Menegur Orang Secara terbuka?

Aha! Tajuk yang agak menarik. Fokus utama di sini bukanlah berkenaan menegur pemimpin atau pemerintah ya. Aku ingat lagi antara waiting list aku “Ulasan wacana sinar: peranan ulama menasihati pemimpin”.

Hehe.. Sampai ke sudah tak terkeluar ye post tu. Tak apalah.. Harapnya post ni dapat jadi pengganti walau banyak kekurangan dan ketempangan dalamnya.

My Facebook status update today:
Teguran yg ‘direct’ walau mungkin kasar tetapi jujur lebih baik dari drpd sindiran di social networks atau ‘umpatan’

I – Aib

Jika diteliti hadith nabi Sollallahu ‘alaihi wassalam, kita diperintah untuk menutup ‘aib org lain, termasuk ‘aib kita sendiri. Bukan dedahkannya!

Maka, teguran yg berkaitan ‘aib sangat ditegah dibuka secara terbuka walau niatnya ‘baik’, kononnya untuk jadi pengajaran bagi orang lain. Niat yg baik tidak menghalalkan cara yg haram.

Adapun, kesalahan pemimpin atau pemerintah yang ada sangkut paut dengan kepentingan awam, seperti rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya, ia ‘dikecualikan’ daripada larangan tegur secara terbuka, namun adab dan uslub yang baik masih perlu dijaga.

II – Kriteria

Ada beberapa perkara perlu diambil kira. Pertama, keterbukaan orang yg hendak ditegur. Kedua, perkara yg nak ditegur. Manaka yg ketiga, adab serta uslub yg digunakan dlm menegur. Yg terakhir ni penting.

Jikalau kita mengkaji hadith nabi dari sudut psikologi, Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wasallam tidak menegur seseorang dengan bebelan yg panjang. Baginda sekadar banyak bagi informasi, fadhilat dan ancaman secara umum tanpa rujuk kepada sesiapa. Baginda sekadar cakap apa yg perlu, ringkas.

Kesannya, baginda sangat dihormati dan disayangi oleh masyarakat atas keindahan akhlak serta teguran yg diberikan diterima dengan hati yg terbuka.

III – Konklusi

Tuntasnya, kita tak boleh pukul rata dengam mengatakan langsung tak boleh tegur secara terbuka, juga sebaliknya.

Ia bergantung kepada ciri2 yang disebutkan tadi. Melihat kepada maslahah dan mafsadah, dengan menggunakan kaedah fiqh mengambil mudharat yg lebih ringan.

Semoga Allah Ta’ala senantiasa rahmati dan redhai kita serta pastinya mengampuni keterlanjuran kita dalam urusan hidup di dunia yg sementara ini. Sent from my BlackBerry03 wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: