University of life: 1st semester in IIUM Kuantan

Awal pagi tadi exams results untuk semester 1, 2012/2013 dah released. Alhamdulillah, okay lah result aku. melepasi target. itu paling penting. hehe.

Congrats.. If I am not mistaken only you who get A Calculus 1”, itulah kata-kata Dr Suryadi, my lecturer for Calculus 1 dalam SMS dia padaku.

Kalau nak ikutkan rasa hati, sangat banyak benda aku nak cerita. Tapi.. Aku takde mood sangat lah nak menaip. Haha. Aku bagi ada mood juga, tak nak bait-bait pengalaman yang ditimba tak dikongsi dengan sahabat-sahabat macam CFS punya. Huu.1. Family of Ka12en

Wooohaa. Muaz Zulkhairi, Muaz Azmi, Aiman, Hisham, Hakim, Dania, Wafir, Adzam, Muhaimin, Sadiq, Syed, Cik, Syafiq, Aimee, Nasri, Wee. Mereka penyeri kehidupan dalam suka duka belajar sebagai Bachelor of Mathematical Sciences students or kalau kat sini diringkaskan as CTS. CTS tu nama department ktorg, stands for Computational & Theoretical Sciences.

Sisters pun penyeri lah juga. Fisha, Aniey, Na’iemah, Rozi, Zaza, Intan, Asikin, Izzati, Aqilah, Afify, Ada Z, Nabila. Cuma aku nih memang jenis tak berapa nak rapat sangat dengan sisters, diorang pun faham.

ka12en 2

Walaupun baru satu sem, tapi macam2 benda jadi. Konflik itu ini. Apapun, semua tu baik kan dalam proses pembelajaran ke arah lebih memahami antara satu sama lain, insyaAllah ukhuwwah yang terjalin lebih utuh dan mantap.

Hakim dan Muaz Zulkhairi: Dua orang yang paling kuat ‘menyakat’ aku. Terhibur sikit lah dengan depa dua nih. Hahah. Sejak sekali tu aku ajak depa dua dengan Hisham dan Sadiq pergi Taj(Restoran mamak favourite aku), belanja dorg, selalu lah duk menyakat dengan word Taj. Eh… Pehe dop sakat tu apa? Kalu dop pehe, google lah no.

Anyway, aku akui aku tak jalankan tanggungjawab aku sebagai batch leader korang a.k.a president of ka12en dengan baik. Harap hampa maafkan aku noh, selain mohon Allah ampunkan dosa aku.

Hmm. Roommates kesayangan: Wafir, Dania, Hafiz, Nasri, Haziq, Azarul & Faiz. Korang memang terbaik! Kalau bilik kita kecik, mesti hingar bingar kan? haha.

2. Gang Bas Kenchang(GBK)

Tarbiyyah untuk pembaikan diri, dakwah dan islah untuk pembaikan masyrakat

Alhamdulillah, aku sangat bersyukur dapat bersahabat dengan insan yang soleh lagi hebat. Abg Faris, Nije, Fadil, Baem, Mundzir dan Halim.

Saban minggu kami bertemu, menimba ilmu selain berkongsi kasih, selain menjalani suka duka kehidupan bersama. Aku banyak belajar daripada diorang. Siapalah aku nak dibandingkan dengan diorang.

Okay, aku ada kata kat nije nak cerita apa yg aku belajar dengan dia. Firstly, aku sangat tak sangka insan yg sebelum ni aku kenal dari jauh yg aku kagumi dan segani dapat jadi sahabat rapat aku. Persoalan macam mana boleh rapat, hakikatnya diserahkan kepada Allah yang mengatur segalanya.

Cuma satu perkara yang aku suka, dia agak sekepala dengan aku. Hmm. Dia boleh dikatakan insan yg banyak buka view aku, selain bagaimana cara bersosial yang baik. Gaya pemikiran dia yang mantap juga buat aku teruja, di samping ilmu dan points dalam dakwah dan islah.

Okay tak nak cerita panjang2. Nak cerita benda lain pulak. Hahah. Cerita pasal orang lain tuh, kemudian lah ye. Ada plan nak buat.

IMG-20130124-WA000

Credit to Baem🙂

3. IKOD XZi

Aku diamanahkan dan diberikan tanggunjawab untuk memimpin bureau of exhibition dalam IIUM Kuantan Open Day 2012. IKOD merupakan annual major program kat kampus kuantan nih.

Rasa kerdil dan tak layak sebenarnya untuk pegang jawatan sebesar tu. Satu-satunya first year student dalam meeting mainboard. Ye lah.. Ramai lagi yang lebih layak daripada aku. Apapun, aku terimanya dengan jantung hati yang terbuka, percaya ia takdir Allah yang menentukannya.

Family members of IKOD XZi: Kak Izzati, Kak Hanim, Kak Amalina, Kak Karimah, Kak helmiah, Baem, Idlan, Budin, Razeen, Izham, Husna, Miza, Aisyah, Wani dan Fareha. Korang memang terbaekk! hihi.

Komitmen yang diorang berikan dalam jalankan gerak kerja sangat baik. Walaupun masing-masing takde experience handle exhibition sebelum ni, tapi dengan sifat itqan yang ada, alhamdulillah, ia dapat dijayakan dengan baik.

Walaupun ada problem pada hari pertama program, dan aku pula takde di lokasi program atas kekangan kesihatan, ia dapat pujian ramai terutama staff dan seniors atas kejayaan ia dilaksanakan dengan cemerlang. Congrats to all of you!

Macam-macam kerenah jugak diorang nih. Apatah lagi nak interact dengan “orang bawahan” tapi seniors. Subhanallah nice and great experience indeed.

286543_557969180883612_40309085_o

4. SRC RausyanFikr

Aha. Academic & Intellectual secretariat for Students Representative Council 2012/2013. Well good experience, bersama para pemimpin pelajar.

Yang best, aku kena present masa induction course. Speaking english macam hancus. Haha. Paling memalukan, aku pass kepada partner sister yang turut present dengan memanggilnya “my assistant”. Ahhh.

Antara great ideas yang dikeutarakan: Critical academic conversation, critical scholars investigation(CSI), intellectual discourse empowering awareness(IDEA) dan collect biodata lecturer. woohaa.

Antara yang menarik dalam satu meeting, apabila ada family member yang kurang bersetuju dengan tajuk CSi “Wahhabi: Sesatkah mereka?” dan berlakulah interogasi antara kitorang. So nice lah. hoho

6. Hidayah Centre

Aku dah tak larat nak menaip sebenarnya nih. Haha. Huh. HC nih NGO yang bernaung bawah IKRAM, yang menjalankan aktiviti dakwah kepada non-Muslims.  Aku bersama nije jadi PIC/leader untuk direct engagement/dakwah.

Selain tu, aku juga jadi PIC untuk follow up reverts. Apa khabar ye Adam Stanley. Ehe. Nak kata muallaf tu macam kurang sesuai. Aceewaah. Sebab apa? Lu fikir lah sendiri. hehe.

Sis Sakinah minta aku jadi assistant secretary. Aku pun setuju je lah. Last meeting tak pergi pun, the previous before it pun tak. Ish. Teruk betul.

7. Dr Zakir Naik Malaysian Tour 2012

Aha. Ni kisah terakhir. Semua mesti kenal kan siapa Dr Zakir Naik? Kalau tak kenal tuh, taktau lah nak kata apa. Hehe. Anyway, experience jadi internal usher memang best.

Walaupun kerjanya hanya usher guests yang datang, tapi banyak benda dapat belajar indirectly pasal event management. Ye lah, it was indeed a big event.

#Penutup

Gua sudah exhausted lah nak cerita. Tak rasa panjang dah ke? Woohaa. Apa yang aku cerita ni mungkin hanya 40% daripada benda yang aku nak cerita. InsyaAllah next time ada peluang ada rezeki, aku cerita lah ye, tak pun melalui cerpen dan cersapen. Wooohaa.

Harapan aku kepada yang membaca: Semoga ia bemanfaat. Ambil ibrah yang tersurat dan tersirat.

Moga Allah Ta’ala sentiasa rahmati kita, serta pastinya ampuni keterlanjuran kita dalam urusan hidup kita di dunia yang sementara ini. Amin ya rabbal ‘alamin. Wassalam.

Smile

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: