Memory in the year 2012

Aha. Hari ni merupakan hari terakhir dalam tahun masihi 2012. Pastinya setiap dalam kalangan kita ada coretan suka duka dalam diari kehidupannya yang tersendiri sepanjang tahun ini. Ye tak?

#Muhasabah
Sedarkah kita? Hari demi hari, saat demi saat, kita semakin menghampiri sesuatu yang pasti berlaku.. Iaitu kematian. Sudah sedar tapi tak endah? Renung sejenak.

Kalau 5 minit lagi kita mati, adakah kita akhiri drama lakonan hidup atas pentas dunia ini dengan husnul khatimah?

Key performance indicator(KPI). Check and evaluate our imaan and amaal.

#Top10MemoriesIn2012

Aha. Banyak juga kenangan manis dan pahit sepanjang tahun ni. Aku malas nak taip panjang.. So aku cuma buat list jelah. Hehe.

1. Jadi MC first time ever for quite grand event: Closing ceremony of Discovery Week 2012 kat AMF Hall, CFSIIUM PJ.

2. First time jadi moderator forum. “Palestine and you”. Masih ingat lagi sahabatku cal masa aku dalam kelas pukul 2 ptg, minta jadi moderator pada malam tu. Memang terkejut tahap gaban! Haha.

3. Jadi tutor Maths 2 kat CFS. Yang menarik, aku buat sistem marks, including tazkirah, individual n group tests, mid n end of semester exams.

Memang pening sikit la tapi best. Nak prepare questions, then nak marking. Macam jadi lecturer dah! Hoho.

Pastu jadi tutor physics 1, mula lambat lepas mid sem, yang best sebab semua sisters. Tak cukup tutor sister punya pasal. Segan juga awal2 tu. Biasanya campur ada brothers n sisters. Eheh.

4. First time jadi programme manager kat CFS. Biasanya pegang secretary, programme coordinator je. Aha. It’s PRESSS Gathering Day 2012.

Gapo dio tu PRESSS? It stands for Pre-Sciences Students Society – community for physical n biological sciences students.

5. CFSIIUM Ta’aruf Programme 2012/2013. Aha. Kali kedua jadi.. Programme coordination bureau lagi! Haha. Memang jodoh dengan PC betul.

6. Buat kelas maths 1, 2 and 3 sebulan lebih, lepas officially graduated from CFS. Aha. Liaise dengan department of Mathematics. Sakan dop? Hehe.

7. 4 September 2012 – Registration day at Kuantan IIUM Campus. Alhamdulillah… Finally! Oficially becoming Bachelor of Mathematical Sciences student.

8. Jadi volunteer for Dr Zakir Naik Malaysian Tour 2012. Perghh. Best kot. Jadi usher. Hehe.

9. Baru dua bulan di IIUM Kuantan, dilantik jadi head of exhibition bureau untuk IIUM Kuantan Open Day 2012, hah! Sudah! Jawatan yg telah berjaya porak perandakan hidupku. Haha..

10.Pengalaman jadi batch leader CTS 121 @ president of Ka12en. Macam2 juga benda jadi. ‘Konflik’ yang ada. Aha.

CTS tu gapo? It stands for Computational n Theoretical Sciences. Nama department untuk program kitorang under Kulliyyah of Science.

Tak panggil program maths. Panggil CTS. Huhu..

#MemoryInIIUMKuantan

InsyaAllah aku akan coretkan kenangan first semester kat IIUM Kuantan dalam post yang lain kemudian. Aha. Sabaq naa..

#Azam2013

Tu jelah.. Apa azam 2013? I have my own strategic planning with spesific goals n missions. Merentasi masa.. Tak ikut tahun. It’s 10 years. Macam “Rancangan Malaysia Ke-10” gitu. Aha.

#Conclusion

Akhir kalam, sama-sama kita terus menimba ilmu dan pengalaman ke arah perbaiki diri jadi yg lebih baik.

Mogaa Allah senantiasa rahmati dan redhai kita, serta pastinya ampuni keterlanjuran kita dalam urusan hidup di dunia yang sementara ini. Aamiin ya rabbal ‘alamin. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: