Sujud is the best & greatest hug ever

Dalam kehidupan di dunia yang sementara ini, kita pasti takkan dapat elak daripada ujian sama ada dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan. Dalam banyak keadaan, ramai orang mudah gagal dalam ujian kenikmatan untuk bersyukur berbanding ujian musibah untuk bersabar.

Semua orang sentiasa ada masalah, baik masalah kecil mahupun besar. Namun, biasanya apa yang bermain dalam fikiran kita itulah yang menjadikan sesuatu masalah itu kelihatan kecil atau besar. Ada orang yang hadapi masalah yang hakikatnya besar, namun sifat positifnya menyebabkan ia kelihatan kecil. Ada pula orang yang hadapi masalah yang realitinya kecil, tetapi dek negatifnya fikiran dia membuatkan hidupnya bagaikan di ambang kiamat.Dalam kehidupan seharian, tidak dinafikan betapa pentingnya ahli keluarga dan sahabat karib yang berperanan sebagai teman yang selalu di sisi kita. Tempat untuk kita menangis di bahunya. Berkongsi kegembiraan dan kedukaan bersama. Hal ini dapat dilihat daripada kemanisan persahabatan berpaksikan keimanan antara Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam bersama para sahabat radiallahu ‘anhum.

Saban hari kita membaca Surah Al-Fatihah(QS1:5) yang membawa maksud: “Hanya pada-Mu kami menyembah, hanya pada-Mu kami mohon pertolongan“. Apabila kita ditimpa musibah atau masalah dengan berpegang teguh kepada ayat ini, perkara pertama yang akan kita lakukan ialah mengadu dan merintih kepada Allah ‘Azza Wa Jalla sebelum berkongsi dengan para makhluk-Nya sama ada ibu bapa, adik beradik ataupun sahabat karib.

Dalam banyak keadaan dalam kehidupan ini, kita menceritakan kesedihan yang kita rasai dengan keluarga atau sahabat handai. Apabila menyedari kesedihan itu tidak hilang dan hanya pudar sedikit, barulah kita mencari Allah dan memohon bantuan-Nya.

Bagaimana kita meletakkan priority antara pencipta dan ciptaan-Nya? Di mana letaknya penyaksian kita yang terus menerus kita ungkapkan dalam solat? Muhasabah diri.

Hingga satu tahap, kita pasti akan menyedari hakikat bahawa sujud itu merupakan pelukan yang paling berkesan dan paling indah buat kita berjiwa hamba.

Moga Allah sentiasa rahmati dan berkati kita, serta pastinya mengampuni keterlanjuran kita dalam urusan hidup di dunia yang sementara ini. Amin ya rabbal ‘alamin.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: