PRU-13: Transformasi vs Reformasi

Pimpinan BN diketuai DS Najib melaungkan slogan “transformasi” manakala pimpinan PR diketuai DS Anwar pula melaungkan slogan “reformasi”.

Menjelang PRU13 yang masih menjadi tanda tanya bilakah ia, Transformasi vs reformasi, siapa bakal menang? Wallahua’lam.

Kalau ‘penyakit’ dah kronik dan lama pula tu, mungkin patut bagi laluan dan peluang kepada ‘pengganti’.

Kalau ‘pengganti’ pun hampeh manakala ‘penyakit’ pula kian sembuh, bolehlah comeback.

Kalau ‘pengganti’ hampeh dan ‘penyakit’ macam tu juga, maka dipilih mudharat yang lebih ringan daripada menilai hujah dan fakta yang ada.

Apapun. Persoalan besar berkaitan ketelusan pihak pemerintah hari ini.

Adakah kita benar-benar mahukan rakyat Malaysia memilih dan mengundi pada pilihan raya berdasarkan ‘ilmu dan hujah, bukan sentimen dan taqlid?

Kita inginkan lakukan transformasi, tetapi dimana priority terhadap ketelusan dan keterbukaan media massa?

Jika benar kita inginkan rakyat negara ini berpolitik dengan lebih matang, bukankah semua pihak mesti diberikan peluang untuk membela diri apabila dituduh, melontarkan idea kepada masyarakat sekalipun berbeza dengan pendirian pihak pemerintah, dan berdebat atau berdialog dalam percambahan ilmu dan perkembangan minda?

Sebagaimana pihak pemerintah boleh menggunakan media massa arus perdana, pihak pembangkang juga sepatutnya diberi ruang dan peluang secukupnya untuk bercakap dalam media ini idea dan hujah mereka.

Media memainkan peranan yang besar dan penting dalam mendidik masyarakat dengan memberikan ‘ilmu dan maklumat dengan telus dan tulus, dan bukannya bersikap memilih-milih dalam menyampaikan perkara yang mereka kehendaki dan didalangi pemimpin politik yang membelakangi mereka dengan kepentingan survival politik mereka.

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

الَّذِيْنَ يَسْتَمِعُوْنَ القَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ، أُولَئِكَ الَّذِيْنَ هَدَىهُمُ اللهُ وَأُولَئِكَ هُمْ أُولُوا الأَلْبَابِ

Maksudnya: Mereka yang mendengar perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik(di antaranya selepas dinilai). Mereka Itulah orang-orang yang telah Allah berikan petunjuk kepada mereka dan mereka itulah golongan ulul albab(orang-orang yang mempunyai akal) Surah Az-Zumar, Ayat 18.

Dua sifat utama golongan ulul albab yang perlu diberi perhatian. Pertama, suka mendengar perkataan sekalipun daripada pihak yang kita kurang senang atau kita tak sokong. Kedua, mengikut apa yang lebih baik setelah dinilai hujah daripada semua pihak.

Apabila media arus perdana bersifat berat sebelah, sebahagian rakyat bertindak beralih kepada media alternatif dalam internet.

Tuntasnya, kita mendoakan perubahan iklim politik negara ke arah yang lebih baik. Usaha ‘pembodohan’ mesti ditolak dan dihentikan. Pemimpin politik yang terus ‘perjuangkan’ politik jenis ini mesti dinyahkan daripada landskap politik negara. Moga Allah rahmati negara kita ke arah Malaysia yang lebih sejahtera dan ‘adil.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: