Cerpen “Tarbiyyah Running Man”– Bahagian 6

images

Setelah Adzam mengetahui hal yang sebenar, pada malam itu Izham mempengerusikan special meeting di bilik Adzam bersama Adzam sendiri, Faiz, Muaz, Hisham, Firdaus dan roommates Adzam iaitu Farid dan Zaki, bagi mencari penyelesaian kepada ‘konflik’ antara Akmal dan Adzam.

Jadi macam mana ni?”, tanya Muaz.
Macam mana apa?”, tanya Faiz pula.
Takde lah..macam2 kita cakap ni. So apa kita nak buat?”, jawab Muaz.
Hmm..betul juga. Bincang macam2 tapi takde guna kalau takde apa yang kita buat”, kata Hisham.
Ahaa. betul. bahasa canggih sikit resolusi meeting”, kata Farid.
Haa.. zam. Apa pandangan kau?”, tanya Izham.
Aku rasa Akmal perlukan masa tuu. InsyaAllah tak lama lagi okay la. Aku kenal siapa Akmal”, kata Adzam dengan tenang dan senyum.
Confident jee zam kita nii. Kalau sampai ke sudah dia duk buat dingin apa cer?”, kata Zaki.
Relax..relax. Cool sudah bro. Don’t make this matter being complicated”, jelas Adzam.

Semua yang berada dalam meeting memandang wajah Firdaus selalu naqib usrah mereka.

“Ana cuba slow talk dengan Akmal in case benda ni berlarutan. Memang tak patut la orang yang ikut susur galur tarbiyyah buat perangai macam ni”, kata Firdaus dengan nada tegas.
Haa.. Anta kena ajar sikit Akmal tuu”, kata Izham.
Ish.. lain macam je cara kau cakap tu Ijam. Tak payah serius sangat”, kata Adzam.
Aku pun tak faham dengan kau ni, zam. Apasal nak defend sangat Akmal tu? Aku tahu lah kau sekepala dengan dia, tapi jangan nak backup dia pula bila dia buat salah”, kata Izham.

Keesokan harinya, Akmal menghubungi Izham untuk memintanya teman pergi ke Terminal Bas Makmur.

Apasal yang kau tetiba nak balik Perlis ni?”, tanya Izham.
Alang2 cuti panjang sikit ni, rasa nak balik pula. Lagipun kebelakangan ni aku agak sibuk dengan IKOD lah segala bagai. Nak cari ketenangan sikit”, jawab Akmal.
Bukan sebab nak lari dari Adzam?”, tanya Izham lagi.
Haha. ke situ pula yang kau fikir. Mana ada. Hmm. Tetiba rasa rindu”, kata Akmal.
Ha..ha..ha. Tu mesti rindu kat Adzam kan..kan. Eleh. Tak payah tipu aku lah, mal”, kata Izham.
Ermm.. Memang lah. Takde nak tipu aih”, jelas Akmal.
Aku cukup tak faham dengan kau ni. Kita ni ikut tarbiyyah, patut jadi contoh dan role model kepada orang lain. Bukan nak buat perangai macam budak kecik. Masalah kecik sampai tak nak bertegur sapa. Buat dingin. Come lah, mal. Matang lah sikit. Kau fikir Allah redha ke dengan apa kau buat ni? Tak rasa dapat dosa sebab menyusahkan orang sekeliling yang risau dengan kau?”, kata Izham.
Aku nak tanya sikit. Kau cakap benda yang sama tak dengan Adzam? Atau kau cakap kat aku seorang? Nak jadi orang tengah kena ‘adil. Kenapa dia tak bersungguh nak berbaik dengan aku pun”, kata Akmal.
Hmm.. ade lah juga aku cakap dengan dia”, kata Izham.
Kau bersyarah kat dia macam bersyarah kat aku?”, tanya Akmal.
Eh mal. Kau sedar tak apa yang kau tengah buat sekarang?”, soal Izham.

Perbualan mereka terhenti selepas mendengar azan Maghrib berkumandang.

Kau nak aku tolong hantar ke terminal ke malam ni?”, tanya Izham.
Hmm..mestilah. Takkan Adzam kot”, jawab Akmal.
Hmm.. okay". Jumpa nanti”, kata Izham.

Bersambung…

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: