Harapan Pilihan Raya Umum ke-13

Kalau dari sudut tahun masihi, yeah, aku memang tak cukup umur 21 lagi. Namun, dari sudut tahun hijrah, aku sudah cukup umur 21 tahun dan bakal menjangkau usia 22 menjelang 22 Zulhijjah nanti. Hehe. Namun, kata orang, umur bukanlah pengukur kematangan. Ye dak?

Ada satu kata-kata berbunyi: "Maturity is not when we start speaking big things. It is when we start understanding small things"

Politik ialah salah satu cabang dalam aspek muamalah dalam Islam. Justeru, ia terikat dengan prinsip muamalah yang bersifat terbuka iaitu asal dalam muamalah adalah harus melainkan ada nas yang mengharamkannya. Ada orang kata “liberal dalam politik”. Namun begitu, prinsip asas dalam Islam seperti ‘adil dan amanah mesti dipegang dan diletak di atas sekali.

Okay. Cukuplah ini sebagai muqaddimah. hehe.

Sebelum menyambung coretan ini, ingin dikongsikan status Facebook aku yang terakhir bagi tahun 2012 pada 31 Disember yang lalu. Mungkin ada yang tidak membacanya.

Untitled

Aha. Ini pula satu lagi status Facebook aku, tapi pada penghujung 2011. Lama dah.

Untitled2

Antara perkara menarik yang aku fikirkan ialah kesan daripada tempoh pemerintahan Barisan Nasional yang begitu lama iaitu lebih 56 tahun, menyebabkan mentaliti sebahagian masyarakat pelik. Antara manifestasi kepelikan ini ialah istilah “kerajaan pakatan pembangkang” yang diguna pakai oleh media massa.

Kerajaan dan BN itu seperti sama sahaja, menyebabkan kita jarang sekali mendengar “Kerajaan BN”, tetapi selalu mendengar “Kerajaan PAS Kedah”.

Baiklah. Balik kepada topik. Antara perkara penting yang patut diberi perhatian ialah kebebasan media arus perdana yang sedikit sebanyak mempengaruhi pilihan para pengundi. Semua pihak yang bertanding wajar diberikan peluang untuk menyampaikan gagasan idea yang ingin mereka laksanakan sekiranya diberi mandat oleh rakyat untuk menubuhkan kerajaan negeri atau kerajaan pusat.

Aku tidak bersetuju dengan kenyataan Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang menolak cabaran debat YB Nurul Izzah, Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai dengan alasan PRU sudah dekat. Sedangkan debat lebih perlu diadakan menjelang PRU bagi membolehkan rakyat menilai dan membandingkan idea dan hujah yang disampaikan oleh wakil seteru politik BN dan PR ini.

Oleh sebab itu, ahli akademik dan intelektual menyeru agar diadakan debat antara calon perdana menteri daripada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menjelang PRU13, agar rakyat dapat mengetahui hala tuju yang ingin mereka bawa sekiranya parti yang mereka ketuai diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negara ke arah Malaysia yang lebih sejahtera.

Selain slogan dan moto parti sama ada “Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan”, Negara Berkebajikan”, “Competence, accountability and transparency” dan sebagainya, gagasan idea dan hala tuju yang ingin dibawa oleh parti yang bertanding sangat penting dan perlu dibentangkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Bukan golongan di bandar sahaja, malah di kampung dan kawasan pedalaman.

Hal ini kerana ramai yang memilih calon untuk memastikan gagasannya yang akan membentuk kerajaan Negeri dan seterusnya kerajaan pusat. Para pengundi seperti ini terutama mereka yang tinggal di kawasan bandar, yang merupakan lebih kritis dan terdedah dengan media alternatif, mereka akan memilih untuk memastikan apa yang termaktub di dalam manifesto parti yang mereka sokong dapat direalisasikan.

Pentingkah manifesto ini? Baiklah. Dalam Pilihan Raya Palestin pada 2006, parti HAMAS telah meletakkan gagasan idea yang realistik dan praktikal, menjanjikan good governance. Dalam “A “New Hamas” through Its New Documents” oleh Khaled Hroub, Journal of Palestine Studies, menyebut antara manifesto mereka:

"Achieve equality before the law among citizens in rights and duties; bring security to all citizens and protect their properties and assure their safety against arbitrary arrest, torture, or revenge; stress the culture of dialogue; support the press and media institutions and maintain the right of journalists to access and to publish information; maintain freedom and independence of professional syndicates and preserve the rights of their membership"

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan konsep demokrasi, kita tidak boleh menolak keputusan Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) yang membuat keputusan untuk bertanding dalam PRU13 nanti. Untuk menilai kewajaran tindakan mereka ini yang kurang disenangi oleh sebahagian gerakan Islam yang menyifatkannya sebagai kurang bijak dan hanya akan memecah belahkan undi orang Melayu Muslim, pastinya kita perlu menunggu gagasan idea yang mereka ingin bentangkan kepada rakyat.

Dalam sejarah, banyak parti yang muncul bagi menyaingi parti-parti besar yang sedia seperti Parti Negara, Hamim dan Berjasa. Namun, mereka gagal meraih sokongan rakyat dek gagasan idea yang mereka bawa tidak menjadi aspirasi dan harapan rakyat. Sebahagiannya tertubuh kerana tidak bersetuju dengan hala tuju parti sedia ada, kemudian bertindak keluar parti dan menubuhkan parti baru.

Maka, terdapat dua kemungkinan besar yang akan berlaku dengan penyertaan ISMA ini. Pertama, mereka menang disebabkan manifesto mereka disenangi rakyat berbanding BN/PR. Kedua, kehadiran mereka tidaklah lain kecuali hanya menarik undi mereka yang ‘di atas pagar’ atau ‘hilang kepercayaan terhadap BN/PR’ dan mengurangkan undi yang diraih oleh calon BN/PR setelah Pakatan Rakyat dan beberapa parti pembangkang lain(di Sabah & Sarawak terutamanya)  bersetuju untuk mewujudkan “straight fight contest” atau pertandingan dua penjuru antara BN dan PR.

Persoalannya, adakah ISMA mampu mencipta kejutan? Wallahua’lam. Itulah politik namanya. Sukar dijangka. Sekiranya mereka berjaya, ia akan menjadikan landskap politik Malaysia menjadi lebih menarik dan pastinya lebih sukar diduga percaturannya.

Agak sedih dan kecewa dengan sebahagian pihak sama ada dari BN mahupun PR yang memainkan isu-isu ‘sampah’ dan ‘kotor’ yang berunsur sentimen perkauman dan perkara-perkara yang bersifat kurang matang.

Isu seperti ‘aib peribadi pemimpin politik, perpecahan orang Melayu, negara Islam/Kristian dan sebagainya harus diketepikan dan tak perlu untuk dibahaskan. Kita memerlukan idea dan hujah bagi memperbaiki keadaan negara yang sedia ada ini dari sudut ekonomi, sosiobudaya, pendidikan dan sebagainya.

Isu pendidikan percuma, hala tuju pendidikan tinggi, hutang negara, dasar-dasar ekonomi, pembentukan pemikiran rakyat yang lebih kritis dan matang, juga isu-isu penting yag lain perlu diketengahkan.

Sekiranya penyokong tegar PR terus bertindak memainkan isu-isu yang tidak ‘patut’ seperti yang ada sekarang, aku tidak menolak bahawa peluang untuk PR menang mungkin menjadi sangat tipis.

Ku menyeru kepada semua yang layak mengundi agar menjalankan tanggungjawab mereka untuk keluar mengundi, yang mempunyai nilai dosa dan pahala.

Optimis ke arah politik yang lebih matang dan beradab, pastinya menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik, ‘adil dan sejahtera, dalam rahmat dan keredhaan Allah ‘Azza Wa Jalla.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: