Aktivis Politik dan Pengundi biasa..

Perbualan dua orang, seorang activist sebuah parti politik dan seorang lagi pengundi biasa.

Benar kita telah menikmati kehidupan yang baik selama 56 tahun bawah BN. Namun hakikatnya, kita sebenarnya mampu untuk capai tahap yang jauh lebih baik jikalau pemimpin negara telus dan tulus dalam menguruskan harta benda awam dan mahukan rakyat benar-benar terdidik”, kata Azkar, Activist parti cap ayam.

Okay. jadi awak nak saya undi pembangkang lah ni ye? Awak ni ahli parti mana?”, kata Azwan.

Saya menyatakan suatu pandangan daripada perspektif dan pemerhatian saya. Saya ahli parti cap ayam, tapi terserah kepada awak nak undi parti mana”, jelas Azkar.

Hahaha..lawak lah awak nih. Awak ahli parti cap ayam, tapi tak suruh undi parti awak pulak. Apa cer nih? Ke memang gitu pimpinan parti awak suruh kempen?”, tanya Azwan.

Ya, parti saya memang suruh kempen untuk undi parti kami. Tapi saya bersikap terbuka dan tak taksub dengan parti yang saya perjuangkan. Sebab politik sesuatu yg sangat complex dan complicated, sehingga ia sesuatu yang berat untuk kita kata parti saya benar, parti awak salah”, jelas Azkar lagi.

Aduh! Awak nih buat saya pening kepala lah. Apa benda yang awak nak cakap nih? Tak tercapai akalku”, keluh Azwan.

Saya sengaja cakap gitu sebab nak awak lebih berfikiran kritis dalam melihat dan menilai sesuatu, bukan main ikut sedap hati atau ikut membuta tuli. Undi kita mempunyai saham dalam menentukan pembangunan atau kemunduran negara ini, jadi pilhan yang tepat mesti dibuat“, kata Azkar.

Hmm.. petah bercakap betul awak. pelajar UIA ke? hahah. Okay. So sekarang saya nak undi parti mana?”, tanya Azwan.

Awak bandingkan dan nilai manifesto dan hala tuju semua parti yang berbanding, juga keperibadian dan latar belakang calon-calon yang bertanding di kawasan yang awak akan undi, kemudian awak undilah ikut ijtihad politik berdasarkan ilmu yang awak ada. Sekiranya awak tersilap pilih calon yang lebih besar mudharat, awak ada hujah yang baik untuk jawab dengan Allah di akhirat kelak. Sebab tu dikatakan ada dosa pahala dalam mengundi, tetapi bukannya kata undi parti saya dapat pahala, parti dia dapat dosa. nak dapat dosa ke pahala, itu urusan Allah”, terang Azkar.

Allahu akbar… style lah awak punya view! Kagum saya. Awak tak jawab pun soalan pertama saya. pelajar UIA ke?”, tanya Azwan.

Haha..sorry lupa. Ya. pelajar tahun pertama dalam bidang matematik”, jawab Azkar.

Subhanallah.. seriously? Umur awak berapa?”, tanya Azwan.

20. Tak  layak mengundi lagi PRU nih. hehe”, jawab Azkar sambil tersenyum.

Allah.. kagum benar lah dengan awak. Saya nih dah umur dekat 30, tapi pemikiran macam budak sekolah. Terima kasih banyak-banyak ye atas hujah dan ilmu yang diberikan. banyak mengajar saya. Moga Allah rahmati awak dan perjuangan awak”, kata Azwan sambil memeluk Azkar.

…Bersambung dalam siri ke-2…

One Response to “Aktivis Politik dan Pengundi biasa..”

  1. Insan Budiman Says:

    Bagus…~ sambungan selepas ni padatkan lagi…

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: