Andai ini post yang terakhir…

Ai mesti ada yang hairan kenapalah tajuk entry blog kali ni berbaur emosional gitu. Dahlah sebulan tak update. Haha. Actually ‘disengajakan’ untuk tak update atas sebab-sebab tertentu. Biarlah rahsia.

Okay. Back to the topic. Hidup di dunia ni hakikatnya sangatlah singkat, kalau nak dibandingkan dengan akhirat. hayat kita yang disangka masih panjang mungkin berbaki sehari dua, malah tak mustahil sejam je. Semuanya dalam pengetahuan Tuhan yang maha berkuasa atas segalanya. Are we ready for it?

Pengalaman semester kedua di UIAM Kuantan agak jauh berbeza dengan semester pertama. Sangat jauh. Kenapa? Sekali kali maaf, biarlah rahsia.

I

Honestly rasa agak sedih dan kesal sebab gagal laksanakan dan jayakan misi dalam penglibatanku dengan SRC IIUM dalam academic & intellectual secretariat. Apa yang dicanangkan semasa induction, majoritinya ibarat mimpi indah semata-mata. Okay. Cukup.

II

Rasa gembira pula tatkala berbicara pasal Hidayah Centre. Lebih giat aktiviti dan gerak kerja da’wah dilaksanakan. Juga strategic planning da’wah dibentang untuk semua nampak dengan lebih jelas.

Street da’wah dibuat pada 28 April 2013 di Teluk Chempedak. Nice experience indeed. Juga program dengan orang asli di Gambang. Cuma sikit terkilan. Belum dapat join walau sekali program di sana. Anyway, masih banyak perlu improved especially in terms of management and penggerak. Sikit tapi berterusan.

III

Dunia tarbiyyah yang terkontang kanting. Apa tu? Aku pun taktahu. haha. Sedih sebab terpisah dengan gang GBK lepas usrah2 dirombak. Bersama dengan gang medik 2nd year. Seorang2 CTS. ohh. rare. susah sikit nak masuk secara natural. takpelah pengalaman.

Mukhayyam khariji a.k.a perkhemahan luar kat Tasik Chini. Pergh. Penat tapi so enjoy. Tak cukup makan, minum. Siap mengidam gila Teh Ais. Hoho. War game yang buatkan aku teringat kat Runningman tapi sikit blur malam tu. haha.

975980_574281729278635_1828395569_o

IV

Awal bulan hari tu dapat join Training for Trainers course(TTC) 101 – Presenting Islam, anjuran Islamic Information Service Foundation(IIS) dan ditaja oleh Majlis Agama Islam Selangor(MAIS) untuk Alumni FCR kat Quality Hotel, Shah Alam selama 5 hari 4 malam.

Teruja jugak dapat berkenalan dengan Otai2 yang cool dan mantop. Terasa kerdilnya diri ni kalau nak compared dengan diorang yang berpengalaman dalam kancah da’wah non-Muslims. Banyak benda belajar dari sana. Dan paling penting, lepas ni nak kena lebat amal selain cakap kencang. Aha.

V

Pergi air terjun Pelangi dekat area Sungai Lembing. pergh. so exciting. nice scene lah. About 45 minutes on road, then redah jalan bukit, sungai dengan 4-wheel drive dekat sejam. Lepas tu take few minutes nak sampai ke the waterfall. Lama tapi sangat berbaloilah.

977572_10200911069554507_1651702964_o

Muhasabah

Apabila kita renungkan balik apa yang sedang berlaku dewasa ini, kita dapati lumrah insani mereka yang berdarah muda semangat nak lakukan perubahan. Kalau boleh, nak all out supaya perubahan yang dikehendaki berlaku as soon as possible. Betul tak?

Namun, kekadang kita terleka atau terlupa bahawa sifat bagi yang bernama manusia juga ialah ada kalanya kita berasa bersemangat gila, ada kala kita rasa macam down semacam, sejajar dengan naik turunnya iman kita. Hingga ke satu tahap akhirnya kita sedar yang lebih penting ialah istiqamah kita dalam usaha perubahan itu.

Biar apa yang kita lakukan tu sikit tapi berterusan walau ada down kejap. Bukannya banyak, tapi bila kita down, kita stop. Lagi lama down, maka lagi lamalah tiada kerja dilaksanakan.

Allah lihat siapa yang lebih baik amalannya, bukan lebih banyak seperti mana dalam Quran, Surah ke-67, Surah Al-Mulk, ayat ke-2.

Penutup

Setiap orang menjalani kehidupan ini dengan corak masing-masing, diuji dan diduga oleh Allah ‘Azza Wa Jalla mengikut pattern yang dilalui. Maka, adalah silap kita gopoh dalam menilai seseorang menggunapakai perspektif kita atas corak hidup kita.

Masing-masing punya latar belakang dan sejarah hidup yang berbeza. Pengalaman juga berbeza, yang membentuk cara fikir dan pendirian yang berbeza. Pendekatan yang diambil dalam perjuangan juga mungkin berbeza.

Maka, kita boleh memilih untuk melihat dan menilai orang lain dalam kerangka yang lebih luas, yang menjadikan hidup kita bahagia dengan warna warni yang tersergam indah. Kitalah yang membuat pilihan itu.

Biar kita punya berbeza pendapat dalam banyak hal, berjuang atas platform yang tak sama, tapi our ultimate goal of life setentunya sama iaitu untuk menggapai keredhaan Allah, yang menjadikan prinsip dan pegangan kita sama. So, unity in diversity!

Kita bekerjasama dalam perkara yang disepakati, kita berlapang dada dan saling memaafi dalam perkara yang berbeza” – Sh Rashid Redha

Moga Allah rahmati kita dan pastinya ampuni keterlanjuran kita dalam hidup di dunia yang sementara ini. Moga kita berjaya di dunia dan di akhirat. Amiin ya rabbal ‘alamin.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: