Cerpen "Pilihan" – Bahagian 1

Mengenangkan SMS yang diterima tempoh hari, ia cukup membuatkan jantung hati Aiman menjadi gundah gelisah. "Allah.. Apa yang patut aku buat ni?", monolog Aiman dalam jiwanya.

Solat istikharah jua menjadi solusi. Memohon petunjuk Yang Maha Mengetahui atas segalanya. Memenuhi syariatullah dan sunnatullah? Namun, Aiman membuat keputusan untuk tidak bertanya pendapat sesiapa. Aha. Pelik.

Keesokan malam, seperti biasa selepas berakhirnya liqa’ usrah, Aiman, Akmal, Izham dan Asyraaf pergi ke restoran Taj untuk menikmati makan malam atau supper.

"Apasal kau lain macam je sehari dua ni, Aiman?", kata Izham mulakan bicara.
"Yelah.. Serius kau nampak pelik", tambah Akmal.
"Ermm.. Takde apa apa lah. Aku okay je", balas Aiman.
"Ala.. Korang ni. Relax lah. Aiman kan memang jenis banyak fikir. Biasalah dia kalau nampak lain. Kalau ada masalah pun, ikut dia nak cerita kat kita ke tak", bebel panjang Asyraaf.
"Amboi.. Defend best friend nampak", respon Izham.
"Berkata benar walau ia pahit", jawab Asyraaf.
"Tu dia jawapan. Mantap!"kata Akmal.
"Tak faham", balas Izham.

Semasa ingin pulang ke kolej kediaman menaiki motosikal, Asyraaf merenung wajah Aiman yang secara jelas sangat berbeza daripada biasa.

"Aiman, kenapa ni?", tanya Asyraaf.
"Hmm.. Aku nak berterus terang, tapi kau jangan terkejut", jawab Aiman.
"Ai..lain macam je. Beritahu je", kata Asyraaf dengan tenang.
"Ada orang nak bunuh kita", jawab Aiman sambil menundukkan kepala.
"Na’uzubillah.. Kau biar betul?!", balas Asyraaf dengan nada terkejut.

..Bersambung dalam bahagian kedua..

Sent from my BlackBerry03 wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

One Response to “Cerpen "Pilihan" – Bahagian 1”

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: