Cersapen: Di Mana Silapnya?

Sedang tekun membaca buku “Sebelum Aku Bernikah”, Akmal menerima panggilan daripada sahabatnya, ‘Aisyah.

“Assalamu’alaikum.. Kalau kita mesej saja boleh tak?”, kata Akmal.
“Wa’alaikumussalam.. Oh, ok2”, balas Aisyah.

Beberapa minit kemudian, dia menerima SMS daripada Aisyah yang berbunyi:

Pasal hajat awak tu kan, saya dah cuba tanya dia secara berlapik. Alhamdulillah, dia positif. Bahkan, dia terkejut sebabnya dia baru ingat nak minta tolong saya tanyakan benda yang sama pada awak. Subhanallah! Indahnya aturannya, indahnya cinta!”

Akmal sangat gembira lantas melakukan sujud syukur. Selepas itu, dia berteriak kegembiraan; “Allahu Akbar!”

“Akmal..Akmal.. Kau ok tak ni?”, sergah Aiman.

“Errr…errr..ok je. Kenapa?”, respon Akmal.

“Kau apa hal tetiba tersenyum lebar, siap bertakbir lagi, kau mimpi apa ni haa? Hehe”, tanya Izham.

“Ye la..Kitorang naik hairan tengok kau ni lain macam je sejak dua tiga hari ni”, tambah Amin.

“Aaa…tak ada apalah. Mimpi biasa2 je aih. Hee”, jawab Akmal dengan ringkas.

Perbualan mereka terhenti sebentar apabila kereta yang mereka naiki tiba di Kawasan Rehat & Rawat Temerloh. Sejurus sampai di sana, mereka terus ke gerai makan untuk makan tengah hari dan meneruskan perbualan mereka.

“Sejak akhir-akhir ni, aku rasa macam hilang semangat nak study la”, kata Amin memulakan bicara.

“Seriously? Aku pun rasa macam tu la. Semangat aku dah pudar lama dah”, kata Aiman.

“Eh..eh. Aku pun rasa down sangat ni. Lepas cuti nanti dah la direct 5 hari mid sem exams, rasa macam takut je fail”,  tambah Izham.

“Haa.. Akmal. Kau apa cerita? Join kitorang tak?”, tanya Aiman.

Aiman, Amin dan Izham, ketiga-tiganya merenung ke arah muka Akmal. Mereka dapat menjangkakan apa jawapan yang bakal diberikannya.

“Alhamdulillah, so far so good la. Nak kata ok sangat study pun tak la juga. Nak kata lemah semangat pun macam tak”, jawab Akmal.

“Subhanallah..terbaiklah kau Akmal! Bolehlah kau jadi motivator kami hari ni, kan?”, kata Amin.

“Haha..motivator la sangat. Kenapa korang rasa down ni? Cer cite.. Pasal aktif dengan program or society ke?”, tanya Akmal.

“Hmm.. Sejak aku lemah semangat ni, memang aku malas nak aktif berprogram or apa2 je la berkaitan dengan kokurikulum ni”, kata Aiman.

“Aku rasa sebab kau kata tu la yang buat aku down. Memang agak busy la”, kata Izham.

“Allah… Aku tak tahulah apa punca aku rasa hilang semangat ni”, kata Amin.

Tetiba, riak wajah Akmal daripada ceria berubah kepada agak muram.

“Akmalku sayang, kenapa tetiba muram ni? Kau kan tak ada problem pun kan study”, tanya Aiman.

“Takkan la aku boleh gembira dalam keadaan 3 orang sahabat karib aku ada problem?”, balas Akmal dengan soalan.

“Hehe..relax2. Aku bergurau je". Jangan marah ye”, respon Aiman.

“Belasah kang baru tahu. Hoho. Korang ingat tak ceramah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil pasal mahasiswa Islam, activism & studies?”, tanya Akmal.

“Err..ceramah mana ye? Aku tak pernah dengar kot”, kata Izham.

“Cer cite..cer cita apa Ustaz Hasrizal kata", kata Amin.

“Secara ringkasnya dan mafhumnya lebih kurang begini. Antara fenomena yang berlaku dalam sebahagian Mahasiswa Islam sekarang ni, diorang begitu bersemangat dalam berprogram sebagai activists, macam kita jadi volunteers Dr Zakir Naik Talk hari tu, tapi pada masa yang sama study problem”, kata Akmal.

“Tang program, semangat betul. Tang study, malas. Pergi kelas dengan rasa malas, kadang-kadang asyik sampai kelas lambat, then malas ulangkaji, at last results tak berapa ok, lebih parah ada fail subject. Golongan ni boleh timbulkan fitnah kepada Islam”, tambahnya lagi.

“Hmmm… macam terkena direct je kat aku”, kata Aiman.

“Aku pun terasa betul dengan kata-kata Ustaz Hasrizal ni”, respon Akmal.

 

p/s: Semoga kita dapat pengajaran daripada apa yang tersurat dan tersirat dalam cerita sangat pendek ini. Moga Allah Ta’ala sentiasa rahmati kita, serta ampuni keterlanjuran kita dalam urusan hidup kita.

Smile

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: