Cerpen “Tarbiyyah Running Man”– Bahagian 2

Kita hidup di dunia yang sementara. Berapa lama jangka hayat di dunia ini? Wallahua’lam.. hanya Dia yang tahu. Maka, memang patut bagi kita untuk berlari dan terus berlari mengejar melakukan amal soleh untuk bekalan hari akhirat.

Akmal tidak menyertai kem yang diadakan oleh IKRAM yang meruapakan salah satu wasilah tarbiyyah, dek kesibukannya dalam menguruskan hal berkaitan IIUM Kuantan Open Day 2013.

Faiz pergi ke bilik Akmal sejurus selepas balik daripada kem berkenaan, untuk bertanya khabar lah agak nye ye.

Weh.. kau layan Running man?”, tanya Faiz.
Hoho.. ye apasal? Salah ke?”, jawab Akmal.
Takde lah. Best ke?”, balas Faiz..
Hmm.. boleh lah. Aku banyak tengok daripada pelbagai persepektif”, kata Akmal.
Whoa.. bagus lah kalau macam tu. Tapi asal tengok kau macam tension semacam je nih?”, tanya Faiz lagi.
“Allah… pasal IKOD lah. Banyak benda nak kena fikir dan settle kan. Ye lah.. Aku kan takde pengalaman manage exhibition”, jawab Akmal.
“Ohhh.. okay. Jom g TC petang ni nak tak?”, ajak Faiz.
“Hmm.. nice jugak idea tu. Jom jom. Ajak Adzam dan Izham sekali”, balas Akmal.

Pada petang itu selepas solat Asar, Akmal, Adzam, Fadil dan Izham pergi ke Teluk Chempedak, tempat kebiasaan untuk lepak bagi orang Kuantan kata nye.

Hmm.. Akmal. Kenapa ni?’, tanya Adzam.
Errr takde apa2. Apasal?”, respon Akmal.
Takde lah. Kau diam je sejak tadi. Ada apa2 masalah ke?”, tanya Adzam lagi.
Amboi.. Adzam. Bukan main lagi soalan. So sweet lah”, kata Izham.
Apa lah kau ni Izham. Macam2 betul”, balas Faiz.
Benda biasa2 je. IKOD lah”, jawab Akmal.
Kalau ada apa2 yang boleh aku tolong, beritahu lah. InsyaAllah, aku cuba tolong setakat yang aku mampu”, kata Adzam dengan senyuman.

Setibanya mereka di Teluk Chempedak, Akmal berjalan seorang diri, meninggalkan mereka bertiga dan duduk di pantai.

Asal dengan Akmal tu eh? Lain macam je aku tengok”, kata Izham.
Ala macam dia kata lah. pasal IKOD. tu dia macam tension sikit”, jawab Faiz.
Oh ye ke. Takpe lah.. kita biarkan dia take time untuk tenangkan fikiran. Jom cool blog”, kata Adzam.
Jom!”, kata Faiz dan Izham.

Ketika mereka dalam perjalanan pulang ke asrama pun Akmal banyak diam seribu bahasa. Selepas solat maghrib, Akmal dan Izham pergi ke meeting IKOD Bureau of Exhibition, sementara ada liqa’ usrah.

Sejurus selepas meeting yang tamat agak lewat, mereka berdua bergegas ke sana. 60% daripada masa dalam liqa’ berkenaan, Akmal tidur.

Letih benor ye Akmal. Sampai tidur dalam usrah”, kata Firdaus.
Dia penat tu abe Firdaus. Tadi tengok dalam meeting pun macam penat semacam je”, kata Izham.
Orang aktif biasa lah tu. Hehe”, respon Muaz.
Orang kuat UIA lah katakan”, kata Hisham.

Selepas tamat liqa’ usrah, Akmal dan Izham pergi ke Restoran Taj selepas Akmal memberitahu Izham dia belum makan pada hari berkenaan.

Kau ni serius lain macam hari ni. Sampai tak makan. Apa cer ni, Akmal?”, tanya Izham.
Hmm.. Takde apa pun lah. Macam aku kata lah, pening sikit dengan IKOD”, jawab Akmal.
Kau macam ada terasa dengan kitorang je. Cer terus terang”, kata Izham.
Eh takde lah. mana ada”, kata Akmal.
Ala..beritahu je lah. Ke kau ada terasa dengan Adzam nih?”, tanya Izham lagi.
Hmmm.. ye kot”, jawab Akmal dalam senyum dalam diri.

Bersambung…

2 Responses to “Cerpen “Tarbiyyah Running Man”– Bahagian 2”

  1. Boleh la. Nak kata suka sangat pun tak juga. Dan tak tengok semua part dalam sesuatu episod. Depend content dia.

  2. abg Kamil suka tgk running man kea? sy n kawan2 pun smer. huhu

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: