebiji sama pun, ada diubah ejaan dan struktur ayat, jadi rasanya tak perlu sebut sumber. Kalau nak quote kata seseorang, kita tak boleh ubah walau sikit pun sebab ia mungkin sebab mungkin ‘ubah’ maksud asal penulis berkenaan!

    Lagipun ayat yang diambil itu ayat yang ramai juga orang sebutkan, terlalu common dah, itu disebut secara umum, bukan hanya ada seorang je yang pernah sebut ayat tu.

    Kalau ayat tu ada seorang dua je yang sebut dan ia agak ‘pelik, lainlah, mesti kena sebut sebab ia ‘mencuri’ idea orang atau dipanggil ‘plagiarism’ dalam istilah academic.

    Lagipun ada je kan perkara yang kita quote daripada orang secara tak langsung dalam percakapan/penulisan kita.

    Post ini dibuat setelah sekian lama hajat terkandung dalam jantung hati. Kalau benar-benar nak menjawab kepada seseorang, atau istilah akademik dipanggil ‘radd’, pasti saya akan sebut sumber, malah saya akan letak screenshot!

    Jangan nak ‘marah’ ke tak ‘puas hati’ sebab orang buat post bagi ‘menjawab’ post kita. Saya tak pasti saudari tak ‘puas hati’ pasal ‘amanah’ dan ‘ketulenan’ fakta, atau sebab rasa macam saya nak ‘kritik’ saudari.

    Adakah saudari mahu saya edit post ini supaya ia benar2 nampak ditujukan kepada saudari(letak screenshot post tu) dan orang yang berfikiran macam saudari?🙂

  8. quote ayat seseorg tnpa cite tu salah…menyalahi copyright act tu..bleh kena saman ni…len kali buat la,,according to _________
    xpon,,,,buat ayat..then tulis (______,tahun)..saudara penah buat assignment kan??

  9. lain kali buat citation?

  10. lain kali buat citation ya saudara…

  11. Amat berguna? Bagilah komen membina sikit. Kritik pun boleh. koh koh koh..

  12. Alaa.. bagilah komentar, shaikh Zuhdi al-seniori. hehe..🙂

  13. hoyeah2. manusia2

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: