Cerpen “Tarbiyyah Running Man”– Bahagian 3

imagesAkmal tersenyum ketika menjawab pertanyaan Izham sama ada kelakuannya yang aneh disebabkan oleh dia terasa dengan Adzam atau salah seorang daripada ahli usrah mereka. Izham berasa kurang berpuasa hati dengan jawapan yang diberikan oleh Akmal.

Izham: Apasal kau nak terasa dengan Adzam pulak nih? Cer cite sikit kat aku.
Akmal: Hmm.. entahlah. Aku pun tak tahu nak kata.
Izham: Alaa.. terus terang la dengan aku. Macam mana aku nak tolong kalau kau tak terus terang.
Akmal: Hmm.. Actually dah beberapa dah aku tak jumpa dia.
Izham: Tu je sebabnya?
Akmal: Please la. Jangan duk paksa aku jawab.
Izham: Okay..okay.. Sorry.

Keesokan paginya, Adzam nampak Akmal di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah selepas menunaikan Solat Subuh. Dia cuba memanggil Akmal namun seperti Akmal buat-buat tak dengar akan panggilannya. Kemudian, dia terserempak dengan Izham.

Izham: Kau dengan Akmal ada masalah apa sebenarnya?
Adzam: Masalah apa pula ni?
Izham: Sebab apa Akmal ada terasa dengan kau ni? Apa kau buat?
Adzam: Eh. Terasa apa pula ni?
Izham: Kau tanya aku pula dah. Sepatutnya aku yang tanya kau. ish.
Adzam: Lorh. Seriously aku tak tahu.

Sejurus pulang ke bilik, Akmal menerima panggilan daripada Sumaiyyah.

Sumaiyyah: Awak boleh datang tak meeting Hidayah Centre malam ni? Buat kat office.
Akmal: Malam ni? Tak dapat hadir rasanya.
Sumaiyyah: La..ye ke? Awak tolong beritahu Adzam boleh tak? Dah awak tak dapat datang, harapnya dia dapat datang.
Akmal: Oh. Okay. InsyaAllah.

Selepas itu, Akmal terus menghantar mesej kepada Adzam berkenaan meeting yang bakal diadakan.

Akmal: Salam. Malam ni ada meeting HC lepas maghrib. kat office HC. Harap kau boleh hadir. Aku tak pergi.
Adzam: Wsalam. Okay, InsyaAllah aku pergi. Kau okay tak ni?
Akmal: Aku tak nak jumpa kau.
Adzam: Akmal, kenapa ni? Apa salah yang aku dah buat? Aku minta maaf.
Akmal: Tu je aku nak cakap. thanks.
Adzam: Ala. Akmal. Please say it out.

Akmal tidak membalas mesej Adzam, dan membuatkan Adzam kebingungan. Pada waktu tengah hari, mereka terserempak lagi di surau mahallah. Adzam cuba menegur Akmal tetapi dek kerana Akmal memandangnya dengan wajah yang murung dan langsung tak senyum, dia batalkan niatnya. Situasi berkenaan disaksikan oleh Izham dan Faiz.

Izham: Aku tak faham la dengan Akmal.Faiz: Entahlah.. Aku tak tahu nak cakap apa.
Izham: Apa laa masalah diorang sampai tak bertegur sapa. padahal masuk tarbiyyah.
Faiz: Hmm.. it looks suspicious.
Izham: Ha?

Bersambung…

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: