Cerpen “Tarbiyyah Running Man”– Bahagian Akhir

images

Pada awalnya, Akmal meminta Izham untuk tolong menghantarnya ke terminal pada malam itu padahal sebenarnya dia ingin Adzam yang menghantarnya, dengan satu perancangan tersusun.

Akmal dan Adzam bergerak ke terminal pada jam 11.30 malam, mereka pergi ke gerai makan berdekatan terminal terlebih dahulu kerana belum makan malam.

Dah ready nak start babak akhir drama kita nih?”, tanya Akmal.
Of course lah. Jom”, jawab Adzam.
Hehe. Kita hantar SMS serentak kat Izham. Aku hantar dengan bunyi emo sikit, kau dengan gaya kau lah”, kata Akmal.
Bereh boh”, balas Adzam.

SMS Akmal kepada Izham berbunyi: “Salam Izham. Apasal kau suruh Adzam hantar aku pergi terminal? Kitorang senyap je dari jumpa sampai lah kat terminal. Aku turun and kata terima kasih, terus belah gitu je. Rasa tak boleh nak berbaik dah dengan dia. Nak eliminate dia daripada hidup aku kalau boleh”

SMS Adzam kepada Izham pula berbunyi: “Salam Izham. Aku cuba nak act neutral dengan Akmal tadi tapi fail lah. Ni kitorang separate dah lepas dia turun motosikal tadi

Kedua-dua SMS itu ternyata sekali membuatkan Izham terkejut besar dan agak panik. Dia terus hubungi Adzam untuk mengetahui situasi sebenar.

Weh nak aku pergi sana tak?”, tanya Izham.
Boleh je kalau tak menyusahkan kau”, jawab Adzam.
Okay..okay. Aku gerak ke sana sekarang juga. Korang tak duk sekali ke?”, tanya Izham lagi.
Tak.. Dia ada kat gerai makan. Aku kat motor nih”, jawab Adzam.
Okay. Tunggu eh”, balas Izham.

Sementara menunggu ketibaan Izham di terminal, Akmal dan Adzam berbual sesama mereka.

Seriously banyak yang aku belajar daripada benda ni”, kata Adzam.
Kan… sama lah aku pun. Nanti nak tulis cerpen pasal ni lah supaya orang lain pun boleh dapat pengajaran sama ada secara tersurat mahupun tersirat daripada apa yang kita lalui ni”, balas Akmal.
Honestly aku rasa bersalah juga kat kau, mal. Walaupun sekarang kita tengah prank diorang, tapi aku tetap muhasabah balik tindak tanduk aku yang tak sepatutnya”, kata Adzam.
It’s okay zam. Tak perlu rasa bersalah aih. Kau takde salah apa pun. Memang style kau macam tu kan. Zahir nampak macam tak caring tapi hakikatnya kau memang caring”, jawab Akmal.

Setelah menyedari Izham sampai di terminal, Adzam pun bangun meninggalkan Akmal di gerai makan, menuju ke motosikalnya yang terletak tak jauh dari situ.

Eh mana Akmal?”, tanya Izham.
Tuu kat gerai makan”, jawab Adzam.
Jom pergi kat dia. Kita kena settlekan benda ni malam ni juga, sebelum dia naik bas kejap lagi”, tegas Izham.

Mereka berdua pun pergi ke gerai makan di mana Akmal berada. Akmal buat-buat terkejut melihat kelibat Izham.

Eh. Apa kau buat kat sini, Ijam?”, tanya Akmal.
Nak settlekan masalah kau dengan Adzam lah. Kau ni apa cer haa?”, tanya Izham pula.
Apasal kau suruh Adzam hantar aku?”, tanya Akmal.
Laa. Bukan aku suruh lah, mal. Dia yang cakap kat aku nak hantar kau”, jawab Izham.

Sambil mereka bercakap, mereka menuju ke platform bas ekspres yang mana Akmal akan naik. Adzam hanya memerhatikan perbualan Akmal dan Izham dari belakang.

Kan aku dah cakap nak kau hantar, apasal kau setuju bagi dia hantar aku?”, tanya Akmal lagi.
Mal, kenapa dengan kau ni? Mana Akmal yang aku kenal selama ni?”, Izham soal balas.
Apa? Aku tak berubah pun. Ni.. Kau nak jadi orang tengah, tapi berat sebelah. Apa cer?”, balas Akmal.
Berat sebelah ke tak, yang penting sekarang aku nak kau berbaik dengan Adzam sebelum kau naik bas”, kata Izham.
Apa yang kau syarah kat aku, patut kau syarah kat dia juga. Baru adil dan mudah lagi proses nak berbaik. Bila berat sebelah, mungkin tak mudahkan lagi tapi lagi merumitkan”, balas Akmal.
Aku dah penat ni mal. Aku pecut habis motor tadi dengan penuh harapan korang akan berbaik malam ni”, kata Izham.
Siapa yang suruh kau datang ni? Dia ke?”, kata Akmal.
Allah.. Come on lah mal. Kau cuba pandang Adzam, kau tak kesian ke kat dia?”, tanya Izham.
Hahaa. Nak kesian apa. Dia ada ramai lagi sahabat2 yang hebat, jauh lagi hebat daripada aku. Setakat takde aku, tak affect apa pun aih”, jawab Akmal dengan ketawa.
Hah.. aku dah tak tahu nak cakap apa dengan kau ni. Degil gila”, keluh Izham.
Kau ingat tak apa aku pernah cakap satu masa dulu?”, kata Akmal sambil merenung jauh ke mata Izham.
Haa? Apa?”, balas Izham sambil berfikir panjang.

Pada ketika itu Akmal memberikan isyarat kepada Adzam. Adzam pun berjalan mendekati Akmal dan memegang tangannya. Tindakan Adzam itu membuatkan Izham berasa hairan.

Kau ingat tak aku pernah cakap dulu, satu masa nanti, lambat atau cepat, masanya akan tiba?”, tanya Akmal membuatkan Izham berfikir panjang lagi sehingga dia teringat sesuatu, terus dia menolak Akmal dan Adzam.
Woi! Sampai hati korang buat aku macam ni!”, teriak Izham.
Sorry ijam”, kata Adzam sambil tersenyum lebar.
Aku mati-mati ingat korang dingin dan tak nak berbaik. Aku pecut habis motor tadi macam dah jadi pelumba haram. Rupanya korang berdua nak prank balas kat aku dengan yang lain2! Arghhhh!”, jerit Izham.

Mereka bertiga saling berpelukan sebelum Akmal menaiki bas.

Aku akan namakan cerpen terbaru aku nanti, Tarbiyyah Running Man, bagi memperingati kisah kita ni”, kata Akmal sambil masuk ke dalam bas.

:: Tamat ::

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: