“Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang”

Sedikit perkongsian panelist Forum “Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang” anjuran Teach For The Needs di Kompleks Karangkraf, Shah Alam semalam. Dr Maszlee Malik, Hishamuddin Rais, Cikgu Zamir dan Anas Alam Faizli.

Apakah fungsi pendidikan?
Sekolah itu bertujuan utk membentuk diri kita sendiri, menjadi manusia yg sebenar dengan sifat2 yang Tuhan jadikan. Bukan untuk mengejar 15A 16A saban tahun, keputusan kian meningkat, tetapi negara ni tetap bangang!

Ilmu ditimba adalah untuk mengembangkan kemungkinan2 dan potensi diri bagi jalani hidup, bukan untuk specifically dibina bagi menjadi doktor, engineer dsb.

Umur 1-12 perlu diberi penekanan utk membina character insan, jauhi penilaian berteraskan peperiksaan.

Apa masalah sistem pendidikan sekarang?
Sistem yg mengajarkan jawapan berbanding tekankan solusi dan kebebasan kepada pelajar untuk berfikir serta bertanya perlu diubah.

“Let variable to be x” dalam maths misalnya. Guru harus menjawab soalan “why should it be x?” daripada suruh pelajar diam dan terima sahaja.

Apa perubahan yang perlu dibuat di sekolah?
Sekolah perlu diberi autonomi untuk mencorak sistem yg ingin diamalkan selain pelajar bebas pilih subjek & guru.

Saiz kelas pula perlu dikecilkan agar nisbah pelajar dan guru itu kecil. Guru pula tidak dibebankan dengan pantau ramai pelajar, cukup seorang untuk dinilai dan inilah sistem penilaian berdasarkan sekolah yang patut dipratikkan.

Apa cerita pula universiti?
Universiti sebuah tempat suci untuk berperanan sebagai gedung ilmu dan percambahan idea yang boleh diperdebatkan, dipertahankan dan dibahaskan tanpa ada sebarang halangan dan sekatan mana-mana pihak.

Disebabkan market forces diutamakan atau consumerism, universiti jadi kilang. Roh universiti yg sebenar sebenarnya mampu lahirkan graduan yg berkebolehan untuk cipta peluang kerjaya.

“University should be a very exciting place, not a boring one” – Hishamuddin Rais

Pemikiran bagaimana yang perlu diterapkan?
Critical & creative thinking sangat penting untuk membebaskan kita dan be out of box. Tegahan untuk bertanya dengan budaya listen3 atas alasan guru lebih mengetahui dan nanti tak beradab, tidaklah lain kecuali mematikan minda yang sihat.

Being critical bukan bermakna semua perkara perlu dibangkang, jadi anti-kerajaan, tetapi menjadikan kita menerima sesuatu bukan dengan taqlid buta semata-mata.

Soalan seperti “kamu guna ke semua yg study kt IPT?” timbul hasil daripada minda yang trtutup. Ilmu itu diadaptasi physically, spiritually & mentally serta directly or indirectly.

“Bersikap neutral zahirnya kelihatan baik tapi hakikatnya ia hasil racun dogma dalam kegagalan sistem pendidikan yang takutkan dengan bayang-bayang” – Bawani

“Culture of fear berleluasa dalam masyarakat. Tak tahu takut apa. Yang tak dihalang pun terhalang” – Dr Maszlee

“Tiada satu IPG yang bangkit bincangkan dalam kolokium atau seminar apabila blueprint hala tuju pendidikan negara 2012-2025 dibentang” – Cikgu Zamir

Apa beza golongan intelektual dan agamawan?
Golongan intelektual sentiasa berubah dan maju ke depan dlm mengubah cara org berfikir, berbanding kebanyakan agamawan terus menerus menanam dogma & mengajar paksaan secara tidak langsung.

“Golongan public intellectual yg bebas drpd cengkaman mana2 pihak termasuk kerajaan seperti idea Rausyanfikr oleh Ali Syariati” – Dr Maszlee

Ya. Agama perlu diterap dan diberi penekanan, tapi rupa agama yg bagaimana? Hubungan dengan Tuhan perlu diterjemah dalam hubungan dengan makhluk.

Semoga sedikit catatan(my tweets last night) ini dapat beri manfaat kepada semua. Ke arah Malaysia yang lebih sejahtera. Sama2 kita jadi golongan ghuraba'(pelik) dalam menongkah arus dan membawa perubahan secara konsisten walau sikit. Barakallahu fik🙂

Tonton video rakaman forum ini: http://www.mobtv.my/talkshow-2909.html

Posted from WordPress for BlackBerry.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: