Coretan Kembara luaskan pandangan..

O

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga kat baiti jannati kat Darus Sunnah ni, setelah lebih 2 bulan tak balik. Lama ke? Entahlah.. Rasa macam tak lama sangat pun. Mungkin masa brlalu terlalu pantas. Eheh.

Dalam post ni just nak cerita pasal tempoh seminggu ni yg aku “mengembara” dari Kuantan ke Putrajaya, Shah Alam dan Kuala Kangsar akhirnya ke Perlis. Untuk pengalaman 1st sem kat Kuantan akan ku coret dalam post lain. Huu.

Hakikat hidup ni antara kita dengan Allah Ta’ala. Kembara sangat membuka pandangan kita, melihat kebesaran ciptaaNya, meluaskan pengalaman dan kesannya mendekatkan diri kepadaNya.

Aha. Lepas hampir setahun tak jumpa my best friend, Aiman Aminudin, alhamdulillah, akhirnya dapat jumpa. Stay kat rumah dia 5 hari kat Putrajaya memang best! Nice environment.. Rasa macam overseas, perumahan tanpa pagar. Suasana hijau merata, kesesakan yg kurang kelihatan. Tenang je rasa.

Macam2 yang share. Confession session beberapa kali. Akta OSA noh.. hihi. Lepak2 mamak tgh malam, p pasar malam, jalan2 makan angin ke rumah makcik aku kat Kajang. Asal nak p uptown kat cheras, tapi GPS has betrayed us! Last2 sampai kat setiawangsa. So.. Apalagi, p uptown kat Danau Kota, Setapak lah!

1st time kot Aiman makan aiskrim goreng hari tu.. Katanya, kat CFS dulu tak sempat berasa. Ramai org lah kononnya kat pasar malam setiap kali dia p. Pehtu p mamak pekena naan n tandoori. Sampai rumah pukul 3.30pg. He.

Sempat jumpa sahabatku, Muhammad Ahmad kat food court, thanks lah belanja ktorg. Juga, Abdul Hadi Ismail kat Masjid Besi. Taktau dia duk situ.

Dari Putrajaya ke Shah Alam, aku tolong tunjukkan jalan. Berapa kali duk mengata kat dia, “Duk KL je taktau jalan, kena belajaq lah man”. Haha.

Sampai kat rumah pakcik aku kat Shah Alam, dia jumpa lah my family. Ehe. Sebelum berpisah, sempat lah aku cakap ayat2 yang dia kata lepas tu “Awat hang cakap formal sangat”. Ayat formal tu letak kat hujung. Heheh.

Lepas tu ktorg gerak g kenduri anak sepupu mak aku kat seksyen 13. Subhanallah.. Grand benor kendurinya. Makan nasi beryani dengan kari kambing, daging beryani, ayam masak merah n dalca. Ada kambing salai, cendol, puding carameal tapi tak mampu nak makan dah. Selalu dapat gula2 kan p kenduri, ni dapat kek coklat woo.

Malam tu bertolak balik ke kuala kangsar, singgah kat Restoran Jejantas Sg Buloh. Dapat pekena BurgerKing dan DunkinDonnuts. Huu. Hari ni pekana cendol n laksa kuale, sebelum bertolak balik ke Perlis.

Nak kena siapkan proposal CSI malam nih! No more postpone.. Deadline malam ni! Ahaa. Sorry Kak Najibah, janji melayu. uhuu

Hang jangan duk jealous sangat aih dengan aku. Hang ada kelebihan hang, aku ada kelebihan aku. We complement each other

Bila kita brsahabat kerana Allah, walau kita jauh di mata, tapi tetap dekat di qalbu. Walau ramai orang hebat yg ku kenali, hang tetap my best friend, Aiman”🙂

p/s: post ni ditaip kat kedai makan, sementara tunggu makanan sampai n lepas tuh tunggu org lain habis makan, juga dlm kereta otw pergi balik. Hahah. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: