Cersapen “Berbeza itu Indah”

Nabil dan Adam singgah di kawasan rehat dan rawat Temerloh bagi menunaikan solat dan makan malam, dalam perjalanan mereka ke Kuantan. Kerana dilihat keperibadian mereka seperti orang agama, orang ramai meminta mereka menjadi imam, maka Adam tampil ke depan.Sebahagian jamaah berasa agak pelik kerana selepas solat, Adam tidak menguatkan suara dalam zikir dan doa. Lalu sebahagian besar mereka terus bangun tinggalkan surau. Sebaik Nabil dan Adam keluar dari situ, dua orang lelaki mendekati dengan wajah masam seakan tidak berpuas hati.

“Assalamu’alaikum.. Nak cakap sikit ni”, kata salah seorang daripada mereka bernama Afiq.
“Wa’alaikumussalam”, jawab Adam & Nabil.
“Ya. Boleh. Saya Adam, ni sahabat saya Nabil”, kata Adam.
“Saya Afiq dan dia Akmal. Ni saya nak cakap sikit pasal tindakan kamu tadi. Kenapa tak doa & zikir dengan kuat? Kan amalan kita kat Malaysia amnya macam tu”, kata Afiq.
“Oh pasal tu ya. Saya hormati pegangan orang lain yg ingin menguatkan suara, tetapi saya juga berharap orang lain juga hormati pegangan saya”, kata Adam.
“Kita kata kita ikut Mazhab Syafie, tapi Imam Syafie berpendapat perlu diperlahankan bukan kuatkan kecuali untuk tujuan mengajar. Tapi tak dinafikan ada ‘ulama mazhab Syafie yang berbeza dengan beliau”, kata Nabil.

Afiq dan Akmal saling memandang satu sama lain, membuatkan Adam dan Nabil berasa hairan.

“Kalau kita nak bahas guna dalil dan qaul ‘ulama, memang takkan selesai. Cuma pada hemat saya, perlahankan suara adalah lebih baik jikalau dinilai dari sudut kebebasan”, kata Adam.
“Maksudnya apa bro?”, tanya Akmal.
“Selesai solat, semua org boleh nak buat apa yg dorang nak tanpa terkongkong dengan imam sehingga kalau dorg tak ikut imam, diangggap tak sopan oleh jamaah lain. Bagi yg rushing ada hal boleh terus bangun, yg nak terus doa pun okay, yg nak zikir dengan lama atau kejap pun ikut lah”, terang Adam.

Penjelasan Adam itu membuatkan Afiq dan Akmal tersenyum, yang turut buatkan Adam dan Nabil juga senyum.

“Nice explanation bro. Make sense juga lah. Belajar lagi ke dah kerja?”, tanya Afiq.
“Ktorg brdua belajar lagi. UIA Kuantan. Korg berdua?”, kata Adam.
“Oh ye ke. Ktorg kat IKIP. Tak jauh lah dari UIA”, kata Akmal.
“Ahaa. Cantik dah tuu. Boleh keep in touch lagi lah nanti kan”, kata Nabil.

Posted from WordPress for BlackBerry.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: