Impian Hidup Berteraskan Akhirat…

Semua orang ada impian, sama ada sikit atau banyak, kecil atau besar. Ada yang mahu mengubah dunia! MasyaAllah..tingginya! Ada yang nak berjaya di dunia dan di akhirat. Ayat standard. Heheh..

Namun, ramai yang seringkali ‘terlupa’ akan segala impian mereka itu, dek ‘kesibukan’ dalam pelbagai urusan hidup yang membuatkan fikiran kadangkala berserabut, kerana semua itu hanya dibayangkan dan terletak dalam fikiran.

Oleh itu, jikalau kita lihat perkara ini dari sudut psikologi dan agama, mungkin ada perlunya untuk kita menulis senarai impian kita itu, dengan penuh keazaman dan rasa kebergantungan kita kepada Allah ‘Azza Wa Jalla, yang Maha Berkuasa atas segalanya.

Apabila selalu tengok senarai itu dengan penuh rasa kehambaan, insyaAllah ia jadikan lebih mantap untuk kekalkan kita atas jalan perjuangan yang sebenar.

Hmmm.. Nak letak di mana? Terpulang pada diri sendiri. Dinding, sebelah cermin. Kalau rasa ia hanya untuk pengetahuan sendiri, maka letak di tempat rahsia.

Semoga kita mencapai impian yang diletakkan itu, diakhiri dengan mendapat keredhaan dan rahmat Allah ‘Azza Wa Jalla, kita dimasukkan ke dalam syurga-Nya. Aamiin ya rabbal ‘alamin. 🙂

Advertisements

No comment?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: