Perutusan Peribadi Sempena PRU13

"Berlalulah sudah penamaan calon 15 hari kita berkempen,
Tiba hari mengundi kita rayakan dengan rasa gembira,
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa,
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
"

Hari yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia setelah sekian lama akhirnya tiba. Debaran sangat terasa terutama oleh pemimpin politik yang bertanding dalam PRU kali ini.

Rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai pemilih wajib keluar mengundi bagi memberikan penyaksiaan dan memilih calon dan parti yang dapat memimpin negara ini ke arah lebih sejahtera dan makmur serta ‘adil. Insan yang luhur dan berilmu mesti punyai pendirian.

Banyak NGO, Jamaah, gerakan Islam serta ramai para ahli akademik dan intellektual menaruh harapan dan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk mereka diberi peluang untuk memerintah Malaysia dan berkempen untuk mereka. Manifesto mereka ternyata lebih baik daripada Barisan Nasional atas penilaian ahli ekonomi, islamis dan sosialis.

Walau bagaimanapun, masing-masing punya hak untuk memilih calon dan parti atas ijtihad dan penilaian. Mudah-mudahan, kita mengundi atas ilmu dan iman, agar dapat menjawab di akhirat kelak.

Akhir kalam, sama ada BN atau PR yang mendapat mandat untuk membentuk kerajaan pusat, amatlah diharapkan agar mereka membebaskan media daripada kongkongan pihak pemerintah, agar rakyat dapat dididik dengan berita dan maklumat yang ‘adil dan seimbang, serta semua pihak mempunyai hak dan peluang untuk menyuarakan pendapat dan idea serta pertahankan diri atas tuduhan pihak lain dalam media.

Selamat hari Pilihan Raya Umum ke-13,
Mengundi calon dan parti yang berwibawa!

Raja Ahmad Kamil Bin Raja Sulaiman
Head of Master Front, Academic & Intellectual Secreteriat, SRC IIUM 2012/2013,
AJK Dakwah Hidayah Centre Pahang Division

Posted from WordPress for BlackBerry.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: