Selangkah Ke Arah Politik Baru

Hari ini, setelah sekian lama penantian rakyat, akhirnya YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen untuk memberikan laluan kepada pilihan raya umum ke-13.

Semua pihak tak menafikan persaingan PRU kali ini adalah yang paling sengit dalam sejarah politik negara, lebih-lebih lagi selepas ‘tsunami’ yang melanda semasa PRU12 pada 2008 lepas.

Apapun, rakyat Malaysia amnya dan golongan intelektual khususnya mengharapkan perubahan yang positif dalam landskap politik yang lebih sihat dan matang, mengamalkan politik hujah dan idea, menolak politik lucah, samseng, aib, fitnah dan caci.

Ahli politik yang masih lagi ingin membawa politik kotor seperti itu mesti dibakulsampahkan dalam PRU kali ini. Kita juga tak inginkan mereka yang buat salah laku dan berhujah “Pihak sana juga buat benda yg sama”. Golongan seperti ini juga, baik dari pihak A atau B, mesti kita singkirkan daripada arena politik negara. Jika tidak, harapan untuk melihat perubahan yg baik mungkin terbantut.

Politik menonjolkan atau ‘show off’ public figure juga mesti dikurangkan kerana ia hanya mampu membawa kepada ketaksuban atau kebencian yang tidak punya erti kematangan. Isu perkauman juga mesti dihentikan daripada dipermainkan untuk kepentingan pihak tertentu, ke arah perpaduan dan keharmonian antara kaum.

Politics Show off: DS Anwar imamkan solat

Politics Show off: TS Muhyiddin imamkan solat

Antara perkara menarik yang berlaku dewasa ini ialah sikap sebahagian rakyat yang memilih untuk bersikap non-partisan. Ada yang mengatakan mereka ini “tiada pendirian” atau “atas pagar”, tak kurang juga “penakut” atau “pengecut” kerana menganggap mereka ambil ‘jalan selamat’ untuk bersifat neutral kononnya.

Agak melampau apabila ada golongan yang mengqiaskan pendirian politik dengan syurga neraka. Kalau tak bersama BN, tak bersama PR, ibarat berada di antara syurga dan neraka. Tanya mereka: Mana ada di antara keduanya?! Agak dangkal pemikiran golongan yang faham seperti itu.

Tidak dinafikan ada golongan non-partisan yang sudah muak dengan politik sehingga buat konklusi “BN sama je dengan PR” dan malas cakna dengan isu politik. Namun, ada juga yang bersifat ‘adil yang tidak mahu terkongkong dengan prinsip dan pendekatan parti. Kecenderungan untuk lebih menyokong suatu pihak itu tetap ada, tetapi pilihan akhir mereka ditentukan oleh hujah dan ilmu serta ijtihad politik yang mereka buat.

Kita dapat lihat betapa sikit ahli politik hatta ‘ulama yang sertai parti politik yang bersifat ‘adil dalam menilai dan bercakap dalam isu-isu berbangkit. Dogma yang tertanam apabila sertai parti politik menjadi punca kepada perkara ini, yang membuatkan golongan non partisan cuba elak daripada sertai mana-mana parti.

Mungkin ada persepsi yang seperti disebut di atas yang sifatkan mereka “pengecut” atau “penakut”, namun akhirnya ia berbalik kepada diri kita sendiri. Atas niat dan ijtihad kita dalam pendekatan yang dipilih untuk berpolitik. Unity with diversity.

Akhir kalam, semoga Allah Ta’ala rahmati kita dan negara ini amnya. InsyaAllah kita optimis akan perubahan yang positif dalam bi’ah siyasah negara ini untuk menjadi lebih baik dan membawa keamanan serta kesejahteraan untuk dirasai oleh seluruh rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

Posted from WordPress for BlackBerry.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: