Subhanallah.. Rahmat, Cinta dan Kasih Sayang!

Hidup yang indah dan bahagia pasti tidak dapat lari daripada 3 perkara ini iaitu rahmat, cinta dan kasih sayang.

Dalam sebuah hadith Qudsi, daripada Abu Zar Al-Qhifari radiallahu ‘anh, bahawa Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: Allah Ta’ala berfirman:

يا عبادي , إني حرمت الظلم على نفسي وجعـلته بيـنكم محرما فلا تـظـالـمـوا
يا عبادي , كلكم ضال إلا من هديته ، فاستهدوني أهدكم
يا عبادي , كلكم جائع إلا من أطعمته ، فاستطعموني أطعمكم
يا عبادي , كلكم عار إلا من كسوته ، فاستكسوني أكسكم
يا عبادي , إنكم تخطئون بالليل والنهار ، وأنا أغفر الذنوب جميعا فأستغفروني أغفر لكم
يا عبادي , إنكم لن تبلغوا ضري فتضروني ، ولن تبلغوا نفعي فتنفعوني
يا عبادي لو أن أولكمم وآخركم وإنسكم وجنكم كانوا على أتقي قلب رجل واحد منكم ، ما زاد ذلك في ملكي شيئًا
يا عبادي , لو أن أولكم وأخركم وإنسكم وجنكم كانوا علي أفجر قلب رجل واحد منكم ، ما نقص ذلك من ملكي شيئًا
يا عبادي , لو أن أولكم وأخركم وإنسكم وجنكم قاموا في صعيد واحد ، فسألوني ، فأعطيت كل واحد مسألته ، ما نقص ذلك مما عندي إلا كما ينقص المخيط إذا أدخل البحر
يا عبادي , إنما هي أعمالكم أحصيها لكم ، ثم أوفيكم إياها فمن وجد خيرًا فليحمد الله , ومن وجد غير ذلك فلا يلومن إلا نفسه

Maksudnya:

Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku mengharamkan ke atas diriKu kezaliman dan Aku jadikannya dalam kalangan kamu sebagai suatu perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu saling menzalimi”

“Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua sesat kecuali orang yang Aku memberi hidayah kepadanya, maka hendaklah kamu meminta hidayah daripadaKu”

“Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua lapar kecuali orang yang Aku beri makan, maka hendaklah kamu meminta makan daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu makan”

“Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua telanjang kecuali orang yang Aku berikannya pakaian, maka hendaklah kamu meminta pakaian daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu pakaian”

“Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya kamu bersalah siang dan malam dan Aku mengampunkan semua dosa, maka mintalah keampunan daripadaKu nescaya Aku akan ampunkan kamu”

“Wahai hamba-hambaKu! Selama-lamanya kamu tidak akan mampu memudharatkan Aku sehingga kamu boleh memudharatkan Aku”

“Wahai hamba-hambaKu! Selama-lamanya kamu tidak akan mampu memberi manfaat kepada Aku sehingga kamu boleh memberi manfaat kepada Aku”

“Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian daripada kamu, manusia dan jin dalam kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai jantung hati bertaqwa umpama jantung hati orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak menambahkan apa-apa pun dalam kerajaanKu”

“Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian daripada kamu, manusia dan jin dalam kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai jantung hati jahat umpama jantung hati orang yang paling jahat di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurangkan apa-apa pun dalam kerajaanKu”

“Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian daripada kamu, manusia dan jin dalam kalangan kamu, sekiranya mereka semua berhimpun di suatu tempat, lalu mereka meminta daripadaKu (iaitu meminta sesuatu pemberian), lantas Aku kurniakan setiap orang dari kalangan mereka permintaannya, nescaya hal itu tidak mengurangkan sedikit pun apa-apa yang ada di sisiKu kecuali umpama berkurangnya air laut apabila dicelupkan sebatang jarum”

“Wahai hamba-hambaKu! Bahawa sesungguhnya hanya amalan kamu yang Aku akan perhitungkannya bagi kamu, kemudian Aku sempurnakan pembalasannya”

“Maka barangsiapa yang mendapat kebaikan maka hendaklah dia memuji Allah dan barangsiapa yang mendapat selain kebaikan, maka janganlah dia mencela kecuali mencela dirinya sendiri”

— Hadis Riwayat Imam Muslim(2577) —

2 Responses to “Subhanallah.. Rahmat, Cinta dan Kasih Sayang!”

  1. Keyword dia mampu dan boleh. Mampu/dapat soal kekuatan/kelemahan kita. Boleh soal keizinan/probability utk brlaku.

    Bahasa mudahnya, kita ni sgt lemah(tak mampu), so kita mmg takkan dpt(tak boleh) beri manfaat atau mudharat kpd Allah.
    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

  2. salam.
    maaf.tak berapa faham part ni.

    “Wahai hamba-hambaKu! Selama-lamanya kamu tidak akan mampu memudharatkan Aku sehingga kamu boleh memudharatkan Aku”

    “Wahai hamba-hambaKu! Selama-lamanya kamu tidak akan mampu memberi manfaat kepada Aku sehingga kamu boleh memberi manfaat kepada Aku”

    terima kasih:)

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: