A friend in need is a friend indeed

Kehidupan pasti akan sunyi
Jikalau tiada sahabat handai di sisi
Tetapi sahabat jenis apakah mereka?
Adakah ketawa bersama, menangis seorang diri?

Bukan mudah untuk cari sahabat yg setia mendengar
Berkongsi suka dan duka bersama
Jadilah sahabat seperti ini
Nescaya kelak dikau akan dapatinya

Manusia bukan Tuhan
Hanya bersifat dengan sebahagian kecil daripada sifat-Nya
Usah letakkan harapan yang begitu tinggi
Kelak pasti akan memakan diri

Kesilapan dan kesalahan lumrah insani
Tak ada sesiapa yang dapat mengelak
Namun mengulangi yg sama berulang kali
Tuhan Maha Pengampun, tetapi manusia mungkin tidak maafkan

Bersyukurlah dikau jika punya sahabat sejati
Hargailah dia dengan sebaiknya
Kelak jikalau kehilangannya
Tiada guna lagi penyesalan walau berlinangan airmata

Sebagaimana kita tahu menghadiahi diri sendiri
Kadangkala perlu juga kita menghukum diri sendiri
Walau akal dan perasaan berselisih
Walau ia tidak difahami oleh orang lain

Maafkan aku duhai sahabat
Kerana daku bukanlah sahabat yang baik
Semoga Allah redha” ungkapan kegemaranmu terus ku ingati
Kenangan suka duka kita segar dalam ingatan

P/s: moga kita berjaya di dunia & di akhirat. Amin ya rabbal ‘alamin

Posted from WordPress for BlackBerry.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: